" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, June 02, 2006

MISI AMAL KE YOGYAKARTA

30 Mei 2006 (Selasa), Yayasan Amal Malaysia (AMAL) telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi di Yogyakarta, Indonesia. Misi kumpulan pertama ini di ketuai oleh Sdr. Jamuliddin Hj. Elias dan terdiri dari Dr. Hatta Ramli, Dr. Ahmad Yunus (Selangor), Sdr. Onn Jaafar (Johor) dan seorang lagi Sukarelawan AMAL.

Berikut adalah sms berita dari Sdr Jamuliddin :

30 Mei 2006, 19:39:52

" Ok. Kami udah sampai Surabaya jam 1900 malam. Sewa Mobil (Kereta) 2 buah. Sewa rph 1,500,000. Arah ke Yogja 350km. Masa 7 jam. Waaduh pak. Capek. Skrg on the way to Yogjakarta. Airport Yogja hari ini dah di buka. Sekian laporan Pak Jamal at Surabaya ".

31 Mei 2006, 14:13:59

" Kami di kawasan runutuhan paling parah di Bantul & Gunung Kidul, ribuan pengunsi baru dapat rawatan, team medis (perubatan), ubat kurang, perlu lampu minyak tanah. Kemah masih kurang, ramai tiduq tempat lapang, kami beli brg di makro, berebut NGO beli. Biskut, mamee, sbb 3 pasaraya besar retak tak boleh dagang (jual beli). Rawatan 300 sehari pesakit. Ana jumpa AMAN M'sia beli brg bantuan makanan, hebat salaman dgn kami.

Pak Jamal @ Yogja.".

Jika ada sebarang sumbangan yang ingin di salurkan melalui AMAL, sila hubungi saya 012-2837754. Insyaallah, Team 2 AMAL akan bertolak di jangka pada 10-18 Jun 2006.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home