Kertas Kerja ( 019 / siri kelapan )
RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH .
ADAB AL IKHTILAF
USUL KELAPAN
والخلاف الفقهي فـي الفـروع لا يكون سـببا للتـفـرق فـي الدين ولا يؤدى إلى خـصـومة أو بـغـضـاء و لكل مجــتهد أجره ولا مـانع من الـتـحقيـق الـعلمى النزيه فـي مـسـائل الخـلاف فـي ظل الـحـب فـي الله والتعاون على الوصول إلى الحـقـيـقـة من غير أن يـجـر ذلك إلى الـمراء المذموم و التـعـصوب
“ Khilaf dalam masaalah cabang hukum fekah tidak menjadi sebab perpecahan dalam ugama dan tidak mendorong perbalahan dan permusuhan kerana setiap orang yang berijtihad mendapat pahala ”
Tidak berhalangan untuk melakukan kajian ilmiah ( untuk tahkik ) dalam masaalah khilafiah selama mana ia berlansung dalam suasana kasih sayang kerana Allah dan bekerjasama menuju hakikat tanpa menghela kepada pergaduhan yang tercela dan taasub .
ULASAN .
روى أبو نعيم بسنده عن الإمام سفيان الثورى رحمه الله قوله : إذا رأيت الرجل يعمل العمل الذى قد اختلف فيه وأنت ترى غيره فلا تننهه
“ Apabila kamu melihat seseorang yang beramal dengan amalan yang ada khilaf padanya sedang kamu mempunyai pendapat yang berbeza dengannya jangan kamu mencegahnya ”
Telah meriwayatnya oleh Abu Naim
dengan sanadnya dari Al Imam Sufian As Sauri rhm.
Dua sikap negatif dalam menangani urusan khilafiah .
1. الإفـراط
Taasub kepada pegangan atau pendapat mazhab mereka . Seolah - olah mereka sahaja yang benar sementara yang lain semuanya bhatil .
Sebagaimana ada setengah pihak , melontarkan pelbagai tuduhan kepada ulama’ yang tidak sependapat dengannya .Dalam masyarakat kita timbul isu Kaum Muda , Kaum Tua , Wahabi dan sebagainya termasuk juga mereka yang suka menyalahkan ulama’ atau pemimpin gerakan Islam terdahulu sedang kita kita diajar supaya senantiasa berdoa .
ربنا إغفرلنا و لإخواننا الذين سبقونا بلإيـمان و لا تجعل فى قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رؤوف الرحيم
“ Ya Tuhan kami , ampunilah kami dan saudara - saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang - orang yang beriman . Ya tuhan kami sesungguhnya engkau maha penyantun lagi maha penyayang ”
( Al Hasyr 10 )
2. الـتـفـريـط
Taqlid kepada mana - mana pendapat dengan meninggalkan Al Quran dan As Sunnah .
Persoalan khilaf dalam masaalah fekah adalah merupakan tabiat ugama itu sendiri. Masaalah - masaalah fekah yang timbul sebahagiannya kedapatan Nas dari Al quran dan Sunnah ( الـمنـصـوص عليه ) dan sebahagian yang lain tidak dinyatakan hukumnya الـمسـكوت عـنـه . Realiti ini mendorong khilaf dikalangan ulama' .
Khilaf sebegini adalah suatu khilaf positif ( الإخـتلاف الـمشـروع ) yang menggambarkan keluasan Islam dan rahmat kepada ummat sebagaimana diriwayat pada satu hadis masyhur namun tidak di ketahui sanadnya . ( Iaitu hadis yang disebut As Sayuthi dalam Jami' Shoghir )
إخـتـلاف أمـتي رحـمـة
" Ikhtilaf ummat ku adalah rahmat "
( Pendapat Dr. Yusuf Qardhawi bahawa hadis ini shohih dari segi ma'nanya ) [2]
Ma’na hadis ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayat oleh Ad daraquthni : [3]
عن أبى ثعلبة الخشـنى جرثوم بن نـاشـر رضى الله عـنه عن رسـول الله صلى الله عليه وسلم : إن الله تعالى فرض فرائض فلا تضيعوهـا وحـد حدودا فـلا تعتدوهـا و حرم أشـياء فـلا تنتهكوهـا و سكت عن أشـياء رحمة لكم غير نسـيان فـلا تـبحـثوا عـنهـا
" Sesungguhnya Allah menfardhukan perkara - perkara fardhu maka jangan kamu melengahkannya dan telah membataskan batasan - batasan ( hudud ) jangan kamu melampauinya Ia telah mengharamkan sesuatu maka jangan kamu langgarinya dan Ia telah diam pada sebahagianya sebagai rahmat bagi kamu tanpa ( Allah ) lalai maka jangan menyelidikinya ”
( Hadis Hasan )
Menangani soal khilaf ini , kita harus sedar bahawa musuh Islam bertepuk tangan kiranya kita gagal menyatukan saf muslimin .
