" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, June 22, 2005

PLKN, KEM CHERATING WAJAR DIDAKWA

APA jua alasan yang diberi oleh pengendali Kem PLKN Cahaya Gemilang. Cherating terhadap kes pelatihnya Noraini Abu Bakar, 18 tahun dari Felda Sungai Panching Utara, Kuantan sukar diterima.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai tenaga penting program nasional itu tidak perlu bermati-matian mempertahankan pentadbir yang berntidak ekstrim terhadap masalah yang dihadapi oleh pelatihnya Noraini.Noraini yang berwajah ayu, menghadapi masalah kulit muka semasa menghadiri latihan PLKN di Kem Cahaya Gemilang, tidak mendapat perhatian sewajar dari pengendali kem hingga wajah dan kulit mukanya begitu teruk, masih ditahan di khemahnya juga.

Aduannya betapa keluarganya minta dibawa pulang segera bagi dirawat di mana-mana dikatakan tetap tidak dilayan oleh pengendali kem. Noraini turut mendakwa, dia juga menghadapi masalah sakit kaki hingga terpaksa dibantu untuk ke bilik air.Melihat gambar wajahnya yang teruk dan aduannya dia terpaksa dibantu ke bilik air menggambarkan bahawa Norani sakit kuat dan sebagai pelaltih PLKN dia sepatutnya mendapat layanan rawatan terbaik dan segara.

Nolraini tiada pilihan melainkan wajib hadir dalam latihan PKLN itu. Tetapi masalah dan kesusahan yang dihadapinya tidak mendapat pembelaan dan layanan yang sewajarnya. Boleh dikatakan layanan rawatan pengendali kem adalah sekadar melepaskan batuk di tangga.Kes ini mesti disiasat dan pengendali kem wajar dikenakan tindakan yang setimpal dengan sikap dan tindakannya.Ibu bapa menyerahkan anak-anaknya, terutama anak gadis, kepada budi bicara kerajaan tentang masa depan dan keselamatan mereka.

Kerajaan telah berjanji untuk mengambil tanggungjawab menjadikan mereka orang yang berguna. Ibu bapa tidak pilihan apabila anak mereka dikehendaki menjalani latihan itu. Sebarang keengkaran, ibu bapa dan anak akan didakwa.Tetapi Noraini menghadapi nasib malang yang tidak dapat dipastikan kembali pulih seperti sedia kala. Bertambah malang kalau penyakit kulitnya itu menjadi masalah sepanjang hidup.Adalah benar ia malang dan takhdir untuknya. Tetapi kecuaian menyebabkan Noraini tidak mendapat layanan dan rawatan awal yang betul.

Kemajuan dan kemudahan teknologi serta system pentgadbiran yang serba canggih sekarang, tidak memungkin sseorang rakyat yang merdeka terbiar d ari mendapat hak dan rawatan yang sewajar dan segara.Sekalipun system menghendaki pengendali kem terdiri dari orang yang tegas dan berdisiplin, ini tidak bererti pelatir tidak wajar dilayan ssebagai yang wajar diterima oleh seorng rakyat. Mendengar dan mengambil berat kebajikan pelatihi bukan bertentangan dengan disiplin.Noraini memerlukan pembelaan. Undang-undang ada bersamanya. Kiranya dia terbiar dan tidak mendapat layanan keadilan, maka dia boleh meminta bantuan peguam untuk membela nasibnya.

Suhakam patut mengambil dayausaha melihat dari sudut hak asasi manusia, supaya kes Noraini tidak menjadi mangsa kezaliman dan supaya orang terus memberi keyakinan kepada program PLKN.Noraini dipenuhi dan dikelilingi oleh saksi. Semua saksi mesti bekerjasama memberi keterangan. Jika penyakit Noraini berpanjangan, maka dia akan menghadapi kesan yang berpanjangan juga. Masa depannya, kebahagiannya, adalah haknya. Dia wajar menempuh hidup sama sseperti orang lain.

Undang-undang mesti berpihak kepadanya. PLKN mesti menanggung risiko dan menentukan ganti rugi untuknya selama penyakitnya menjadi satu kecacatan kepadanya.Walaupun segala ganti rugi itu tidak boleh mengganti segala-galanya, tetapi PKLN mesti bertanggungjawab ke atasnya seterusnya. Tindakan misti dikenakan kepada pengendali ssekiranya didapati cuai, kerana Malaysia tidak mahu kepada sifat keterlaluan pada sesorang petugas Negara dalam apa bentuk sekali pun.Pengendali kem mesti tegas, tetapi biar bertempat.

SeTAPAK]19/06/05 posted by Subky Abdul Latif

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Catatan tuan amat ghairah tanpa mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku. Tuan, pasti telah baca di surat khabar bahawa pelatih hadir di kem pada hari pertama dengan kulit melecur dimuka. Dan juga baru - baru ini Doktor yang merawat Nuraini di Pakar Perubatan Ampang Puteri memberi kenyataan bahawa punca Nuraini mendapat kelecuran di muka adalah akibat pengguna krim pemutih muka yang mengandungi bahan kimia yang berlebihan.

7:07 PM

Anonymous Anonymous said...

