" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, May 05, 2006

Nota Kuliah

DARI PELAJAR KEPADA BERJUANG
BEKALAN BUAT PENDAKWAH

Matlamat atau hadaf menuntut ilmu adalah untuk memenuhi tuntutan sebuah perjuangan .

Firman Allah swt :

Tidak wajar semua orang – orang yang beriman keluar berperang , sebaliknya hendaklah ada sebahagian dikalangan mereka supaya mendalami agama hingga ke akar umbinya supaya kelak mereka memberi peringatan tegas buat kaum mereka apabila mereka kembali kepangkuan kaum mereka , mudah – mudahan mereka berwaspada .

Surah At taubah . Ayat : 122

Ayat di atas bukan sahaja menjelaskan kewajipan menuntut ilmu tetapi juga menjelaskan tindakan ( perjuangan ) yang WAJIB dilakukan sejurus selesai menuntut ilmu .

Muhtawiyat atau substance Perjuangan Islam secara umum ialah :

  • Membetulkan aqidah dan menghayatinya

  • Melaksanakan syariat dan mendaulatkannya

  • Membentuk masyarakat dan biah atau iklim social yang islamik

  • Menubuhkan Daulah Islamiyyah dan penguasaannya

  • Mengisi keperluan dan tuntutan ummah semasa ( contemporary )

  • Membangunkan Daulah seiringan Spiritual dengan Material .


Muhtawiyat di atas memerlukan ilmu , sementara mereka yang berilmu ( walau dalam apa jua disiplin pengajiannya ) bertanggungjawab memperjuangkan Islam dengan segala muhtawiyatnya dan menyelaraskannya pula berasaskan kemahiran atau ilmu yang mereka miliki , seperti mengambil posisi serta bidang yang sesuai dengan ilmu mereka guna melengkapkan muhtawiyat perjuangan islam ini .


Tegasnya : Ilmu wajib dituntut untuk melengkapkan keperluan dan tuntutan perjuangan , sementara mereka yang berilmu pula wajib berjuang sebagai menunai tanggungjawab dan amanah mereka terhadap ilmu yang dituntut.

Realiti sebuah Perjuangan .

Negara kita adalah antara sebidang bumi yang perlukan sebuah perjuangan gigih ke arah pembentukan sebuah Negara yang Membangun secara seimbang dan sepadu antara elemen bumi dan langit . ( Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur = Negara yang Aman dan Maju serentak itu mendapat keampunan dari Allah swt. )

Perlu difahami bahawa kini , Tamadun modern yang dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di negara kita , kini bertukar wajah menjadi ancaman kepada masyarakat dengan mengheret mereka ke lembah kebinasaan justeru tamadun itu hanyalah tamadun material yang lompang dari unsur spiritual .

Tambahan pula , pakatan musuh Islam internasional meningkatkan penindasan mereka dengan gaya tindas yang lebih modern dan kejam , malah dewasa ini negara kita dilihat telah menyediakan satu bentuk tahaddiyat ( tentangan ) sengit yang sukar untuk mencari siapa penciptanya tetapi ia mara bagaikan taufan victoria yang memusnahkan .

  • Projek Taghribiyyah ( تغريبية ) atau pembaratan. Mensasarkan fikrah dan moral.

  • Projek Irtidadiyyah ( ارتدادية ) atau pemurtadan. Mensasarkan aqidah dan prinsip.

  • Pemalsuan demokrasi dan hak asasi . Mensasarkan politik dan social .

  • Pengkhianatan agihan dan hasil bumi . Mensasarkan ekonomi dan khazanah.

  • Penjarahan akta dan undang – undang . Mensasarkan kuasa dan pengaruh .

5 anasir tahaddiyat atau tentangan di atas menjanjikan arus ganas melanda ummah .

PAS MEMIMPIN PERJUANGAN

PAS tampil sebagai sebuah Gerakan Islam yang juga menepati ciri – ciri gerakan politik dan gerakan massa , memimpin perjuangan dan membimbing ummah guna mendepani tahaddiyat ( tentangan ) jua menyerap tekanan yang dihadapkan kepada ummah.

