Kertas Kerja ( 007 )
PEMUDA - PEMUDI DALAM MENGHADAPI CABARAN
CABARAN 5
CENGKAMAN RASA PUTUS ASA
TERHADAP AMAL ISLAMI
( تحديات التيئيس من العمل الإسلامي )
Fenomena putus asa terhadap amal Islami sering menimpa pejuang-pejuangnya terutama pemuda setelah merentasi beberapa siri perjuangan dan amal . Justeru itu, Allah S.W.T antara lain mengingatkan hambanya akan perihal perjuangan Islam dan amal Islami yang payah dan sukar.
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمْ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوْ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). ( At Taubah 42 ) Rasa putus asa terhadap amal islami yang sering berlaku adalah disebabkan oleh beberapa perkara, iaitu : a) Penguasaan musuh keatas Islam b) Berbilang-bilang jamaah Islamiyyah dalam satu negeri. c) Kegagalan gerakan jihad untuk mencapai kemenangan . d) Berhujjah dengan nas-nas yang mengarahkan supaya ber’uzlah ( mengasing diri ). 1- Penguasaan Musuh Keatas Islam Mereka yang dicengkam rasa putus asa terhadap amal Islami menganggap bagaimanalah kita mampu menghadapi dan merubah keadaan sedangkan kita berada dibawah kongkongan atau penguasaan kerajaan sekular yangn menolak Islam.. Telah ramai ulama’ dibunuh dan ditangkap , pejuang-pejuang Islam berguguran syahid dan diseksa . Gerakan Islam diganggu dan diharamkan dari bergerak bebas untuk melaksanakan syariat Allah di muka bumi ini. Bagaimanalah mungkin kita menghadapi dan merubah keadaan sedang kita masih dibelenggu erat oleh ekonomi kapitalis yang mana akhirnya ramai ummat Islam dan ulama’nya rebah di dalam perangkap riba. Bagaimana kita boleh melepaskan diri ddan merubah keadaan sedang kita dikepung dari segenap arah oleh Kuffar Mustakbirin yang lengkap dengan kekuatan tentera dan peralatan senjata canggih sementara kita hanya ada gigi dan lidah. Kuffar telah melebarkan empayar bejad mereka keseluruh dunia ddan beraksi sebagai polis dunia yang terus menerus menindas ummat Islam . Lantaran itu, bagaimanalah kita mampu memperjuangkan islam. 2) Berbilang Jamaah Islamiyyah Dalam Satu Negeri / Negara. Jamaah Islamiyyah yang berbilang-bilang ini mempunyai pembawaan dan cara gaya masing-masing. Ada jamaah yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat melainkan mereka hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembersihan hati dan jiwa dengan mereka tidak mengambil pusing tentang jihad dan usaha merubah politik negara ke arah politik islam. Ada jamaah yang mengambil berat persoalan ilmu dan thaqafah serta majlis-majlis meriwayatkan ilmu tanpa mereka mengambil berat tentang untung nasib ummat Islam yang diancam bahaya sosial dan aqidah . Mereka tidak mempedulikan program amar ma’ruf dan nahi mungkar dan perancangan untuk masa depan Islam. Ada jamaah yang semata-mata berpolitik dan mengkritik kerajaan atau pemerintahan tanpa mereka mendidik jiwa dan akhlaq sehingga mereka menganggap tidak harus bagi seorang muslim beramal dengan syariat Islamiyyah selama belum tegak Khilafah Islamiyyah di muka bumi ini. Ada jamaah yang mendakwa mereka mampu berijtihad dan mereka begitu taa’sub dengan ijtihad mereka serta menidak-nidakkan ulama’-ulama’ yang terdahulu. Semua pihak yang tidak menerima pandangan atau ijtihad mereka dikira salah dan jahil. Ada jamaah yang taa’sub dengan pandangan mereka terhadap aqidah dan fikrah, sehingga mereka yang tidak sependapat dalam masalah aqidah dan fikrah dianggap sesat dan kufur. Ada jamaah yang hanya mengurus soal-soal kebajikan masyarakat tanpa mereka menyusun program untuk membentuk dan menyedarkan masyarakat kearah amal Islami yang syumul . Ada jamaah yang menjadikan sasaran (mad’u) mereka hanya dikalangan intelektual dan golongan elit . Mereka tidak bersedia untuk berselut lumpur ke sawah ladang untuk menyebarkan dakwah. Ada jamaah yang menghadkan peranan mereka dalam bidang-bidang tertentu seperti hanya berdakwah melalui seminar-seminar , simposium dan nadwah di hotel-hotel dan ditempat-tempat tertentu . Berbilang-bilang jamaah ini pada zahirnya tidak memungkinkan mereka bersefahaman malah masing-masing menganggap jamaah mereka yang paling baik dengan alasan mereka yang tersendiri. Maka bagaimanalah dalam suasana sebegini kita mampu menghadapi kesatuan musuh yang siap sedia untuk memerangi Islam. Bagaimana pula kita mampu menyediakan kekuatan untuk mengimbangi kekuatan mereka yang kian hari kian marak , sedang kita saling nilai- menilai dan tuding-menuding sesama sendiri yang mana itu semua menbawa kepada rebah dan musnahnya jamaah Islamiyyah, sementara itu Allah swt. telah berfirman:
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ( Al Anfaal 46 ) Maka selama mana masih wujud fenomena berbilang-bilang jamaah yang tidak berusaha dan berupaya untuk bersefahaman dan bersatu , maka selama itulah perjuangan kita tidak memberi apa-apa erti. 3) Kegagalan Gerakan Jihad Untuk Mencapai kemenangan Mereka kecewa dan berputus asa diatas realiti yang berlaku apabila gerakan Jihad satu persatu tewas . Realiti ini nyata bahawa amat sukar untuk menumbangkan kuasa Kuffar Mustakbirin dan talibarut-talibarut mereka. Sebagai contoh, apa yang telah berlaku di Syiria , Lubnan , Algeria dan termasuklah apa yang berlaku di Afghanistan di mana gerakan -gerakan Jihad yang mereka hantar tamat begitu sahaja tanpa Islam memperolehi ketuanannya. 4) Berhujjah Dengan Nas-nas Yang Mengarahkan Supaya Ber’uzlah (Mengasing Diri) Antara hujjah mereka ialah:
يقول صلى الله عليه و سلم : فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض بأصل شجرة حتى يدركك الموت و أنت على ذلك
Maksudnya : Jauhkan dari firqah - firqah ( yang menyeleweng ) itu semuanya sekalipun kamu terpaksa menggigit pangkal pokok sehinggalah kamu menemui maut sedang kamu tetap berkeadaan sedemikian . Wahai Pemuda/pemudi…… Cengkaman rasa putus asa merupakan agen pembunuh yang sangat berbahaya . Ia mampu membunuh stamina perjuangan perjuangan seorang aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika kehadirannya tidak dibanteras. Islam adalah suatu agama yang optimis , ia melarang ummatnya dari berputus asa justeru sifat ini (berputus asa) menyebabkan seseorang itu kufur kepada Allah swt.
يَابَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ
إِنَّهُ لَا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الكَافِرُونَ
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". ( Yusuf 87 )
قَالَ وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رَحْمَةِ رَبِّهِ إِلَّا الضَّالُّونَ
Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat". ( Al Hijr 56 )
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. ( Ar Ruum 36 ) Sungguhpun suatu kenyataan bahawa kini ummat islam telah ditekan dan ditindas serta dikepung dari segenap arah oleh musuh-musuh Islam yang begitu ramai dan memiliki segala kelebihan mardhiah. Namun, sebagai seorang pemuda muslim ,kenyataan itu tidak sewajarnya menjadikan kita berputus asa terhadap amal Islami malah sebaliknya menyemarakkan semangat perwira dan jiwa kepemudaan untuk menghadapi segala kemungkinan . Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan kemenangan dan kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa berita gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat. Penguasaan Kuffar akan tiba hari dan saatnya untuk ia jatuh tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang Islam yang tidak mengenal erti putus asa, demikianlah sunnatullah
إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. ( Ali - Imran 140 )
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمْ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَاسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. ( An - Nuur - 55 ) Gerakan jihad mungkin tewas pada zahirnya , akan tetapi ia mencapai kemenangan cemerlang di sisi Allah swt. apabila pejuang-pejuangnya satu-persatu gugur syahid.