Sebab khilaf di kalangan fuqaha’
Antara sebab tercetusnya khilaf dikalangan fuqaha' disebut oleh Dr Wahbah Az Zuhaili dalam muqaddimah kitabnya الـفـقـه الإسـلامى و أدلـتـه
Ikhtilaf ma'ana lafaz إختلاف معانى الألفاظ العربية
Ikhtilaf riwayat إخــتلاف روايـة
Ikhtilaf sumber إخـتلاف الـمـصـادر
Ikhtilaf qaedah usul إخـتلاف القواعد الأصولية
Ijtihad dengan qias الإجـتهـاد بـالـقـياس
Ta'arudh dan Tarjih antara dalil - dalil الـتـعـارض و الـتـرجـيـح بـيـن أدلـة
Perkembangan khilaf ini tidak sewajarnya dijadikan sebab menyeret ummah dan ulama'nya ke gelanggang pertelingkahan yang mencetuskan perpecahan . Sebaliknya hendaklah ditangani dengan sikap rasional dan intelek ( ilmiah ) dengan menghormati pandangan ulama' yang berijtihad kerana mereka telah mengambil satu peruntukan dari Rasulullah saw .
إذا حـكم الـحاكم فـاجـتهد ثم أصـاب فـله أجـران و إذا حـكم فـاجـتهد ثم أخـطـأ فله أجـر
" Apabila telah menghukum seorang hakim sedang ia berijtihad maka betul ijtihadnya, baginya dua pahala dan apabila telah menghukum seorang hakim sedang ia berijtihad maka salah ijtihadnya , baginya satu pahala . "
( Bhukhari dan Muslim )
Perlu disedari , antara konspirasi musuh untuk memerangkap ummat Islam supaya terus menerus dalam keadaan lemah ialah dengan menyemarakkan api pertelingkahan dalam masaalah furu' . Kaedah ' divide and rule ' telah digunakan oleh golongan opurtunis yang begitu licik dan rapi tindakan mereka.
Hal ini didedah oleh Allah swt .
ود الذين كفروا لو تغفلون عن أسـلحـتكم و أمتعتكم فـيـميلون عليكم ميلة واحدة
" Orang - orang kafir amat menginginkan jika kamu lalai dari senjata - senjata kamu dan barangan kamu lalu mereka akan menyerang kamu dengan serangan yang serentak ."
( An Nisa' 102 )
Ulama' Al A'milin berkewajipan membendung pertelingkahan yang berterusan dalam hal khilafiah ini . Sikap lapang dada memainkan peranan penting untuk meredakan keadaan . Antara yang meruncingkan keadaan , disebut oleh Dr. Syed Mohd Noh dalam kitabnya " أفـات على الـطـريـق " [4]
Tidak meraikan adab bernasihat
Tidak menghormati ( pandangan ) orang lain
Kecenderungan ingin sentiasa menang dan tidak boleh menerima hakikat pendapatnya di tolak .
Suasana persekitaran yang mendorong pertelingkahan
Kekeliruan ( gangguan ) terhadap kebenaran
Terlalu berurusan dengan ilmu - ilmu perbahasan tanpa ruju' kawal dengan panduan Al kitab dan As Sunnah
Taajub dengan kemampuan sendiri malah takabur
Hati yang kosong dari makrifatullah dan taqwa
Tiada program bermanafaat yang memenuhi detik kehidupannya
Lalai dari ansir atau risiko yang mencetuskan pertelingkahan
Ingatlah taujihat Ilahi :
ولا تكونوا كالذين تفرقوا و اختلفوا من بعد ما جاءهم البينات و أولئك لهم عذاب عظيم
" Dan jangan kamu jadi sebagaimana orang yang berpecah belah dan berselisih selepas datangnya kepada mereka keterangan dan bagi mereka azab yang maha dahsyat ."
( Al Imran 105 )
Namun disana ada satu nokhtah yang wajib khilaf , iaitu khilaf Haq dengan Bhatil . ( Tiada kompromi prinsip antara kedua - duanya )
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home