HUKUM SAMBUTAN VALENTINE DAY .
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas baginda Muhammad s.a.w., kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Allah telah memilih Islam bagi kita sebagai agama kita dan Dia tidak akan menerima mana-mana agama lain dari sesiapapun, sebagai mana Dia berfirman (yang bermaksud):-
“Dan sesiapa yang mencari agama lain selain dari Islam, ia tidak akan sesekali diterima oleh-Nya, dan kelak di akhirat dia akan termasuk di dalam golongan orang-orang yang rugi” [Aal ‘Imran 3:85]
Dan baginda Rasulullah s.a.w. telah mengkhabarkan kepada kita bahawa sekumpulan ummatnya akan mengikuti musuh-musuh Allah di dalam sebahagian adat dan upacara mereka, dan dikhabarkan di dalam hadith riwayat Abu Sa’eed Al-Khudri r.a., yang meriwayatkan bahawa nabi s.a.w. bersabda: “Kamu semestinya akan mengikuti jalan- jalan mereka yang dating sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, hasta demi hasta, sehingga ketika mereka memasuki lubang biawak, kamu akan mengikuti mereka.” Kami berkata, “Ya Rasulullah, (adakah tuan maksudkan) Yahudi dan Kristian?” Baginda bersabda, “Adakah sesiapa lagi?!”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam al-I’tisaam bi‘l-Kitaab wa’l-Sunnah, Baab Qawl al-Nabi s.a.w. La tattabi’unna Sanan man kaana qablakum, 8/151; dan oleh Muslim di dalam Kitaab al-‘Ilm, Baab Ittibaa’ Sanan al-Yahood wa’l- Nasaara, 4/2054)
Apa yang diperkatakan oleh Nabi s.a.w. telah menjadi kenyataan dan amat meluas pada masakini, di dalam kebanyakan negara Islam. Ramai dari kalangan orang Islam mengikuti jalan musuh Allah di dalam adat dan cara hidup mereka, dan meniru mereka di dalam sesetengah upacara dan menyambut hari kebesaran mereka.
Perkara ini menjadi kian teruk dengan pendedahan media massa di kalangan orang ramai, di mana upacara dan adat orang-orang kafir disalurkan dengan bunyi- bunyian dan imej-imej dari negara-negara mereka ke dalam negara-negara Islam, menerusi TV satelit dan World Wide Web (Internet). Kebanyakan orang Islam telah terpengaruh dengan mereka.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, suatu fenomena baru telah meluas di kalangan remaj Islam-samada lelaki atau perempuan-yang tidak memberikan petanda yang baik. Ini ditunjukkan dengan meniru orang-orang Kristian di dalam menyambut Hari Valentine, yang telah membuatkan para ulama’ dan pendakwah menerangkan garisan syariat berkenaan perkara ini, ikhlas demi Allah, utusan-Nya, para pemimpin Islam, agar orang-orang Islam mempunyai kefahaman yang terang dan jelas berkenaan isu ini dan supaya mereka tidak terjatuh ke dalam kerosakan Aqidah yang telah Allah kurniakan ke atas mereka.
Ini adalah penerangan ringkas tentang asal-usul, perkembangan dan tujuan sambutan ini, dan tindakan yang seharusnya diambil oleh orang-orang Islam berkenaan dengannya.
Kisah Festival Cinta
Festival Cinta adalah salah satu dari festival-festival orang-orang pagan Rom, ketika paganism adalah agama yang tersebar luas lebih 17 abad yang lalu. Di dalam konsep pagan Rom, ia adalah luahan “cinta spiritual”.
Terdapat mitos-mitos yang dikaitkan dengan festival pagan Rom ini, persis orang- orang Kristian. Antara mitos yang paling tekenal adalah suatu kepercayaan orang- orang Rom bahawa Romulus, pengasas Rom, telah disusukan pada suatu hari oleh serigala betina, yang memberikan beliau kekuatan dan kebijaksanaan.
