RINDU BUAT TEMAN SETIA.
Hari ini merupakan hari kedua saya terpaksa 'berkampung' di cyber cafe untuk menulis dan menghubungi sahabat di luar negara serta mendapatkan maklumat dan isu semasa , setelah 3 hari teman yang setia mendampingi saya mengurus dakwah cyber selama ini terlantar di " Unit Rawatan Rapi "
Apa boleh buat , teman saya terpaksa dikejarkan ke " Unit Rawatan Rapi " apabila mengalami kerosakan teruk pada 'mother board'nya. Menurut pakar yang merawatnya , mother board tersebut terpaksa diganti baru dengan kosnya mungkin melepasi RM 1000.00.
Saya tak mampu berkata apa - apa lagi . Demi menyambung 'hayat' nya yang terlalu banyak jasanya kepada saya , saya akur dan menurunkan tanda tangan walaupun terpaksa menelan belanja yang tinggi.
Justeru ia lah selama ini menjadi teman setia dan senantiasa pula disamping untuk menjalankan tugas - tugas dakwah ini .Tidak mungkin saya persia-siakannya setelah sekian lama ia berbakti kepada saya .
Kehilangannya sangat dirasai . Namun saya cukup sedar dan insaf bahawa setiap yang wujud atas nama makhluk , ianya pasti mempunyai tarikh luput dan binasa . Saya redho atas apa yang berlaku dan musibah yang menimpa 'sahabat, saya yang setia ini.
Menurut pakar berkenaan , mother board ( jenis ACER ) ini terpaksa order dari KL . Itupun kalau masih ada stok , jika tidak terpaksa kita menunggu lebih lama lagi untuk order dari Taiwan . Sayu juga hati saya mendengarnya . Entah bila pula saya boleh bersama dengannya kembali.
Sunyi rasanya tanpa dia disisi . Tidak lagi kedengaran alunan merdu bacaan ayat - ayat suci Al Quran yang sering dibacakan olehnya . Juga tidak lagi meriah dengan pelbagai komentar yang sering dipaparkan oleh beliau kepada saya .
Apa yang membuatkan saya terus dihimpit kesunyian , apabila saya bagaikan terpisah dengan dunia luar . Sedang selama ini , dia lah yang membekalkan maklumat kepada saya , terutama perkhabaran dari sahabat - sahabat seperjuangan yang berada di seluruh pelusuk dunia .
'Dr.' Zairi , pakar yang merawatnya berjanji akan melakukan suatu yang terbaik agar note book kesayangan saya kembali pulih seperti biasa untuk membolehkannya menyambung tugasan hariannya . Saya berdoa agar usaha itu berjaya dan saya kembali dapat bertemu dengannya. Rindu hati ini tidak tertahan lagi .
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home