Menggalas tanggungjawab ini , PAS membina satu keupayaan berkualiti tinggi yang melepasi sempadan daerah keupayaan sendiri . Namun realiti ini hanya dapat direalisasikan apabila nokhtah dibawah , berjaya dibentuk dalam graf yang paling optimum.

Kepimpinan ulama yang perkasa dengan takrifnya yang benar dan tepat.

  • Ulama’ yang profesional .

  • Profesional yang bernilai ulama’

  • Menjuarai isu masyarakat .

  • Membentuk jaringan gerakan yang bertaraf international

  • Membina imej Jamaah yang menepati sifat sebuah kerajaan layak memerintah.

  • Melengkapi keperluan jamaah dan tuntutan ummah.

  • Melebarkan political enggagement

  • Menampilkan kepimpinan dinamis dan sesuai zaman .

  • Sistem pengkaderan yang efektif

Berasaskan statement di atas , tanggungjawab ini bergalas bahu diantara satu sama lain. Antara pemimpin dan anggota , antara anggota dan anggota yang lain .

5 prinsip bersifat wajib milik oleh setiap individu yang menyertai Gerakan Islam ini.

  • Iltizam ( komitmen )
    Wala’ ( kesetiaan dan kejujuran )
    Tadhiyyah ( pengorbanan )
    As Samu’ wat toa’h ( dengar dan taat )
    Ukhuwwah fillah ( Persaudaraan )

5 badihiyyat ( tuntutan utama ) yang wajib dilaksanakan .

  1. Belajar sungguh-sungguh dan kuasai ilmu dengan niat untuk menjadi bekal berjuang di Tanahair kelak .

  2. Bina kemahiran berorganisasi untuk mengurus jamaah / parti dengan berkesan bila pulang kelak .

  3. Kuasai ilmu pidato dengan segala seninya kerana ia adalah medium yang sangat berkesan untuk dakwah kita .

  4. Bina watak dan karisma kepimpinan berwibawa guna memimpin ummah menghadapi cabaran yang kian sengit.

  5. Elak pertembungan sesama sendiri dan menghabiskan masa dalam perkara yang remeh . Jadi pejuang yang matang dan dewasa .

5 tabiat perjuangan yang mesti sedia dihadapi dengan tabah .

Bunuh ( Nyawa terancam .)
Buang daerah
Penjara
Jauh perjalanan yang terpaksa dilalui
Sukar menempuh halangan .

Pendekatan PAS terhadap perjuangan Islam di tanahair .

Muwaajahah bis silmi atau muwajjahah silmiyyah .

Berhadapan dengan lawan secara aman ( tidak melalui peperangan ) .

· Dakwah ( lisan dan perbuatan )
· Mauizah ( nasihat dan pedoman )
· Inzar ( peringatan )
· Mujaadalah ( dialog atau debat yang positif )
· Muzoharah ( tunjuk perasaan / demontrasi )

2. Membentuk jamaah sebagai Parti Politik dan Menyertai Pilihanraya .

Pada tanggal 27 june 1955 bermula penyertaan PAS dalam pilihanraya ( Pilihanraya Persekutuan Pertama ) untuk merebut 52 kerusi dan PAS telah menang satu kerusi di Kawasan Parlimen Krian melalui calonnya Tuan Guru Hj. Ahmad Hj. Husin hinggalah tahun 1959.

Penyertaan ini di atas hasrat untuk menegakkan Islam di Malaysia dan PAS telah memilih cara Muwajjahah Silmiyyah untuk menghadapi pihak yang tidak melaksanakan Islam ( Barisan Nasional ) di negara kita dengan menolak kaedah Revolusi dan perang.

Peringkat awal penyertaan PAS dalam pilihanraya tidak dipersoalkan hukum syarie atau tidak oleh mana mana badan atau pihak. Isu kesyariean kaedah pilihanraya ini hanya timbul setelah wujudnya jamaah - jamaah islam yang tidak puas hati terhadap PAS.