Orang-orang Rom telah menyambut perayaan ini pada pertengahan bulan Februari setiap tahun dengan festival besar-besaran. Salah satu upacara festival ini adalah pengorbanan seekor anjing dan seekor kambing. Dua remaja yang kuat dan sasa akan melumurkan darah anjing dan kambing tersebut ke badan mereka, dan mereka akan membasuh darah tersebut dengan susu. Selepas itu perarakan besar- besaran akan diadakan, dengan dua remaja ini sebagai ketua, yang akan melaui jalan-jalan. Dua remaja ini akan memiliki helaian-helaian kulit dan mereka akan memukul sesiapa yang merimtangi jalan mereka. Wanita-wanita Rom akan menyambut pukulan-pukulan ini, kerana mereka mempercayai bahawa ia dapat mencegah atau menyembuhkan ketidak-suburan.
Perkaitan Saint Valentine dengan perayaan ini
Saint Valentine adalah satu nama yang diberikan kepada dua “syahid” purba gereja Kristian. Dikatakan bahawa mereka terdiri dari dua individu, ataupun Cuma seorang, yang mati di Rom sebagai kesan dari pembunuhan ketua Gothic Cladius 296 CE. Pada 350 CE, satu gereja telah dibina di Rom di tapak di mana dia mati, sebagai tanda memori.
Apabila orang-orang Rom memeluk Kristian, mereka masih menyambut Festival Cinta di atas, tetapi mereka menukarnya dari konsep pagan “cinta spiritual” kepada konsep lain yang dikenali sebagai “syahid cinta”, diwakili oleh Saint Valentine yang telah menyokong cinta dan keamanan, yang telah menyebabkannya “syahid”, sebagaimana dakwaan orang-orang Kristian. Ia juga dikenali sebagai Hari Kekasih, dan Saint Valentine dikatakan sebagai penaung saint kekasih.
Salah satu daripada kepercayaan mereka yang berkaitan dengan festival ini ialah nama gadis-gadis yang telah mencapai umur perkahwinan mereka di atas kertas bergulung dan diletakkan di dalam pinggan kecil di atas meja. Kemudian pemuda- pemuda yang ingin berkahwin akan dipanggil, dan setiap dari mereka akan mengambil kertas tersebut. Dia kemudiannya akan berkhidmat dengan gadis yang namanya tertulis di atas kertas tersebut bagi tempoh setahun, agar mereka dapat saling berkenalan. Kemudian mereka akan berkahwin, atau mengulangi prosees yang sama pada hari festival berikut di tahun yang berikutnya.
Paderi-paderi Kristian bereaksi menentang tradisi ini, di mana mereka mengatakan bahawa ia memberikan kesan yang buruk terhadap moral pemuda-pemudi. Ia telah diharamkan di Itali, di mana ia telah dikenali ramai, dan kemudiannya diamalkan semula pada abad ke 18 dan 19, apabila terdapat di sesetengah negara- negara Barat kedai-kedai yang menjual buku-buku kecil yang dipanggil “Valentine’s books”, yang mengandungi syair-syair cinta, bagi sesiapa yang ingin memberi ucapan kepada kekasih mereka. Ia juga mengadungi cadangan dan panduan dalam menulis surat cinta.
Telah juga dikatakan berkenaan sejarah permulaan sambutan ini apabila orang- orang Kristian memeluk Kristian, selepas Kristian meluas, maharaja Rom Caludius II menetapkan pada abad ketiga CE bahawa soldadu-soldadu tidak dibenarkan berkahwin, kerana perkahwinan akan mengalihkan tumpuan mereka di dalam peperangan. Penetapan atau undang-undang ini telah ditentang kuat oleh Saint Valentine, yang telah melangsungkan perkahwinan bagi soldadu-soldadu tersebut secara rahsia. Apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan maharaja, baginda telah memenjaranya dan menjatuhkan hukuman bunuh. Di dalam penjara, dia (Saint Valentine) telah jatuh cinta dengan anak perempuan si pemenjara, tetapi ini adalah rahsia kerana di dalam undang-undang Kristian, paderi dan pendeta dilarang berkahwin atau jatuh cinta.
