WAJIB MEMBANTU PALESTINE
Persatuan Ulama Dunia (al ittihad al ‘alami li’ulama’ al muslimin) mendorong kepada negara-negara dan bangsa-bangsa islam untuk membentuk bangsa Palestina dan pemerintahnya yang dipilih secara demokratis di dalam menghadapi pemboikotan dana dari negara-negara dan lembaga-lembaga Barat.
Tekanan demi tekanan terus di kenanakan kepada penduduk Palestine yang tidak berdosa, di hukum puak kuffar kerana kedegilan mereka tunduk kepada perintah mereka.
Ketua Persatuan Ulama Dunia, Syaikh Yusuf Al Qardhawi mengeluarkan fatwa syar’i yang menegaskan wajibnya membantu orang-orang Palestina. Qardhawi menganggap bantuan itu sebagai kewajiban (fardhu) atas kaum muslimin.
Sementara itu seorang intelektuaL dan penulis islam, Muhammad Salim Al’awa mendorong kaum muslimin untuk segera menyisihkan sebagian dari harta mereka untuk membantu orang-orang Palestina.
Disebutkan bahwa dunia Barat yang diwakili Amerika dan Uni Eropa telah memutuskan untuk menghentikan bantuan dana kepada pemerintah Palestina yang dipimpin Hamas dan hanya mencairkan dana bantuan kemanusiaan melalui lembaga-lembaga bantuan PBB.
Uni Eropa dan Amerika menggantungkan bantuan langsung kepada pemerintah Palestina dengan sejumlah syarat. Penghentian bantuan itu bisa dicabut apabila pemerintah Palestina mengakui hak eksistensi Israel, membuang kekerasan (maksudnya perlawanan bersenjata) dan menerima kesepakatan-kesepakatan sebelumnya.
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG
MELANCARKAN TABUNG HAMAS ESOK.
Insyaallah , DPPNPahang yang akan bermuktamar esok ( 13 Mei 2006 ) turut mengambil kesempatan ini untuk melancarkan Dana Hamas bagi membantu HAMAS sebagaimana yang difatwakan di atas .
Semoga semua ahli DPPNPahang dapat memberi infaq wajib mereka kepada perjuangan Islam yang suci ini . Sila panjangkan makluman ini kepada semua perwakilan dan pemerhati agar mereka membawa wang secukupnya untuk INFAQ tersebut .
Takbirrr !!
7 Comments:
Persatuan Ulamak Dunia juga patut mengeluarkan kenyataan secara terbuka dan berterusan bagi mendorong umat Islam sedunia menegakkan kembali khilafah.
Sultan Abdul Hamid, khalifah kaum muslimin pernah mengherdik yahudi yang cuba merasuahnya yang antara lain menyebut : " selagi aku jadi khalifah jangan harap kamu dapat ambil tanah palestin walau seinci. Andai kamu berjaya menghapuskan khilafah ini, ketika itu kamu boleh ambil percuma."
Usaha mengumpul dana sumbangan ini baik TETAPI ianya sama sekali bukan penyelesaian HAKIKI kepada masalah Palestin.
Umat ini hanya memiliki kembali kekuatannya apabila MELAKSANAKAN KEMBALI SELURUH HUKUM-HAKAM ISLAM DALAM KEHIDUPANNYA.
Manakala pelaksanaannya adalah melalui SISTEM KHILAFAH.
Untuk mendorong umat mengembalikan Khilafah, umat perlu diterangkan apa itu Khilafah, kenapa wajib menegakkan khilafah dan kenapa konsep pemerintahan dan negara ini wajib ditolak.
Gabungan kesedaran dan kefahaman terhadap aqidah Islam, kefahaman terhadap hukum syarak serta kewajiban melaksanakannya secara total DAN memahami keperluan tegaknya khilafah sebagai satu-satunya bentuk institusi politik Islam, hal inilah yang akan menimbulkan kebangkitan dalam diri umat untuk berubah daripada cara hidup sekuler kepada cara hidup Islam.
