" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, May 24, 2006

Salur kewangan melalui Fatah:
Malaysia sama dengan Amerika

Tue May 23, 06 12:55:12 PM Oleh Ali Bukhari Amir

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Tindakan Malaysia menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan Palestin melalui wakil Fatah, iaitu Presiden Mahmoud Abbas adalah menyamai pendirian politik Amerika dan sekutunya ke atas Palestin.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi itu tidak kena pada tempatnya.

"Apabila kita beri bantuan kepada Fatah, maka kita samalah dengan Amerika. Negara itu sendiri tidak memberi mandat kepada kerajaan Hamas, biarpun Hamas diberi mandat oleh rakyat Palestin melalui pilihan raya mereka baru-baru ini.

"Kalau kita beri duit itu kepada Fatah, ini bermakna seolah-olah Malaysia termasuk dalam rangkaian Amerika di sini. Negara itu juga tidak menyokong Hamas, tetapi menyokong Fatah," kata beliau kepada Harakahdaily di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan bahawa kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM57.6 juta (AS$16 juta) kepada kerajaan Palestin akibat sekatan kemasukan bantuan antarabangsa, khususnya sekatan kewangan yang dikenakan oleh Amerika dan Israel.

"Pemuda PAS mengutuk tindakan ini. Inilah sikap pemimpin Umno yang secara tidak langsung memperlihatkan ketidakprihatinan mereka terhadap perjuangan kumpulan Hamas selama ini," kata Salahuddin. -

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home