Namun dia tetap disanjung oleh orang-orang Kristian kerana pendiriannya dan pegangannya yang kukuh terhadap agama Kristian apabila maharaja menawarkan untuk mengampunkannya jika dia meninggalkan Kristian dan menyembah Tuhan-Tuhan Rom; kemudian dia akan menjadi salah seorang pengikutnya yang rapat dan baginda akan menjadikannya sebagai menantunya. Akan tetapi Valentine menolak tawaran baginda dan lebih cenderung kepada Kristian, dan kerana itu dia telah dihukum bunuh pada 14 Februari 270 CE, pada dinihari Februari 15, Festival Lupercalis. Oleh itu hari ini dinamakan sempena saint ini.
Di dalam Story of Civilization, dikatakan bahawa pihak gereja telah membuat satu kalender di mana setiap hari diperuntukkan sebagai hari perayaan salah satu daripada saint-saint. Di England, Hari Saint Valentine adalah pada penghujung musim sejuk. Apabila hari tersebut datang, menurut mereka, burung- burung mengawan di dalam hutan, dan pemuda-pemuda akan meletakkan bunga-bunga di tingkap-tingkap rumah gadis-gadis yang mereka cintai. (The Story of Civilization by Will Durant, 15/23)
Pope memperuntukkan hari kematian Saint Valentine, Februari 14, 270 CE, sebagai festival cinta. Siapa Pope? Dia adalah “arcbishop, ‘mufti’ terhebat gereja sedunia, waris bagi Saint Peter.” Lihatlah kepada “arcbishop” ini dan bagaimana dia menetapkan bagi mereka perayaan ini, yang merupakan rekaan baru di dalam agama mereka. Ini mengingatkan kita pada firman Allah s.w.t. (yang bermaksud):-
“Mereka (Yahudi dan Kristian) mengambil guru-guru dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan mereka selain Allah (dengan mematuhi mereka di dalam perkara yang mereka jadikan halal atau haram mengikut kehendak mereka tanpa diarahkan oleh Allah)…[at-Tawbah 9:31]
Telah diriwayatkan bahawa ‘Adiy ibn Hatim said: “Aku telah datang kepada Nabi s.a.w. dengan memakai salib emas di leherku. Baginda bersabda, ‘Wahai ‘Adiy, buangkan simbol ini.’ Dan aku mendengar baginda membaca dari Surah Baraa’ah [al- Tawbah] (yang bermaksud): ‘Mereka (Yahudi dan Kristian) menjadikan guru-guru mereka dan paderi-paderi mereka sebagai Tuhan selain Allah.’ Baginda bersabda: ‘Mereka tidak menyembah mereka, tetapi apabila mereka menghalalkan sesuatu mereka halalkan, dan apabila mereka mengharamkan mereka sesuatu mereka haramkan.’ (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan ia adalah hadith hasan)
Antara Simbol-Simbol Penting Perayaan ini
1- Menunjukkan rasa gembira pada perayaan ini, sebagaimana di dalam festival-festival utama mereka yang lain.
2- Menukar ros merah, yang merupakan luahan rasa cinta, “cinta spiritual” orang-orang pagan ataupun “cinta” orang-orang Kristian. Oleh kerana itu ia dikenali sebagai Festival Kekasih.
3- Menghantar kad-kad ucapan. Pada sesetengah kad-kad ini terdapat gambar “Cupid”, yang seperti seorang kanak-kanak dengan dua sayap, membawa busar dan anak panah. Ini merupakan dewa cinta di kalangan pagan-pagan Rom-Maha Suci Allah, jauh dari segala kepalsuan mereka dan penyengutuan mereka terhadap Allah.
4- Menukar kata-kata cinta dan keinginan di dalam kad-kad ucapan yang mereka hantar kepada satu sama lain, di dalam ayat, prosa dan frasa ringkas. Sesetengah kad mengandungi gambar-gambar komik dan lawak jenaka, dan ia selalunya mengandungi ungkapan ‘jadilah Valentineku’. Ini mewakili konsep Kristian tentang festival ini setelah ia diambil dari konsep pagan.
5- Di kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut dan pada waktu petang, di mana berlaku percampuran lelaki dan perempuan, dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada si isteri, kawan-kawan dan sesiapa yang mereka cintai.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home