" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, May 03, 2006

Kertas Kerja ( 019 / siri keempat )
RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH .

USUL KEEMPAT

و الـتـمائـم و الرقـى و الـودع و الـمـعـرفـة و الـكـهـانة و ادعـاء معـرفـة الـغـيـب و كل مـا كان من هـذا الـبـاب منكر تـجـب مـحـاربـتـه إلا مـا كان أية من قـران أو رقـية مـأثـورة

" Jampi , mentera , tangkal dan da'waan mengetahui perkara - perkara ghaib dan semua yang tergolong dalam kemungkaran ini wajib diperangi kecuali ianya terdiri dari ayat - ayat quran dan suatu yang di terima dari Rasulullah saw”

ULASAN .

Perbuatan jampi mentera dan da'waan mengetahui perkara - perkara ghaib adalah perbuatan yang mendorong seseorang itu syirik kepada Allah . Ianya menguatkan lagi lingkaran pengabdian sesama makhluk , sedang ia bercanggah dengan pengertian asal kedatangan Islam .

Bangsa melayu antara kelompok qaum yang masih kuat berpegang kepada jampi mentera yang tidak diketahui usulnya . Ia menjadi suatu bahana yang kian terasa apabila sindrom ini turut mengenai sebahagian kecil ahli jamaah Islam . Sedang Allah berfirman:

قل لا يـعـلم من فى السـموات و الأرض الغـيب إلا الله

" Katakanlah , tidak seorang pun makhluk di bumi dan di langit mengetahui perkara ghaib melainkan Allah . "

( An Naml 65 )

Menganggap diri hebat dan kebal dengan memiliki jampi mentera dan tangkal adalah tanggapan kuno yang hanya mendorong pemiliknya tidak merasai kehebatan dan kekebalan Ilahi . Sindrom ini juga berupaya membunuh keyakinan dan keiltizaman ahli jamaah terhadap amal Islami sementara ia adalah unsur - unsur dalaman yang melemahkan jamaah . Sifat Jamaah Islam ialah meletakkan sepenuhnya keyakinan kepada Allah dalam segala aspek .

( و حـســبـنـا الله و نـعـم الـوكـيـل ) Allah yang mampu memberi manafaat dan mudharat. Pejuang - pejuang Islam sering bersenandung :

حـسـبي ربى جـل الله مـا فى قـلبي غـيـر الله نور محـمد صـلى الله

Doa dan bacaan ayat - ayat suci Al quran yang jelas pergantungan harap kepada Allah adalah dibenarkan untuk berubat dan sebagainya , justeru ia bukan saja untuk tujuan perubatan tetapi juga mengawal prestasi iman (aqidah) seseorang , sedang penglibatan ( intima' ) dengan Jamaah Islam adalah berasaskan aqidah .

Tanpa aqidah intima' itu batal .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home