Pilihanraya adalah peluang terbuka dalam sistem Jahiliyyah untuk kita bermuwajjahah ( menentang ) pihak pemerintah yang enggan melaksanakan Syariah Allah swt. Melalui ruang ini juga , dilebarkan usaha dakwah dan gerakkerja mempertahan dan melindungi agama Allah swt.

Sebagaimana ruang dalam sistem jahiliyyah digunakan oleh Abu Talib untuk melindungi anak saudaranya Muhammad saw. Begitu juga dilakukan oleh Mata'am bin A'di untuk melindungi Rasulullah saw. ketika baginda pulang dari Taif. Ruang itu turut digunakan oleh Ibnu Ad Daghnah ketika memberi perlindungan kepada Syadina Abu bakar As-Sidiq rha. yang dihalau oleh kaumnya.

Namun pilihanraya sebagai satu ruang dalam sistem jahiliyyah ini tidaklah bererti satu -satunya kaedah dakwah dan perjuangan yang ada dan kita tidak pernah beriman kepada demokrasi . Kita menerima pilihanraya selama mana ia selamat digunakan demi melebarkan dakwah dan menegakkan Islam , tetapi jika sekiranya ruang ini tidak lagi selamat digunakan , maka ruang - ruang atau kaedah - kaedah yang lain pula akan digunakan demi agama Allah swt.

Sebagaimana berlaku pada Ibnu Daghnah ketika mana ia tidak tahan dengan tekanan Musyrikin Quraisy yang meminta supaya Ad Daghnah menghentikan kerja dakwah Abu Bakar As - Siddiq yang berada di bawah lindungannya , lalu ibnu Ad Daghnah mengugut Abu Bakar rha. samaada menghentikan kerja - kerja dakwah untuk terus berada di bawah lindungannya atau dilucutkan perlindungan itu .

Syaidina Abu Bakar rha. menjawab : Aku pulangkan kembali kepada mu perlindungan yang diberikan kepada ku , Aku redho dengan perlindungan yang dikurnniakan oleh Allah swt. Demikianlah Abu Bakar rha. mengambil ruang yang ada dalam satu sistem Jahiliyyah ketika itu untuk bernaung dan melebarkan dakwah , namun ruang itu tidak bererti segala - galanya untuk dakwah malah apabila ia dirasakan tidak lagi selamat dan memberi pulangan sebaiknya kepada kerja - kerja dakwah , maka ruang ruang lain yang dibuka oleh Allah swt untuk menegakkan agamanya amatlah luas.

Melalui pilihanraya, PAS mampu menyuarakan Islam dan pandangan - pandangannya di Parlimen dan juga DUN yang perlu difahami bahawa disitulah undang - undang negara kita digubal.

PAS juga mampu menggubal undang - undang Negara ini untuk dilaksanakan Islam jika dua pertiga ahli parlimen menyokong PAS.

Berasaskan kenyataan ini , PAS berjuang dan bertanding dalam pilihanraya di peringkat Parlimen dan DUN sebagai usaha untuk menggubal undang - undang negara ini dari Jahiliyyah kepada Islam .

Dalam ertikata lain , meneruskan usaha Rubaei bin Amir rha. : Mengeluarkan sesiapa jua yang mahu dari perhambaan sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah tuhan yang mencipta hamba . Dari kedhaliman agama ciptaan manusia kepada keadilan Islam wahyu yang diturunkan oleh Allah swt. dan dari kesempitan duni kepada keluasan dunia dan akhirat yang dijanjikan oleh Allah swt.

PAS sebagai Gerakan Islam yang Dinamik ,

Peranan Intelektual .

Demi memastikan PAS bergerak seusia dengan zaman yang ditempohnya , PAS memerlukan anjakan semasa dalam pelbagai aspek yang diperlukan seperti paradigma , attitude dan strategi yang sesuai dengan keperluan perjuangan dan zaman .

Justeru itu , semua pihak anggota parti khasnya intelektual mestilah berfungsi sebagai outomotif untuk menjana jentera parti . Kepada mereka tersandarnya tanggungjawab ini justeru mereka memiliki ilmu sedang ilmu itu pula adalah potensi yang ada pada mereka .