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ . فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمْ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ . يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنْ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. ( Ali - Imran 169 - 171 ) Pemuda yang beriman tidak akan sempit dada menyaksikan realiti Gerakan Jihad pada hari ini, sebaliknya sebagai seorang pemuda mu’min , meneruskan perjuangan tanpa patah hati.
مِنْ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ
وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. ( Al Ahzab - 23 ) Kekalahan demi kekalahan yang berlaku mestilah diterima dengan sikap yang positif bahawa itu adalah salah satu sistem pentarbiyahan secara lansung daripada Allah swt. Kekalahan yang diterima jua pasti memberi ruang untuk kita menganalisa setiap kepincangan dan kelemahan serta melengkapkan diri dengan syarat-syarat kemenangan ( شروط النصر ) . Apa pun cabaran dan tribulasi yang melintang perjuangan, Amal Islami tetap diteruskan dengan penuh yakin kepada janji-janji Allah S.W.T sekalipun di sana kedapatan banyak jamaah Islamiyyah yang wujud dan kewujudan mereka sedikit sebanyak menipiskan kadar kekuatan ummat Islam. Kita tetap bersama dengan jamaah yang mempunyai ciri-ciri sebuah jamaah yang dikehendaki oleh Allah S.W.T dan pastinya kemenangan akan dicapai.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ . إِنَّمَا وَلِيُّكُمْ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ .
وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمْ الْغَالِبُونَ.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. ( Al - Maidah - 54 - 56 ) Sementara hujjah-hujjah yang mengarahkan ‘uzlah melalui nas-nas yang dikemukakan tidaklah bermakna suatu arahan meninggalkan perjuangan di saat ianya amat diperlukan. Apa yang nyata , arahan Rasulullah S.A.W supaya ber’uzlah ialah apabila tiada lagi jamaah yang memperjuangkan Islam dan tiada lagi Imam/pemimpin bagi orang-orang Islam . Selama mana Imam dan jamaah masih wujud , maka umat Islam diwajibkan berjuang dan melaksanakan Amal Islami sekalipun ianya amat sukar.
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. ( At Taubah 41 ) Ber’uzlah membawa erti menyuci diri dan menyelamatkan agama . Apakah dengan kita mengelak diri dari Amal Islami sedangkan sebahagian dari ummat Islam yang lain bermati-matian mempertahankan Islam akan bersih dan suci jiwa kita serta selamat agama kita? Apakah ketika itu kita benar-benar bertindak untuk menjaga agama atau lari dari tanggungjawab yang dibebankan keatas pundak kita? Kepada kalian wahai pemuda, dibawa satu kisah agar menjadi satu bahan untuk renungan : Abdullah Ibn Mubarak telah mengunjungi Fudhail ketika sedang asyik beribadat lalu berkata :
يا عابد الحرمين لو أبصرتنا لعلمت أنك بالعبادة تلعب و من كان يخضب خده بدموعه فنحورنا بدمائنا تتخضب
Wahai hamba yang tekun beribadat di dua tanah haram , kiranya engkau melihat kami nescaya engkau akan mengetahui bahawa engkau sedang bermain dengan ibadatmu dan sesiapa yang berlumuran air mata dipipinya ( kerana takutkan Allah ) maka tengkuk - tengkuk kami pula berlumuran darah ( kerana takutkan Allah )
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home