" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, March 19, 2005

Status Isteri Timbalan Speaker ( ADUN Meranti )
& Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

sumber:
Dilulus terbit pada Saturday, March 19 @ 08:05:08 MYT oleh LinuxPro
amirulreza menulis - "KOTA BHARU -"Sedih dan malu diatas apa yang berlaku" itulah perkataan yang keluar daripada mulut Tok Guru Nik Aziz apabila melawat isteri Timbalan Speaker(Dun Meranti), Wan Norhanita Wan Yaakob, 36, di HUSM, Kubang Kerian, semalam.

Kini isteri Mohd. Nasaruddin Daud dilaporkan tenat berikutan mengalami kecederaan yang serius di belakang dan tulang rusuk.Akibat tikaman itu, beliau telah mengalami pendarahan dalaman yang serius akibat ditikam di bahagian paru-paru sedalam kira-kira 6 sentimeter setelah cuba menyelamatkan anaknya itu. Manakala Hannan,4,mengalami kecederaan pada dada kiri akibat di tikam dengan sebilah pisau oleh remaja yang berasal dari Thailand itu.

Hannan ditikam setelah dia menjerit akibat tindakan remaja itu meragut rantai lehernya.Dilaporkan juga bahawa pencuri itu adalah penagih dadah.Tindakan bijak oleh isteri Timbalan Speaker (Dun Meranti) yang menyuruh anaknya Ahmad Najib,6,agar membuka pintu rumahnya yang terkunci agar abang iparnya Sopian Daud,40, datang menyelamatkan mangsa patut dipuji. Sopian datang menyelamatkan mangsa setelah menerima panggilan telefon dari Wan Norhanita kira-kira pukul 9.45 mlm.

Mengulas mengenai kejadian itu, Tok Guru Nik Aziz melahirkan perasaan sedih berikutan kejadian itu.Tok Guru mengulas bahawa inilah merupakan hasil polisi kerajaan Malaysia yang menggalakkan pembiakkan penagih dadah seperti kelab malam dan kerakusan pihak media yang ingin mengaut keuntungan semata-mata.Tok Guru turut menyalahkan media kerana media perdana sentiasa memaparkan gambar dan cerita berunsur negatif kepada rakyat Malaysia. "Orang ini (pihak media) bertanggungjawab menyebabkan keruntuhan akhlak dalam masyarakat. (Begitu juga) wartawan-wartawan yang tahu khianat (pentingkan) duit sahaja,'' katanyaIni berdasarkan kenyataan akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Nik Aziz tuduh media bertanggungjawab" yang bertarikh 19 Mac 2005.

Nampaknya Tok Guru berasa sudah bosan dengan kerenah media arus perdana yang makin rakus memaparkan unsur-unsur yang kian menyimpang dari tuntutan islam dan adat ketimuran.Walaupun media ada meletakkan ruangan agama dan sebagainya namun fokus utama media adalah unsur-unsur yang keuntungan yang tinggi seperti aksi bintang Hollywood yang gemarkan aktiviti homoseksual atau gay serta lesbian, kisah-kisah percintaan yang menghairahkan yang di import dari amerika selatan, korea dan sebagainya, dan tidak kurang juga kisah berkenaan muzik-muzik berunsur black metal, punk, skin dan sebagainya. Unsur-unsur inilah yang digemari oleh golongan remaja manakala kisah-kisah yang berunsur keagamaan hanya lebih diminati oleh golongan lama.Walaupun selama ini Kelantan melalui pimpinan Tok Guru Nik Aziz telah membenteras unsur-unsur negatif itu namun itu tidak bermakna sekiranya media arus perdana masih menayangkan unsur-unsur negatif berkenaan.

"Inilah puncanya maka Islam `jaga' (kawal) betul-betul tempat-tempat pembiakan dadah ini seperti kelab malam dan tari-menari yang menjadi tempat dadah bertelur. Kita di Kelantan, awal-awal lagi sudah tutup benda itu,'' katanyaJadi apa yang pasti keseragaman antara media agar lebih menayangkan unsur-unsur positif untuk mendidik rakyat perlu dilakukan. Seandainya pihak pemerintah masih bongkak dengan polisinya. Bangsa melayu khasnya tidak akan mencapai status rakyat negara maju, walaupun negara mungkin mencapai status itu suatu hari nanti."

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home