Terima Kasih atas komen tuan. Saya juga turut berasa simpati terhadap apa yang berlaku pada Noraini. Seperti yang dinyatakan dalam surat khabar, Nuraini hadir di Kem dengan kesan melecur dimuka. Pengendali Kem telah membawa pelatih berjumpa doktor pada minggu pertama pelatih berada di Kem.Borang kesihatan Nuraini semasa melapor di Kem tidak diisi dan Nuraini tidak membuat pemeriksa Pegawai Perubatan sebelum melapor di Kem seperti mana yang diarahkan oleh JLKN.

9:03 PM

Anonymous Anonymous said...

Ini jelas menunjukkan pelatih dan ibubapa pelatih tidak mengambil berat tentang kesihatan diri sendiri atau anak mereka. Pelatih juga didapati tidak menggunakan krim muka yang diberi oleh Pegawai Perubatan tetapi menggunakan air jampi yang dibawa oleh ibubapa pelatih. Perkara ini didedahkan oleh pelatih - pelatih lain yang sama blok dengan Nuraini apabila mereka menangkap Nuraini menggunakan Air jampi yang diberi oleh ibubapa Nuraini.Sepanjang 85 hari di Kem, Nuraini telah dibawa berjumpa Pegawai Perubatan dan Pakar Kulit sebanyak 7 kali. Secara purata setiap 12 hari sepanjang latihan di Kem, Pengendali Kem telah membawa pelatih ke Hospital untuk mendapat rawatan. Pelatih juga telah bercakap bohong dengan Media dengan menyatakan, pegawai perubatan memberi cuti sakit selama 5 minggu. Apabila pihak media sendiri melawat Kem dan melihat semua laporan perubatan pelatih, tiada satu laporan pun yang menyatakan pelatih diberi cuti sakit selama 5 minggu. Apabila TV3 menanya Nuraini mengenai dakwaan diberi cuti sakit, Nuraini mula memberi kenyataan yang berlainan dengan menyatakan " Bukan cuti sakit, suruh rehat di kem dengan tidak buat aktiviti dibawa cahaya matahari. Ibubapa pelatih dakwa mereka tidak dibenarkan pelatih apabila pelatih sakit. Pengendali Kem telah menunjukkan kepada pihak media borang lawatan keluarga ibubapa Nuraini sebanyak 7 kali sepanjang latihan.Doktor yang merawat Nuraini di Pakar Perubatan Ampang Puteri memberi kenyataan bahawa punca Nuraini mendapat kelecuran di muka adalah akibat pengguna krim pemutih muka yang mengandungi bahan kimia yang berlebihan. Nuraini juga mendakwa terbiar terlantar di klinik kem seorang diri. Apabila pihak media melawat kem untuk melihat klinik kem, kami amat terkejut kerana klinik Kem terletak didalam Pejabat Pengurusan Kem dimana Pegawai Bertugas yang bertugas 24 jam duduk di hadapan pintu klinik. Klinik Kem adalah seolah - olah Wad Kelas 1. Apabila pintu wad dibuka Pegawai Bertugas pasti melihat sesiapa yang keluar masuk klinik kem.

Secara peribadi, setelah melihat sendiri keadaan kem dan dakwaan Nuraini, saya dapat merumuskan bahawa Kes Nuraini ini bukan kecuaian Pengendali Kem. Pelatih sendiri cuai dalam menjaga kesihatan diri pelatih dengan tidak menggunakan ubat yang diberi oleh Pegawai Perubatan. SLE bukan satu penyakit yang boleh dijangkiti dan untuk penyakit ini wujud di Badan Nuraini, ianya mengambil masa di antara 1 hingga 2 tahun sebelum ianya meletup. Pakar kulit ampang puteri telah menjelaskan bahawa punca penyakit Nuraini bukan punca dari Kem tetapi penggunaan Krim pemutih muka yang berlebihan yang mengandugi kimia yang berlebihan.

9:28 PM

9:29 PM

Anonymous Anonymous said...

It has been 2 years Nuraini case was revieled and I was one of the trainee at the same camp during Nuraini. Even the first day when I mat Nuraini at the Dining Hall, I told my friend that the girl's face has sun burnt. When time pass by, her face got worst even she was not participating in any out door activities. I see her most of the time sleeping at the Camp Clinic (Air Con Room).

According to her Block mate, she never use the cream given by the doctor but use a kind of water.

I know the camp and the camp commander had brought her to see the doctor several times. One of the day, she went with to the Hospital. When we came back to the camp, the camp commander check our medical document given by the doctor and found no instruction from the doctor telling Nuraini can go home.The Camp Commander even told Nuraini that he will write a letter to the PLKN Head Quarter to allow her to go back. But Nuraini refused.

The moment I saw the news, I was very angry that Nuraini had lied to get popular. The Camp Commander was a very very strick man but He look after us very well. Everthing in the camp was in order all the time.
He is in the camp all the time. All the trainees know the Camp Commander more than any other staff at the Camp.

After 2 years, the thru story of Nuraini has been release to the Media by the Hospital Ampang Puteri doctor's. Many people make many allegations against the camp and the camp commander. How now? Malaysian always jump to conclusion before even knowing the thruth. Thank You

11:33 PM

Anonymous Anonymous said...

btul2...dont blame others la..huhuhu.....alhamdulillah slme brada di KCGC layanan diberi baik..

2:49 PM

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home