" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, November 21, 2005

PM dan ISA
Pedihnya terpisah dengan insan tersayang

Patut la, Patut la dia senyap saja, Meskipun pelbagai masalah melanda negara, Meskipun tugasnya bisa dilaksanakan oleh timbalannya, Patut la dia senyap saja, Patut la.....Kenapa? Gerangan apa sedang melanda? Sebab apa dikau meluahkan rasa? Satu rasa seumpama terseksa lagaknya? Begini,Ku tahu derita yang menimpa si isteri, Katanya si isteri berubat di luar negeri, Dan sempat mereka bersama lebih 18 hari.. Tapi kini si isteri telah pergi.. Pergi mengadap Ilahi, Lalu tinggallah si dia seorang diri, Kehidupan baru tanpa isteri di sisi, Oh diri, Apakah kau tahu peritnya sang suami ditinggalkan isteri? Si isteri pergi takkan kembali, Taukah dikau peritnya di hati.. Sayu pilu ditanggung sendiri.. Mengenang setia seorang isteri, Mengenang saat manis, pahit , masam, saat berdua dikecapi, Bisa membuatkan sang suami menangis berhari-hari, Pabila terkenang kembali segala memori.. Oh diri, Demikianlah peritnya perasaan di hati.. Pabila terpisah dengan insan yang disayangi.. Tapi,Tahukah dikau si suami yang kematian isteri, Keperitan , kesakitan, kepiluan yang bersarang di hati, Yang dikau rasai kini.. Pernah dirasai oleh insan lain yang bergelar suami isteri? Pernah dirasai sebelum ini? Tahukah dikau si suami yang kematian isteri, Dikau pernah menzalimi, Memisahkan anak dari bapa yang disayangi, Memisahkan suami dari isteri yang dicintai, Memisahkan bapa dari anak kecil yang tiada mengerti, Sedang mereka kebingungan dan tiada mengerti, mengapa insan yang mereka sayangi ini dizalimi, mereka masih tidak mengerti hingga kini, mengapa insan yang mereka sayangi ini disakiti, mereka masih tidak mengerti hingga kini, mengapa kepedihan ini mereka perlu lalui, Wahai si suami yang kematian isteri, Yang berjawat Perdana Menteri Turut menyandang Kementerian dalam Negeri, Mengapa dikau masih tidak mahu mengerti, Keperitan terpisah dari insan yang disayangi, Sedang dikau kini turut melalui, Keperitan terpisah dari insan yang dicintai? Wahai si suami yang kematian isteri, Yang berjawat Perdana Menteri, Bebaskanlah insan yang telah kau zalimi , Bebaskanlah mereka hari ini, Kerana kesalahan mereka sangat diragui, Malah hingga kini tiada bukti, Sedang mereka disakiti berhari-hari, Terseksa batin berjauhan dari insan yang disayangi, Wahai si suami yang kematian isteri, Yang berjawat Perdana Menteri, Jika kau masih tidak mahu mengerti, Jika kau masih mahu menzalimi , Maka tunggulah suatu hari, Kepedihan yang kami rasai ini, Akan terbalas di suatu hari, Kerana kami sangat meyakini, Janji dari Ilahi, Akan membela insan yang dizalimi, Ya,suatu hari yang pasti! Dikau akan merasai kepedihan yang pernah kami lalui, Akibat kezalimanmu yang tidak terperi, Memisahkan kami dari insan yang kami sayangi.. Wahai si suami yang kematian isteri, Yang berjawat Perdana Menteri, Tolonglah kami ini,Bebaskanlah insan yang kami sayangi, Dari cengkaman ISA yang sangat keji, Bebaskanlah tahanan ISA hari ini, Dan janganlah dikau bertapi-tapi,Kerana hari ini, Dikau turut merasai , Peritnya terpisah dari insan yang dicintai, Wahai Pak Lah yang dikasihi, Maafkan daku andai ada bicara menguris hati, Bukan niatku utk menyakiti, Tetapi sekian lama kumemendam luahan hati, Tidak sanggupku melihat mereka disakiti dan dizalimi, Kini ku benar-benar tidak tertahan lagi, Kupohon dikau bebaskan mereka yang telah kau aniayai, Kerna mereka jua merasai keperitan terpisah dari insan yang disayangi,

Bebaskanlah mereka hari ini, Dan janganlah dikau menangguh lagi, Semoga dosa lalumu dan isterimu yang telah pergi, Mendapat keampunan dari Ilahi, Tambah lagi di bulan Syawal yang mulia ini, Dariku,Budak Bertuah

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home