" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, May 04, 2006

Kertas Kerja ( 019 / siri keenam )<br>
RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH .

USUL KEENAM

و كـل أحـد يـؤخـذ من كـلامه و يـتـرك إلا الـمعـصـوم صـلى الله عليه وسـلم و كـل ما جـاء عـن الـسـلف رضـوان الله عليهم مـوافـقـا للكـتاب و السـنة قبلناه و إلا فـكـتاب الله و سـنة رسـوله أولى بالإتـباع و لكن لا نعـرض للأشـخـاص فـيـما اخـتلف فـيـه بطعن أو تـجـريح و نكلهم إلى نياتهم وقد أفضوا إلى ما قدموا

" Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak , kecuali perkataan Rasulullah saw . yang bersifat maksum . Perkataan para solihin yang terdahulu ( salaf as soleh ) mesti kita terima jika bersesuaian dengan Al quran dan Hadis . Jika tidak , maka Al quran dan hadislah ikutan kita yang utama , kita jua tidak dibenarkan membentang kecaman dan celaan terhadap individu berkenaan dalam masaalah khilafiah . Kita serahkan mereka kepada niat mereka sedang mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan . "

ULASAN .

Sering berlaku dalam Jamaah Islamiyyah pertikaian masaalah khilafiah , uslub dan wasilah . Sementara sikap mempertahankan pendapat sendiri atau pihak - pihak tertentu dalam permasaalahan di atas mencetuskan konflik dalaman yang parah . Keadaan bertambah teruk apabila ada lidah - lidah lancang yang mengecam melulu dengan pelbagai istilah yang tidak selayaknya . Menangani persoalan khilaf sebegini , keinsafan terhadap penegasan syara' bahawa Rasulullah saw sahajalah insan yang maksum , adalah amat bermakna .

Keinsafan ini membentuk objektif yang positif :

1. Semua persoalan yang berlaku khilaf dikalangan manusia mesti diruju' kepada Tuan pembawa syariat yang tidak boleh dipertikaikan lagi keputusannya.

عن أبى هريرة عبد الرحمن بن صخر رضى الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ما نهيتكم عنه فاجتنبوه و ما أمرتكم به فأتوا منه ما استطعتم فإنما أهلك الذين من قبلكم كثرة مسائلهم و اختلافهم على أنبيائهم

Sabda Rasulullah saw .
[1]

" Apa yang telah aku larangkan kamu daripada melakukannya maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang telah aku arahkan kamu melakukannya maka lakukanlah sedaya upaya kamu , sesungguhnya telah celakalah orang - orang sebelum kamu kerana banyak permasaalahan dan percanggahan mereka terhadap nabi - nabi mereka . "

( Bukhari dan Muslim )

يأيهـا الذين ءامنوا أطيعوا الله و أطيعوا الرسول و أولى الأمر منكم فإن تنازعتم فى شىء فردوه إلى الله و الرسول إن كنتم تؤمنون بالله و اليوم الأخر ذلك خير و أحسن تأويلا

“ Wahai orang yang beriman , taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil amri dikalangan kamu jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu , maka kembalilah kepada Allah ( Al quran ) dan Rasul ( Al hadis ) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari kemudian . Yang demikian itu terlebih utama dan lebih baik buat mu ”

( An Nisa’ 59 )

2. Mempertahankan pendapat ( khilafiah ) sehingga berlaku pertikaman lidah dan mengeluarkan kata - kata kesat serta mengecam mereka terdahulu adalah kesalahan besar yang memecah keutuhan jamaah sekaligus meruntuhkan kekuatannya .

و أطيعوا الله و رسوله و لا تنازعوا فتفشلوا و تذهب ريحكم واصبروا إن الله مع الصابرين

"Taatilah Allah dan rasulnya dan jangan kamu bertelingkah kelak kamu binasa dan hilang kekuatan dan bersabarlah olehmu sesungguhnya Allah bersama orang - orang yang bersabar . "

( Al Anfal 46 )

3. Menghormati dan meraikan adab dalam berkhilaf .

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Al Allamah Al Mujaddid Muhd Rasyid Redho
[2] :

نـتـعـاون فـيـما اتـفـقـنـا عليه و نعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

" Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita persetujui bersama dan saling mengalah diantara satu sama lain dalam perkara yang berbeza pandangan padanya . "

Kaedah ini turut di ketengahkan oleh Al Imam Asy Syahid ‎Hasan Al Banna dalam menangani pergolakkan dalaman ummat Islam.

Berhubung dengan sikap kita terhadap ijtihad para salafussoleh dan ulama' mu'tabar yang terdahulu , digariskan dua nokhtah :

1. Jika bertepatan dengan kitab Allah dan Sunnah , kita terima tanpa syak dan ragu.

2. Jika sebaliknya , maka kitab Allah dan Sunnah terlebih utama menjadi panduan kita , namun dalam masa yang sama tidak bererti kita menyalahkan mereka terdahulu . Mereka telah berijtihad dengan ilmu mereka .

( Menjadikan kitab Allah dan Sunnah sebagai panduan utama nokhtah kedua ini tidak bermakna kita mengenepikan pandangan ulama' dalam mengemukakan pendapat mereka , sama sekali tidak bermaksud menyalahkan mereka , tetapi ia menjadi nokhtah penyelesaian kepada ruang khilaf yang tidak kesudahan )

Sejarah ulama' mu'tabar yang terdahulu , terpamer kepada kita sikap mereka yang berhati - hati dan beramanah dengan ilmu . Sebagaimana Imam Syafie pernah berkata
[3]:

إذا وجدتم فى كتابى خلاف سنة رسول الله فخذوا سنة رسول الله و دعوا ما قلت

" Apabila kamu dapati didalam kitabku suatu yang bercanggah dengan sunnah Rasulullah maka ambillah sunnah Rasulullah dan tinggalkan apa telah ku katakan . "

[1] الوافى فى شــرح الأربـعـيـن الـنـوويـة oleh Dr. Musthafa Bhugha .
[2] الـصـحوة الإسـلامـيـة بين الإختلاف الـمشـروع و التـفرق الـمذمــوم oleh Dr. Yusuf Qardhawi
[3] فـتح الـمـجـيد m/s 388

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home