Ringkasnya, kita perlu menyebarkan kesedaran dan kefahaman tentang kewajipan KHILAFAH kerana inilah kaedah bagi umat untuk kembali bangkit memimpin dunia.
Jadi saya harap, lepas ni, Pas dapat menyusun agenda kempen menegakkan Khilafah Islamiyah.
Allahu akbar !!!
Note : ...bila agaknya PAS & HT dapat duduk semeja membincangkan Khilafah ?
1:02 AM
Assalamualaikum .
Berkali kali malah berpuluh kitab dari Pengerusi Persatuan Ulamak menegaskan tanggungjawab ummah mengembalikan Khilafah Islamiyyah .
Dana yang dikumpul merupakan salah satu usaha ke arah mempertahan kerajaan Islam HAMAS di Palestin dari terus lemah akibat kepungan ekonomi dan politik antarabangsa. juga sebagai usaha ke arah membentuk khilafah islamiyyah .
Saya percaya para mujahidin HAMAS yang berjuang menumpah darah ( bukan sahaja dengan menulis buku bertajuk khilafah ) sangat memahami kewajipan dan keperluan membina khilafah Islamiyyah . Mereka sedang berjuang dan berada di tengah medan ke arah pembentukkan khilafah .
Mereka menggerakkan perjuangan sejak dulu dengan pengorbanan darah dan nyawa mereka demi membina daulah dan khilafah Islam di muka bumi di saat ada pihak lain yang hanya mampu mengungkap kalimah khilafah ratusan kali tetapi sepi dan menghilangkan diri dari medan perjuangan yg pastinya memerlukan pengorbanan wang ringgit , darah dan nyawa .
Akhirnya , kita doakan agar Islam tegak di Palestin biarpun pelbagai pihak cemburu dengan kemenangan HAMAS .
Kemenangan Islam di Palestin adalah petanda kebangkitan semula ummat seluruh dunia setalah mereka tenggelam ratusan tahun lamanya dibawah timbunan tamadun kebendaan hari ini .
Kewajipan membina daulah Islamiyyah dan khilafah Islamiyyah disedari dan difahami oleh semua pejuang - pejuang Islam dan gerakan Islam termasuk PAS . Justeru itu , mereka sedang berjuang dan bergerak menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan serta mengisi pelbagai keperluan samaada , mental , spiritual dan fizikal .
Berasaskan realiti ini , untuk bincang pasal perjuangan , PAS bersedia pada bila - bila masa agar kita boleh mengatur langkah lebih berkesan dan insyaalah berjaya pula merealisasikannya .
Lalu , untuk bincang pasal khilafah dengan PAS tiadalah masaalah apa - apa , justeru sedari awal perjuangan PAS ini adalah ingin menegakkan islam , daulah Islamiyyah , khilafah Islamiyyah bahkan Ustaaziatul a'lam .
Malah kita telah bergerak mengatur strateginya sejak dulu dan mengambil pengalaman yang sangat banyak dengan jatuh bangun perjuangan ini .
Cuma alangkah lebih baik , saya cadangkan kalau HT duduk semeja dengan UMNO dan ajar mereka sehingga pandai apa itu khilafah .
Sementara PAS , HT tidak perlu bimbang . perjuangan ke arah membina khilafah ini akan terus dilangsung biarpun bahasa perjuangan kita berbeza .
2:12 AM
Ralat utk perengan atas respon saya : Yang betul begini :
" Berkali kali malah berpuluh kitab dari Pengerusi Persatuan Ulamak Dunia . Dr. Yusuf Al Qaradhawi menegaskan tanggungjawab ummah mengembalikan Khilafah Islamiyyah .Walaupun kitab itu tidak diterbitkan oleh HT , ia tetap menegaskan kepentingan membina khilafah "
2:15 AM
Insyallah itulah yang telah, sedang dan terus dilakukan HT. Tidak hanya para pemimpin sekuler di Malaysia, hatta pemimpin-pemimpin sekuler di negara-negara lain termasuk di negara-negara barat.
