WASIAT PEMIMPIN ISLAM SEJATI
RasuluLlah saw.
الدين النصيحة قلنا لمن. قال لله ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
Maksudnya, “ Agama itu nasihat. Kami bertanya untuk siapa? SabdaNya: Bagi ALlah, RasulNya, pemimpin-pemimpin umat Islam dan orang ramai.”
عن أبى هريرة رضى الله عنه ، عن النبى صلى الله عليه وسلم قال " سبعة يُظِّلُهم الله فى ظلّه يوم لا ظل إلا ظلّه إمام عادل، وشاب نشأ فى عبادة الله ، ورجل قلبه معلق فى المساجد، ورجلان تحبّا فى الله اجتمعا عليه وتفرّقا عليه، ورجل دعته امرأة ذات مَنصب وجمال فقال إنى أخاف الله , ورجل تصدّق بصدقة فأخفاها حتى لاتعلم شماله ماينفق يمينه , ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه " متفق عليه
Maksudnya, Daripada Abu Hurairah ra. daripada Nabi saw. Sabdanya, “ Tujuh golongan yang dinaungi Allah di bawah nauganNya pada hari yang tiada naugan melainkan naunganNya iaitu (1)Pemimpin yang adil, (2)Pemuda yang dibesarkan dalam keadaan beribadah kepada Allah, (3)Lelaki yang hatinya sentiasa bergantung di mesjid-mesjid, (4) Dua orang lelaki yang berkasihsayang kerana Allah…kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, (5)Lelaki yang diajak (berzina) oleh wanita yang berpangkat serta cantik,,,lalu dia berkata, Sesungguhnya aku takut kepada Allah, (6)Lelaki yang bersedeqah dengan satu sedeqah lalu disembunyikannya hingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang disedeqah oleh tangan kanannya, (7) Lelaki yang berzikir kepada Allah sendirian lalu mengalirlah air matanya”.
- Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Saiyyiduna Abu Bakr as-Siddiq ra
أيها الناس إني وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني وإن اسأت فقومونى.
Maksudnya, “ Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu, dan aku bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu; sekiranya aku baik maka tolonglah aku, dan jika aku jahat maka luruskanlah aku.”
Sayyiduna Umar ra
من رأى في اعوجا فليقومه
“ Barangsiapa yang melihat berlakunya padaku penyelewengan maka luruskanlah aku.”
Umar bin Abdul Aziz yang menjadi khalifah selepas zaman para sahabat pernah menegaskan:
أما بعد، فإنه ليس بعد نبيكم صلى الله عليه وسلم نبي، ولابعد الكتاب الذي أنزله كتاب، ألا ما أحل الله عزوجل حلال إلى يوم القيامة وما حرمه الله حرام إلى يوم القيامة ألا لست بقاض ولكني منفذ، ألا لست بمبتدع ولكني متبع، ألا إنه ليس لأحد أن يطاع في معصية الله عز وجل، ألا إني لست بخيركم ولكني رجل منكم عير أن الله جعلني أثقلكم حملا.
“Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi selepas Nabi kamu saw, dan tiada kitab lagi selepas kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadanya. Ingatlah! Apa-apa yang telah dihalalkan oleh ALlah Azzawajal tetap halal sehingga hari kiamat. Dan apa yang telah diharamkan oleh ALLah tetap haram sehingga hari kiamat. Ingatlah! Aku bukan seorang hakim (penghukum) tetapi pelaksana, Ketahuilah sesungguhnya aku bukan orang yang mereka-reka (mencipta) ajaran baru, tetapi hanyalah seorang pengikut ajaran ALlah dan RasuluLlah saw. Ketahuilah! Sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling baik di antara kamu tetapi ALlah telah menjadikan aku orang yang paling berat memikul tugas.”
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home