Program hiburan dan pesta begini tidak membantu dalam melahirkan satu masyarakat Islam dan Malaysia yang berperibadi unggul seperti yang Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi katakan sebagai towering personality. Bahkan program ini lebih menatijahkan keruntuhan dan kerosakan moral yang lebih dahsat dalam komuniti pemuda dan remaja negara ini.
Pada pesta tersebut, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Polis, PBT dan JKM gagal melakukan apa-apa tindakan wajar kerana bimbang dengan kehadiran pengunjung yang cukup ramai iaitu lebih kurang 10 ribu orang. Peristiwa ini memberi satu tamparan hebat bukan sahaja kepada JAIP dan pihak berkuasa yang lain bahkan juga kepada pengamalan dan penghayatan konsep Islam Hadhari seperti yang di uar-
uarkan oleh kerajaan UMNO-BN.
Jabatan Agama Islam di Negara ini seolah-olah tidak punya kuasa yang mencukupi dalam menjalankan tugas menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini adalah kerana peruntukan undang-undang yang sangat terhad berkaitan perkara ini, ini diburukkan lagi dengan campur tangan pihak politik yang keterlaluan seperti yang dapat dilihat dalam kes Mufti Selangor lawan ratu cantik dan kes JAWI lawan Jeslina Hashim. Dalam memorandum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang mempersoalkan beberapa aspek tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri untuk menghalang atau sekurang-kurangnya mengawal program ini dari menjadi satu Pesta tarian dan arak secara terbuka. Antaranya ialah berkaitan isu permit yang diberikan kepada penganjur. Kecuaian dalam menilai dan memperincikan bentuk program menyebabkan program ini bertukar menjadi pesta terbuka. Ini amat-amat di kesali Keduanya adalah berkaitan pencegahan dilokasi, jumlah penguatkuasa yang sedikit dan berhadapan dengan ribuan pengunjung yang mabuk dan high adalah tidak munasabah. Seandainya JAIP ingin menghalang program sebegini adalah lebih praktikal dengan cara JAIP memohon kepada kerajaan supaya di batal atau dikenakan syarat yang ketat kepada panganjur. Menhalang orang yang sedang ingin berpesta bukanlah satu perkara yang senang. Bahkan kehadiran JAIP sekadar sebagai pemantau itu hanyalah menjatuhkan imej Jabatan tersebut. Oleh itu Dewan pemuda PAS Pahang mengutuk penganjuran program ini dan menyarankan kepada kerajaan supaya:
Pihak penganjur dan semua yang terlibat hendaklah didakwa dan dikenakan tindakan yang lebih tegas. Tindakan dengan menyenarai hitamkan nama penganjur program tersebut tidaklah memberi kesan yang besar kepada mereka.Menyediakan satu garis panduan penganjuran program hiburan yang lebih sesuai dengan matlamat dan cara hidup Islam. Memperkasakan unit penguatkuasa JAIP agar lebih efisyen dan mereka dipandang lebih berwibawa. Menggubal undang-undang yang lebih tegas agar untuk membendung hal ini dari terus merebak. Memperbanyakkan program agama untuk remaja dan masyarakat keseluruhannya. Akhirnya, Dewan Pemuda PAS Pahang menyeru Kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri agar mentaati Allah dan Rasul-Nya serta patuh dengan segala suruhan dan larang-Nya. Masyarakat keliru dengan istilah pendekatan Islam Hadhari yang UMNO perkenalkan. Tahap toleransi dalam isu agama Islam yang tiada batasan ini telah banyak mengorbankan tiang-tiang kekuatan agama dan bangsa melayu. Atas nama Islam kami menyeru pihak Datuk Seri agar lebih prihatin dan berhati-hati dalam urusan agama. Nasrudin Bin Hassan al-Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home