Intelektual sewajarnya sensitif terhadap fenomena ini dan melengkapkan diri mereka pula dengan kefahaman dan keinsafan yang tinggi untuk berjuang dan menyumbang . ( ilmu tanpa kefahaman , tidak menjadikan mereka mampu turun ke medan perjuangan . )

Kehadhiran Intelektual mestilah melengkapi konsep integrasi antara amalan tradisi parti yang soleh dengan penemuan baru yang bermanafaat .

5 PENEGASAN BUAT INTELEKTUAL.


· IntelektualL sewajarnya berjiwa besar dengan semangat menjiwai kepimpinan ummah justeru kepimpinan negara mesti dikuasai oleh intelektual. Jika tidak, bukan saja para juhala’ yang akan bermaharajalela tetapi juga Intelektual akan terus dikuasai.


· Intelektual adalah tenaga pendesak yang berkualiti dan berpotensi untuk membasmi kemungkaran serta membina roh spiritual dalam iklim sosial di atas runtuhan kemungkaran tersebut.


· Intelektual merupakan jentera yang dinamis untuk bangkit menggerakkan ummah dari tidur yang lena dan mengepalai delegasi jihad fi sabilillah tatkala menentang kerakusan mustakbirin seraya meniupkan api kesedaran dan semangat berjuang .


· Intelektual lambang kualiti dan identiti ummah, justeru itu berwaspadalah dalam setiap langkah agar ia tidak memulangkan kesan negatif kepada syakhsiyyah ummah, maka selayaknya Intelektual mewarisi syakhsiyyah Rijaluddin dengan memiliki identiti berikut:


1. Aqidah yang sejahtera (سليم العقيدة )
2. Ibadah yang benar ( صحيح العبادة )
3. Akhlak yang kontan. ( متين الخلق )

· Intelektual tidak seharusnya larut dalam konflik sosial dan hanyut dibawa arus persaingan material yang tidak pernah mengenal simpati ke atas mangsanya. Sebaliknya Intelektual mesti berhemah tinggi dan tidak berasa sempit dada, resah dan gelisah dalam mengharungi badai gelombang kehidupan dunia dan konspirasi durjana musuh-musuh Allah.

OPTIMIS TERHADAP PELUANG KEMENANGAN BAGI PERJUANGAN ISLAM

Ketuanan dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti dan mesti diyakini oleh semua pihak . Meragui kemenangan Islam hanyalah menumbuhkan bibit – bibit putus asa , kecewa dan lemah jiwa dalam menghadapi gelombang perjuangan yang tentunya amat mencabar.

Lihatlah bagaimana baginda Rasul saw. mempunyai sikap yang sangat optimis terhadap masa depan perjuangannya.

· Peristiwa Baginda saw. di Gua Thur
[1]

Peristiwa ini merakamkan bagaimana Baginda saw. menenangkan sahabatnya Saiyidina Abu Bakar rha. yang kebimbangan terhadap nasib mereka sejurus mereka dikepong oleh orang kafir musyrikin ( sewaktu mereka berada di dalam gua tersebut ) .

Baginda saw. dengan sikap yang sangat optimis terhadap pertolongan Allah swt. telah menegaskan kepada sahabatnya bahawa LAA TAHZAN INNALLAHA MA’ANA “ jangan bimbang sesungguhnya Allah bersama dengan kita ” Peristiwa ini dirakam oleh Allah dalam Al Quran dengan firmanNya :

إِلا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

( التوبة 40 )

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

· Peristiwa Baginda saw. di buru Suraqah

Sekali lagi Baginda saw. mempamerkan sikap optimisnya yang sangat kental apabila baginda saw. mengemukakan tawaran yang sangat menakjubkan kepada Suraqah bin Malik apabila Suraqah ternyata tidak lagi berupaya untuk terus memburu Baginda saw.

