SALAM HIJRI & HAMSI BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN
( SUATU PENGHAYATAN YANG PERLU DIFAHAMI TERHADAP FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN)
Menemui kembali sahabat ku sekelian setelah 2 atau 3 hari kita tidak bersua di alam cyber ini dek hambatan tugas di luar station :) , terasa juga rindu saya terhadap kalian semua . Semoga kalian semua succes dan terus bertenaga dalam meredah cabaran yang pastinya tidak sedikit untuk memastikan Islam kembali berdaulat di atas Tanahair kita ini.
Pembuka salam , penuh ta'zim saya hulurkan Salam Hijri buat semua sempena Tahun Baru Hijrah 1427 , agar kita terus memiliki jiwa besar dan kental guna menyambung PROJEK besar Nabi Kita Muhammad saw. membina Negara Islam.
Juga Salam Hamsi buat sahabat sempena kemenangan Hamas di Palestine , mudah - mudahan semangat waja untuk mengembalikan semula struktur Negara Islam di Negara kita tidak kunjung padam , meskipun kita terpaksa mendepani sejuta satu rintangan sehinggalah kemenangan hakiki menjadi milik kekal kita bersama .
Peristiwa Hijratur Rasul saw. yang bermula setelah baginda memeterai Baiatul Aqabah atau Baitul Kubra bersama beberapa qabilah arab yang datang dari Yathrib ( Madinah Munawwarah ) , maka bermulalah satu detik gemilang dalam sejarah ummat Islam di atas muka bumi ini .
Detik yang menyaksikan tertegaknya Negara Islam ( Islamic state ) yang pertama di atas muka bumi . Namun begitu sahabat ku ......ianya tidak tegak dengan lampu ajaib aladin ataupun tongkat sakti pendekar dari gua , tetapi ianya tegak dengan harga yang terlalu tinggi setelah melalui episod Perjuangan dan Pengorbanan yang tiada taranya.
Nabi saw. sendiri hampir sahaja terbunuh dalam peristiwa hijrah apabila rumah baginda saw. dikepung oleh kuffar Makkah pada malam hijrah , demikian pula baginda saw. diburu oleh Suraqah bin Malik bin Ja'sham , seorang pembunuh upahan yang sangat tangkas memacu kuda dan cekap pula melepaskan anak panah setelah menerima tawaran lumayan dari Abu Jahal berupa 100 ekor unta merah .
Suhaib Ar Rumi rha. pula mengorbankan seluruh hartanya yang diserahkan kepada Abu Jahal sebagai cagar pelepasan setelah perjalanan hijrahnya terhalang oleh Road block pihak berkuasa Makkah pada waktu itu . Pengorbanan inilah wahai sahabatku ......yang telah menerima pengiktirafan dari Qadhi Rabbul Jalil.
... dan diantara manusia , ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhoan Allah dan Allah itulah Tuhan yang Maha Penyantun terhadap hamba - hambanya .
Surah Al baqarah . Ayat 207
Sahabatku.... Cuba kita lihat pula bagaimana Syaidina Ali karramallahuwajhah yang telah mempertaruhkan nyawanya dengan mengambil ranjang tidur baginda saw. pada malam hijrah guna melengah dan mengelirukan orang - orang kafir musyrikin Makkah yang mengepung rumah Rasulullah saw. sedang umurnya masih remaja berusia 18 tahun .
Segalanya ( perjuangan dan pengorbanan tersebut ) dilakukan untuk memastikan hasrat Baginda Rasul saw. yang mahu menegakkan Negara Islam menjadi satu realiti , biarpun musuh bersatu dan melakukan pelbagai tindakan bagi menghalang penubuhan negara Islam di Madinah .
Demikianlah sahabatku.. , Hijrah adalah PROJEK besar baginda Rasul saw. yang sarat dengan tema perjuangan dan pengorbanan untuk membina sebuah tamaddun yang tunduk dan patuh kepada Allah swt.
Sebelumnya , Gerakan Islam yang dipimpin oleh Baginda Rasul saw. mendapat tentangan hebat dari kaum kerabat dan orang kampung baginda Rasul saw. sendiri , biarpun mereka sangat mengenali peribadi dan hati luhur baginda Rasul saw.
Hanya dengki , hasad , dendam , ego dan jahil menjadikan mereka menolak mentah - mentah perjuangan nabi saw. malah mereka bertindak nekad melulu dengan menangkap , menyeksa dan membunuh mereka yang menyertai Gerakan Islam pimpinan Baginda Rasul saw.
