ASTORA PEMBOHONG ?
LAPORAN REUTERS – UTUSAN MALAYSIA  24  MAC 
 KAHERAH  22  Mac - 
Mufti Besar Mesir, Syeikh Ali Gomaa menegaskan adalah haram untuk wanita mengimamkan solat jemaah yang disertai oleh lelaki dan wanita. Wanita tidak dibenarkan melaungkan azan, menyampaikan khutbah Jumaat atau mengimamkan solat Jumaat. ``Jumhur ulama bersependapat bahawa adalah haram untuk wanita mengimamkan kaum lelaki dalam solat jemaah lain,'' menurut pejabat mufti yang juga dikenali sebagai Dar Al-Ifta. Solat yang diimamkan oleh Amina mendapat liputan muka depan dalam beberapa akhbar Mesir dengan sesetengahnya menyifatkan perbuatan beliau sebagai mencabar ajaran Islam. ``Mengenai jemaah lelaki dan wanita berdiri bersama-sama dalam satu saf, ini juga tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan,'' jelas kenyataan itu lagi. – Reuters
TULISAN ASTORA JABAT – MINGGUAN MALAYSIA  20  MAC
Bagaimanapun, hanya Mufti Mesir Dr. Ali Gomaa agak berbeza dengan Dr. Tantawi dan Dr. al-Qaradawi kerana menganggap wanita boleh menjadi imam lelaki jika masyarakat menerima amalan seperti itu. Dr. Gomaa berkata, kerana ulama berbeza pandangan mengenai wanita menjadi imam sembayang kaum lelaki, maka harus bagi Amina Wadud menjadi imam sembahyang Jumaat yang turut dihadiri kaum lelaki pada 18 Mac lalu. Beliau berkata begitu dalam wawancara dengan televisyen Mesir Selasa lalu. Beliau mengakui bahawa jumhur (majoriti) ulama menganggap wanita tidak boleh menjadi imam sembahyang lelaki, tetapi sesetengah ulama lain seperti Imam at-Tabari dan Imam Ibn Arabi menganggap wanita boleh menjadi imam sembahyang lelaki.
    
    



0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home