Kertas Kerja ( 019 / Siri kelima )
RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH .
USUL KELIMA
ورأى الإمـام و نـائـبـه فـيـمـا لا نـص فـيـه و فـيـمـا يـحـتـمـل وجـوهـا عـدة و فى الـمـصـالح الـمرســلة معمـول بـه مـا لم يـصـطـدم بـقـاعـدة شـرعـيـة و قـد يـغـيـر بـحـسب الـظـروف و العرف و العادات و الأصل فى العبادات التعبد دون الإلتفات إلى المعانى و فى العادات الإلتفات إلى الأســـــرار والحكم و المقاصـد
" Pendapat Imam ( ketua ) dan timbalannya dalam masaalah yang tiada nas dan masaalah yang boleh diertikan dengan pelbagai pengertian juga masaalah yang berhubung dengan maslahat umum , boleh diterima selama mana ia tidak bertentangan dengan kaedah syara' .
Sementara pendapat itu kadangkala berubah mengikut keadaan , persekitaran dan adat . Asas ibadat ialah pengabdian diri kepada Allah tanpa menoleh kepada pengertiannya , sementara asas adat ialah melihat kepada rahsia , hikmah dan tujuannya .
ULASAN .
Imam ( selaku ketua negara yang dilantik oleh Jamaah Muslimin ) dan timbalannya memiliki authority untuk berijtihad terhadap :
1. Masaalah yang tiada nas padanya . ( فـيـما لا نـص فــيـه)
( Masaalah yang telah sabit nas melalui Al quran atau Sunnah tiada ruang untuk ijtihad . )
Pengertian nas mengikut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah :[1]
تارة ألفاظ الكتاب و السنة سواء كان اللفظ دلالته قطعية أو ظـاهرة
" Lafaz Al Kitab ( Al quran ) dan As Sunnah ( Al hadis ) samaada lafaz dalilnya qate'i ( putus ) atau dhohir . "
2. Masaalah yang boleh diertikan dengan pelbagai pengertian .
( فـيـما يـحـتمل وجـوهـا )
( Masaalah yang kedapatan padanya dalil - dalil dan Imam berhak memilih kepelbagaian itu . )
Seperti hukuman yang melibatkan tawanan perang .[2]
i - Bebas ( الـمـن)
ii - Tebus ( الـفـداء )
- dengan harta
- dengan tawanan muslimin
- pengajian ( mengajar orang Islam )
iii - Bunuh ( الـقــتـل )
iv - Menjadikan hamba (الإســتـرقـاق )
3 . Masaalah yang berhubung dengan maslahah umum . ( مـصــالــح الـمـرســلـة )
Maslahah bermaksud sesuatu yang mendatangkan manafaat dan menolak kejahatan . Sementara syarat menerima pakai Maslahah Mursalah ini ialah[3] :
i ( أن تـكون الـمصـلـحـة حـقـيـقـيـة لا وهـمـيـة )
Yang benar - benar mendatangkan maslahat , tiada ragu padanya .
ii ( أن تـكون الـمصـلحـة عـامـة لا شـخـصـيـة )
Demi kepentingan umum bukan kepentingan
peribadi atau golongan tertentu .
iii ( ألا تـعـارض حـكـما ثـابـتا بـالـنـص أو الإجـمـاع )
Tidak bercanggah dengan hukum yang sabit Nas atau Ijma'
Ummat haruslah mematuhi dan mentaati ijtihad Imam kerana ia adalah satu peruntukan yang sah disisi syara' selama mana ijtihad itu menepati syarat dan kaedah syara' .
( Dalam konteks Jamaah , keputusan syura mestilah dipatuhi dan ditaati . )
Ketaatan terbatal apabila Imam terkeluar dari garis - garis ijtihad yang diperuntukkan atau nyata ianya bertentangan dengan syara' .
Rasulullah saw bersabda :
لا طـاعـة لـمـخـلـوق فى مـعـصـية الـخـالق
" Tiada ketaatan bagi makhluk dalam perkara yang memaksiatkan Khaliq ( Allah ) "
( Adalah menjadi jenayah yang besar apabila menggunakan maslahah mursalah untuk mengizinkan percambahan maksiat di muka bumi sebagaimana keizinan yang diberikan kepada megastar Michel Jackson , Scorpion , Inul Daratista dan lain-lain ke negara Malaysia . )
Melalui usul ini jua , ditegaskan bahawa asas ibadah ialah taabud (pengabdian) diri kepada Allah . Penegasan ini berfungsi untuk menghadapi golongan a'qlaniyyah yang beribadat berasaskan logik atau munasabahnya ibadat itu dilakukan tanpa mengambil kira arahan Ilahi yang Maha Mengetahui. Sebagai seorang muslim , tugas ibadat dijunjung dengan penuh taabud tanpa mengambil kira penilaian aqal logik atau tidak . Justeru itu muslim harus menyedari bahawa setiap arahan dan perletakkan syariat Islami yang di perwajibkan mempunyai hikmat dan kebaikkan samaada ia dhohir atau tersembunyi .
Firman Allah swt :
و عســى أن تـكـرهوا شــيئا وهو خـير لكم و عـســى أن تـحــبوا شـيئا وهو شــر لكم
" Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk mu dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk buat mu ."
( Al Baqarah 216)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home