Sayugianya kita , apabila menyambut ulangtahun Peristiwa Hijrah ini , kembali menghayati semangat perjuangan dan pengorbanan Rasul saw dan para sahabat rhm. ke arah mendaulatkan kembali syariat Ilahi yang telah tiada pada hari ini .
Lucunya ...apa yang saya lihat , ramai menafsirkan iktibar yang perlu diambil dari peristiwa Hijratur Rasul saw. ialah hijrah dari malas jadi rajin , dari buta huruf jadi celik huruf , dari tak baik jadi baik dsb.nya dengan saya tidak menafikan itu adalah satu unsur yang positif dalam kehidupan kita . namun iktibar yang terhenti di atas unsur sebegitu sahaja menjadikan kita gagal menghayati PROJEK sebenar nabi kita Muhammad saw. yang melakukan hijrah ke Madinah .
Kalau setakat nak jadi rajin , celik huruf dan baik , saya percaya Nabi saw. tidak perlu berhijrah justeru Makkah pada waktu itu adalah Kota Kosmopolitan dizamannya. Demikian jugalah , kalau sekadar Nabi saw. nak sembahyang , puasa , haji dan zakat , Nabi saw. tidak perlu melakukan hijrah yang hampir mengorbankan nyawanya. Sedang di Makkah adalah pusat ibadah haji dan mereka boleh solat dalam rumah - rumah mereka tanpa halangan .
Pastinya hijrah itu mempunyai nilai tinggi yang tidak mungkin boleh diterima oleh mereka yang ingkar kepada Allah swt. iaitu Mendaulatkan Syariat Allah swt.
Saya pun hairan kenapa bila bercakap soal Hijrah Rasul saw. semua cakap soal hijrah dari malas jadi rajin , mundur jadi maju dsb.nya , seakan - akan mereka mahu menyembunyikan sesuatu yang menjadi fakta sejarah malah kelihatan mereka memang bermaksud menyembunyikan fakta tersebut . Bimbang masyarakat ummat Islam sedar tanggungjawab menegakkan Negara Islam dan akhirnya kerajaan yang tidak mendaulatkan Islam ( sekular / toghut ) ini akan jatuh.
Malangnya Islam Hadhari pun tidak menimbulkan fakta sebenar sewaktu mereka menyambut Maal Hijrah . Malah anugerah Tokoh Maal Hijrah pun boleh diberi kepada mereka yang lansung tidak menunjukkan komitmen untuk membina Negara Islam yang mendaulatkan Syariat Allah swt .
Sahabatku sekelian .... Lihatlah , bagaimana mereka turut sepi membungkam sejuta bahasa apabila menyaksikan kemenangan HAMAS di Palastine . Tidak segera memberi sokongan atau pengiktirafan , sekurang - kurangnya atas semangat demokrasi , justeru HAMAS menang bukan melalui perang tetapi pilihanraya yang bebas dan telus . * tidak macam Malaysia yang ramai pengundi hantu :) *
Mereka sebetulnya tidak gembira dengan kemenangan HAMAS di palastine kerana Israel dan Amerika pun tidak gembira .Mereka hanya gembira apabila Israel dan Amerika gembira .
Begitulah , mereka hanya gembira dengan pelbagai pesta dihari sambutan tahun baru Masehi , mereka tidak gembira pun dengan kehadhiran tahun baru Hijri . Sebab itu tahun baru Hijri ini sepi tanpa promosi .
Tak mengapalah sahabat .... demi menceriakan kehadhiran Tahun Baru Hijri ini , saya laungkan SALAM HIJRI kepada semua ummat Islam agar kita kembali membina struktur Negara Islam yang telah diruntuhkan oleh golongan sekular ini.
Sehingga bertemu lagi .
1 Comments:
Jazakallah ya akhi..hanya selepas membaca entry ustaz ana sedar bahawa umat Muslim Malaysia umumnya memang telah di'indoctrinate' pemahamannya bahawa hijrah itu sekadar hijrah pembugaran diri..walhal intipati sejarah hijrah itu memampangkan ibrah yang lebih mustahak kepada kita..yakni untuk menegakkan daulah islamiyyah di negara kita..alangkah baiknya andai realiti ini dapat ditusuk dalam hati setiap rakyat kita agar yang Hak itu akan kembali tertegak dari yang batil..wallahualam -ibn zuhr
9:31 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home