" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, May 09, 2006

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
No 17, Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya,86200 Simpang Renggam,
Johor Darul Ta’zim.
Tel / Faks : 07-7554693 e-mail :
dppjohor@yahoo.com
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(35/06)

Kenyataan Media
(8 Mei 2006)

TAJUK :

Ahli Parlimen BN tidak dibenar sokong usul pembangkang :
SATU PRINSIP YANG MEMBELAKANGKAN HAK RAKYAT.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menegaskan bahawa prinsip Barisan Nasional (BN) yang tidak membenarkan Ahli Parlimennya menyokong usul pembangkang di Parlimen.

Beliau menyatakan bahawa menyokong pendirian parti adalah prinsip dan ia perlu dipatuhi. Sebelum itu beliau ditanya sama ada BN akan meminda peraturan supaya membenarkan Ahli Parlimen BN menyokong usul pembangkang di Parlimen. Beliau juga menegaskan bahawa prinsip ini tidak akan diubah.

DPPNJ melihat kenyataan ini melambangkan betapa setiap ahli Parlimen UMNO/BN telah dibisukan dan tidak dibenarkan menyokong sebarang usul yang dibawa oleh wakil daripada parti pembangkang walaupun usul tersebut adalah kepentingan rakyat dan juga agam Islam.

Sebelum ini banyak usul-usul yang pernah dimukakan oleh wakil PAS di Parlimen ditolak mentah-mentah oleh Speaker Parlimen tanpa memberikan alas an yang kukuh. Sebagai contohnya, YB Salahuddin Ayub pada bulan yang lalu telah membawa usul untuk membincangkan pembatalan pembinaan Jambatan Indah serta usul penghinaan Karikatur yang menghina nabi.

Kini, barulah disedari bahawa sikiranya usul tersebut diterima maka apakah ahli Parlimen UMNO/BN sanggup untuk menolak usul yang memperjuangkan hak rakyat seperti isu pembatalan jambatal tersebut. Begitu juga dengan usul penghinaan nabi melalui karikatur, adakah apabila usul ini dibahaskan maka ahli Parlimen UMNO yang beragama Islam sanggup untuk tidak menyokongnya?. Namun, apabila ahli Parlimen pembangkang tidak menyokong usul wakil UMNO/BN maka dilabelkan sebagai tidak patrotik, anti kerajaan dan tidak mementingkan hak rakyat.

DPPNJ mengharapkan agar kenyataan Perdana Menteri ini dapat membuka mata rakyat terhadap sikap sebenar UMNO/BN yang lebih mengutamakan kepentingan mereka daripada kepetingan rakyat.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home