" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, May 16, 2006

Perutusan Sempena Hari IBU.

IBU :
DIKAU KUNCI SYURGA
DIKAU KUNCI NERAKA

Kata Hukama' : Tangan yang menghayun Buaian mampu menggongcang Dunia . Demikianlah manzilah atau kedudukan ibu dimata dunia , malah bagi setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini , "syurga" mereka berada di bawah telapak kaki ibu .

Ibu boleh menjadi kunci neraka dan juga boleh menjadi kunci syurga . Ianya bergantung kepada posisi yang diambil oleh seorang ibu yang sememangnya digalaskan pelbagai tanggungjawab dan amanah .

Ibu Boleh Jadi Kunci Neraka !

Lihat sabda Rasulullah saw.

كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلى اْلفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Hadith Riwayat Imam Al Bukhari dari Abi Hurairah Rha.

Maksudnya : Setiap ( anak ) yang dilahirkan , ianya lahir dalam keadaan fitrah ( suci bersih ) maka kedua - dua orang tuanya lah yang menjadikan anaknya Yahudi , Nasrani atau Majusi .

Ibu juga boleh menjadi Kunci Syurga !

Lihat Firman Allah swt :

يا أيها الذين آمنوا قُوْا أَنْفُسَكُمْ وَ أَهْلِيْكُمْ نَارًا

Maksudnya : Wahai orang - orang yang beriman , Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka .

Surah At Tahrim . Ayat : 6

Apabila ibu berjaya melaksanakan tanggungjawab dan peranannya bagi menghindarkan diri dan ahli keluarganya dari Api neraka , iaitu dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah swt. pastinya ia telah memiliki kunci syurga . Insyaallah .

Ibu yang dihormati sekelian .

Topik yang saya bawa ini sangat penting dan wajar diteliti malah direnungi. lantaran terlalu ramai ibu dewasa kini lupa manzilah mereka malah lupa tanggungjawab mereka .

Mereka abaikan anak - anak mereka semata - mata mengejar material dan mereka tidak memperdulikan anak - anak mereka kerana pentingkan kerjaya mereka .

Saya cuba paparkan beberapa statistik penting disini , agar ianya mampu menimbulkan keinsafan , biarpun jauh dilubuk hati sanubari para ibu sekelian .

STATISTIK PENDAFTARAN KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH
( 1999-2003 ) = 30,978 dari 70,430 = anak orang Islam

1. SELANGOR = 12, 836 orang
2. PERAK = 9, 788 orang

3. KUALA LUMPUR = 9, 439 orang

4. JOHOR = 8, 920 orang

5. SABAH = 8, 435 orang
6. NEGERI SEMBILAN = 4, 108 orang
7. PAHANG = 3, 677 orang
8. KEDAH = 3, 496 orang
9. PULAU PINANG = 3, 412 orang
10. MELAKA = 2, 707 orang
11. KELANTAN = 1,730 orang
12. PERLIS = 691 orang
13. SARAWAK = 617 orang
14. TERENGGANU = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang .

Statistik dari jabatan Pendaftaran Negara .

Ibu ! Apabila Nafsu tidak dipandu wahyu , akhirnya manusia akan hilang perikemanusiaan . Justeru itu , didiklah diri dan anak - anak berpandukan wahyu Ilahi , agar kelak diri diredhoi .


bersambung ....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home