HT tidak menganggap sesama muslim sebagai musuh. Kerana musuh umat Islam adalah orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan umat Islam serta pemikiran-pemikiran kufur mereka seperti demokrasi, pasaran bebas, HAM dan sebagainya.
Oleh kerana HT dengan tegas menolak pemikiran-pemikiran kufur ; HT sering dimusuhi atau "tidak disenangi." Contohnya, saya dengar MB Perlis tak bagi Sautun Nahdah, buletin mingguan rasmi HT Malaysia, beredar di negerinya sebab katanya "hentam kerajaan."
Padahal HT hanya mengkritik pemikiran kufur. Namun begitu, adalah disayangkan jika ada sesama gerakan Islam menganggap HT sebagai musuh kerana HT menolak pemikiran kufur ini.
Walau apa pun tanggapan, sekali lagi, HT tidak bermusuh dengan sesiapa, baik ahli UMNO apalagi ahli PAS. Namun, HT tegas dalam memegang prinsip. Bagi HT, Islam di atas segala-galanya. Oleh itu, rasa sayang dan hormat HT terhadap sesama tidak menghalang HT menegur sesama muslim.
HT akan berusaha memahamkan umat akan Islam serta mencabut pemikiran-pemikiran kufur dari benak umat sehingga ke akar umbinya. HT kemudian akan menggiring umat (beserta berbagai kelompok di dalamnya) kepada satu matlamat : Pelaksanaan seluruh hukum syarak dibawah payung Islam serta memimpin mereka dalam menyebarkan Islam keseluruh dunia dengan dakwah dan jihad.
Dan alhamdulillah, kini tulisan-tulisan dalam Pas juga lebih sering membicarakan persoalan khilafah. Cuma yang "tak sedap" dengarnya masih ada segolongan kecil yang masih "fanatik" dengan demokrasi. Maksud saya, Tuan M.Sabu.
Wallahualam.
5:15 PM
Dengan ini saya dengan yakin saudaraku Man memanglah tinggal setaman dan terpisah hanya satu dua lorong saja dengan ustaz nashruddin.Nasihat saya pergilah jumpa dan bermuzakarah,lepas tu tak payah bincang pasal ini lagi.Cuba melangkah setapak kehadapan bersama untuk memajukan gerakkan islam!
8:57 PM
Wahai saudaraku Kamaruzaman,Kau selalu tulis...Orang itu patut buat itu, Orang ini patut buat ini dan sebagainya. Nih aku nak tanya,Awak patut buat apa? Cari salah orang?...Cuba check, berapa kali awak datang involved bila aku ajak kat program aku,Berapa kali awak ada datang gotong royong pasti aku,Berapa kali awak ada datang program pas di Putra.Buat perabis duit sms aku je.Kalau awak datang pun selalunya dengan risalah SN awak tuh! Ada kita orang marah? Ada kita orang buang? Sampai laa nih lagi ada sebahagian tersimpan diputra.Itu tandanya HT bukan musuh kami.Individu kami tak campur.Berapa kali aku nak cakap, Jgn kelemahan individu kau sandarkan pada Pas.Kebanyakkan kita ada dua tangan je Man. Anak bini nak juga diberi makan.Kan abc tuh sedap,cari pengajaranya Man.
9:13 PM
Kepada saudara Zamri, kesungguhan dan keikhlasan saudara berdakwah akan dinilai oleh Allah Swt sebagai amal yang soleh. As-Syahid Syed Qutb dalam tafsir Fizilaalilquran menjelaskan betapa pentingnya KESABARAN bila kita BERPESAN DALAM KEBENARAN.
Menghormati Ust. Tantawi, rasanya lebih baik perbincangan peribadi dalam ruang yang lain.
8:35 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home