Rasulullah saw. menawarkan dua gelang maharaja Parsi kepada Suraqah , sedang Baginda saw. masih lagi berada dalam perjalanan ke Madinah . Waktu itu Rasulullah saw. tidak memiliki kerajaan dan tentera yang kuat untuk menumpaskan kerajaan Parsi. Sementara untuk mendapatkan dua gelang maharaja Parsi itu pula baginda saw. terlebih dahulu mestilah menewaskan Kisra bin Hurmuz dan kerajaannya , lantaran dua gelang maharaja Parsi itu adalah tanda kebesaran kerajaan Parsi .

Tawaran baginda saw. jelas menunjukkan betapa Baginda begitu optimis terhadap masa depan Islam, di mana Islam pada suatu masa kelak akan berjaya mengalahkan Parsi ( sang kuasa besar dunia ketika itu .)

Akhirnya ia menjadi satu kenyataan di zaman Saiyidina Omar Al Khattab rha. apabila ia berjaya meruntuhkan empayar Parsi lantas memanggil Suraqah bin Malik untuk memakaikan gelang Kisra kepadanya seraya mengajar Suraqah agar berkata
[2]:

الحمْدُ ِللهِ الذي سَلَبَهُمَا كِسْرَى ْبنُ هُرْمُزْ الذي كانَ يَقُوْلُ اَناَ رَبُّ النَّاِس وَ اَلْبَسَهُمَا سُرَاقَةَ ْبنِ مَالِكِ .

“ Segala puji bagi Allah , Tuhan yang telah merampaskan keduanya dari Kisra bin Hurmuz yang pernah berkata , akulah tuhan kepada manusia dan tuhan telah memakai keduanya kepada Suraqah bin Malik”

Baginda Rasul saw. turut mengisytiharkan masa depan Islam yang gemilang melalui hadisnya yang diriwayatkan dari Abu Hurairah rha. Sabda Rasulullah saw
[3]:

لا تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ المُسْلِمُوْنَ اْليَهُوْدَ فَيَقْتُلُهُمُ المُسْلِمُوْنَ حتى يَخْتَبِئَ اْليَهُوْدِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَ الشَّجَرِ فَيَقُوْلُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللهِ هَذَا يَهُوْدِيٌّ خَلْفِيْ فَتَعَاْلَ فَاْقْتُلْهُ ِإلا الْغَرْقَدْ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُوْدِ

( رواه مسلم )

“ Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang – orang Islam memerangi orang - orang yahudi sehingalah Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok maka berkatalah batu atau pokok : Wahai Muslim , Wahai Hamba Allah , Ini Yahudi sedang bersembunyi di belakangku maka datanglah lalu bunuhlah ia , kecuali pokok Gharqad maka sesungguhnya ia adalah pokok yahudi ”

Hadis ini jelas melakarkan wajah kemenangan Islam di masa depan . Sungguhpun hari ini Yahudi sedang bermaharajalela , tetapi tidak bermakna mereka kekal menguasai ummat Islam . Berundurnya Yahudi dari Labenon satu petanda awal bahawa Yahudi boleh dikalahkan
[4].

Demikian kini kemenangan HAMAS menjadi kenyataan dan menjadi jawapan yang tepat kepada persoalan ini

Allah pasti sahaja menolong dan mengurniakan kemenangan kepada agama Islam dan penganutnya sekalipun di sana pelbagai usaha dari pihak musuh - musuh Allah yang gigih menghalang kebangkitan ummah.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ رُسُلا إِلَى قَوْمِهِمْ فَجَاءُوهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَانتَقَمْنَا مِنْ الَّذِينَ أَجْرَمُوا وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ

( الروم 47 )

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.

يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

( التوبة 32 )

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut
mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Islam yang kita bawa dan perjuangkan hari ini adalah Islam yang sama sebagaimana Islam yang dibawa oleh Baginda saw. dan nabi – nabi terdahulu . Justeru itu tidak ada sebab mengapa kita tidak yakin terhadap masa depan Islam yang gemilang sedang Baginda saw. sangat - sangat yakin walaupun nyawa Baginda saw. senantiasa terancam .

