" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, March 19, 2005

AMBILLAH IKTIBAR !!
APABILA HUKUM ALLAH DIKETEPIKAN
Alhamdulillah !! itulah mula perkataan yang saya mampu lafazkan , sebaik sahaja mendapat maklumat dari pihak hospital melalui Warta Tengahari Saluran Perdana sebentar tadi.
Alhamdulillah , keadaan Wan Nor Hanita ( isteri Yb. Ustaz Nasarudin Daud ) telah dilaporkan kian stabil , demikian juga anaknya Hannan yang berusia 4 tahun turut dilaporkan semakin pulih. Namun begitu saya harapkan kepada semua sahabat yang berada di seluruh dunia , agar tidak jemu memohon keafiatan dan kesejahteraan dari Ilahi , agar keadaan mereka akan kembali pulih dan sihat seperti biasa.
Segala apa yang terjadi pastinya tidak berlaku tanpa sebarang hikmah dari Ilahi meskipun terlalu perit untuk ditelan. Semua pihak mesti merenung sejenak ......... kenapa negara kita semakin hari semakin kronik tahap jenayah dan gejala sosialnya ?Apakah ini suatu yang tidak dapat dielakkan bagi sebuah negara yang mengorak langkah menuju status negara maju ?
Jika benar realiti ini tidak dapat dielakkan , maka untuk apa pula kita menjadi maju ? Apa ertinya maju........ , jika masyarakat bergolak dalam dalam krisis nilai dan moral yang sangat parah . Apa ertinya maju........ , jika masyarakat siang dan malam dicengkam rasa takut menghadapi hidup di hari - hari muka . Apa ertinya maju ......., jika segala jenayah , salah laku akhlak , keruntuhan moral , perlecehan seksual , pencabulan hak , penyelewengan kuasa , penyeludupan budaya , skandal ekonomi , jenayah juvana , pengangguran intelektual , pengkhianatan pihak berkuasa , dendam mangsa tertindas , manipulasi pihak media dan 1001 jenis konflik yang tidak berkesudahan menimpa negara.
Semua pihak , khasnya yang mempunyai kuasa tidak wajar memandang ringan fenomena ini. Andainya 1001 mungkar dan fahsya' ( kekejian/jenayah ) ini tidak dibendung oleh pihak berkuasa , lihat lah ..... hari depan negara , bukan harmoni dan sejahtera , tetapi musnah dan hancur.
Bukankah Nabi saw. telah menetapkan formula penyelesaian dan code tugas masing masing bagi mengatasi fenomena ini .
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
. من رآى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان . رواه مسلم
Dari Abi Said Al Khudri Rha. telah berkata : Aku telah , mendengar Rasulullah saw bersabda :
Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya ( kuasanya ) maka jika ia tidak berkemampuan ( tidak berkuasa ) , maka cegahlah ia dengan lidahnya , jika tidak juga berkemampuan maka cegahlah ia dengan hatinya. sementara yang sedemikian itu adalah selemah - lemah iman .
Riwayat : Imam Muslim.
Kerajaan sewajarnya menambah dan melipat gandakan usaha mereka menghapuskan segala elemen yang mendorong berlakunya jenayah seperti kelab - kelab malam , konsert hiburan keterlaluan , pusat - pusat judi , pesta - pesta arak ( seperti yang berlaku di Kelab Malam The Zouk Ampang dan Genting Highland ).
Jangan hanya peka dengan sosej usus babi dan isu penyalah gunaan logo halal sahaja. Bagaimana pula dengan perkara perkara yang sememangnya ada logo haram dari Agensi Agong milik Allah swt.
Wartawan pula janganlah terlalu ghairah menyiarkan gambar gambar wanita seksi sekadar menjadi pelaris akhbar mereka . Sementara orang ramai pula , sayugianya mengambil berat soal pendidikan agama terhadap anak - anak dan keluarga.
Apa yang saya lihat ....... inilah manifestasi dari keengganan kerajaan melaksanakan hukum Allah swt.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home