Nabi Allah Ibrahim as. berjaya menumpaskan Rejim Namrud , raja yang memerintah dunia ketika itu . Nabi Musa as. berjaya menewaskan Rejim Firaun , raja yang mengaku dirinya tuhan . Sementara nabi kita Muhammad saw. pula berjaya mengalahkan kuffar musyrikin yang dibantu oleh Yahudi dan Nasara .

Maka apalah sangat sukarnya untuk kita menundukkan BN yang kian hari kian merosot sokongan rakyat terhadap mereka . Tanda – tanda kejatuhan empayar BN tampak jelas sebagaimana jelasnya tanda – tanda kemenangan untuk menjulang Panji Perjuangan Suci .

Namun begitu , suatu kedudukan yang mesti difahami dan diinsafi oleh setiap individu pejuang , bahawa kalah - menang dalam pilihanraya dan gagal – jaya dalam usaha dakwah bukanlah menjadi hitungan akhir kita , sebaliknya perjuangan diteruskan sehingga Allah menentukan saatnya .

أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

( البقرة 214 )

“ Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah ( kemenangan ) amat hampir ”

Kekalahan dalam pilihanraya tidak bermakna Islam itu kalah dan salah , malah Islam adalah cara hidup yang wajib dilaksanakan . Sungguhpun konspirasi musuh kian sengit dan getir , Allah tidak lalai dari menyelamatkan agamaNya .

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

( الأنفال 30 )

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

Apa yang penting anggota , kepimpinan dan jentera kita sewajarnya terus beristiqamah dan memberi komitmen kepada syarat – syarat kemenangan seperti ikhlas , dengar dan taat , pengorbanan yang tinggi , kombinasi tenaga yang utuh , taqarrub kepada Allah , pertahankan prinsip dan seterusnya bermunajat kepada Allah swt.

Kita juga sewajarnya tidak terlalu bergantung kepada kelemahan musuh untuk mencapai kemenangan , sebaliknya mesti memberi perhatian kepada pembinaan kekuatan sendiri .

MUSTAQBAL LI HAAZAD DEEN .
( MASA DEPAN MILIK AGAMA INI . )

Muhasabah Perjuangan :

Engkau ingin berjuang , Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak begitu setia kawan

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup berkorban

Engkau ingin berjuang, Tapi hanya ingin jadi pemimpin

Engkau ingin berjuang, Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang, Tolak ansur engkau tidak amalkan

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup menerima cabaran

Engkau ingin berjuang, Kesihatan dan kerehatan, Tidak sanggup engkau
korbankan

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,

Engkau ingin berjuang, Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang, Karenah isteri tidak kau tahan

Engkau ingin berjuang, Rumahtangga lintang-pukang

Engkau ingin berjuang, Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang, Disiplin diri engkau abaikan

Engkau ingin berjuang, Janji kurang engkau tunaikan

Engkau ingin berjuang, Kasih sayang engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang, Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang, Anak isteri engkau lupakan

Engkau ingin berjuang, Ilmu berjuang engkau tinggalkan

Engkau ingin berjuang, Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang, Pandangan engkau tidak diselaraskan

Engkau ingin berjuang, Rasa bertuhan engkau abaikan

Engkau ingin berjuang, Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang Engkau hendak perjuangkan...


[1] Untuk keterangan lanjut sila rujuk kitab Fiqhul Harakah dari Sirah An –Nabawiyyah karangan Y.A.B Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ( Menteri Besar Terengganu ) – Muka surat 240 - 245

[2] Rujuk Kitab Fiqhul Harakah dari sirah An Nabawiyyah karangan Y.A.B Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang – Muka surat 246 .

[3] كتاب الفتن و أشراط الساعة باب لا تقوم الساعة حتى يمر الرجل بقبر الرجل فيتمنى أن Shohih Muslim يكون مكان الميت من البلاء

[4] Demikian halnya dengan penguasaan Umno dan BN yang tidak mahu mendaulatkan Syariat Allah swt. sejak lebih 40 tahun mereka berkuasa di Malaysia , bahawa mereka jua boleh dikalahkan ekoran kekalahan mereka dengan begitu teruk di Kelantan dan Terengganu serta kemerosotan majority undi mereka yang sangat ketara di seluruh negara.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home