" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, May 17, 2006

Perutusan Sempena Hari IBU :

IBU :<br>
DIKAU KUNCI SYURGA
DIKAU KUNCI NERAKA

VOL : 2

FAKTA PENYELIDIKAN 2003-2004

Responden seramai 18,805 berusia antara 12 hingga 60 tahun dengan majoriti berbangsa melayu.

PENEMUAN :

Daripada 13,691 responden sudah berkahwin, 1,361 pernah mengadakan hubungan seks sebelum kahwin.

Daripada 5,114 responden belum berkahwin, 448 mengaku pernah melakukan seks.

Daripada 448 responden belum berkahwin tetapi pernah melakukan seks:

38 melakukannya ketika berumur 12 -15 tahun
155 melakukannya ketika berumur 16 -18 tahun
295 melakukannya ketika berumur 19 – 20 tahun

JENAYAH INDEKS : 2004 (Januari - Julai)

JENAYAH KEGANASAN

Bunuh = 339 orang
Cuba Bunuh = 56 orang
Samun Berkawan Bersenjatapi = 27 orang
Samun Berkawan Tanpa Senjatapi = 1019 orang
Samun Bersenjatapi = 223 orang
Samun Tanpa Senjatapi = 8,163 orang
Rogol = 1,019 orang
Mencederakan Manusia = 2,507 orang

JUMLAH = 13,353 orang .

JENAYAH HARTA BENDA :

Pecah Rumah & Curi (Siang) = 3,992 kes
Pecah Rumah & Curi (Malam) = 10,813 kes
Curi Lori/Van = 2,833 kes
Curi Motokar = 4,937 kes
Curi Motosikal = 29,540 kes
*Curi Ragut = 7,618 kes
Lain-Lain Curi = 19,263 kes

JUMLAH = 78 , 996 kes

*JUMLAH JENAYAH INDEKS = 92,349

STATISTIK AGENSI DADAH KEBANGSAAN ( ADK )

Dalam tempoh 7 tahun : ( 1998 – 2004 )

283,987 Penagih dadah .
73,750 Penagih tegar . ( 2000 – 2004 )

Dalam tempoh setahun ( Jan – Dec : 2003 )

20,194 Penagih dadah baru ( 1 th. )
1,683 Penagih dadah baru ( 1 bln )
56 Penagih dadah baru ( sehari )
1 Penagih dadah baru ( 31 minit )

Dalam tahun 2005 . ( Jan – June )

14,563 Penagih dadah ditangkap
268 drpdnya adalah wanita

UTUSAN MALAYSIA : 24 SEPT. 2005

672 Gadis bawah umur dilaporkan menjadi mangsa rogol sepanjang 7 bulan pertama tahun 2005 .

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan Operasi Bukit Aman : Asisten Komisioner Abdul Halim Abdullah berkata :

Dari jumlah itu :
491 = gadis bawah 15 tahun
181 = 16 hingga 17 tahun .

STATISTIK PDRM
Laporan Harian Metro 24 Sept 2005

Bagi tempoh 24 tahun yang lalu , peningkatan jenayah sangat membimbangkan . Timb. Perdana Menteri mendedahkan :

70,823 kes pada tahun 1980
156,455 kes pada tahun 2004

APA YANG LEBIH MENGGERUNKAN KITA !!

PENDEDAHAN Oleh Sohibus Samahah Pengerusi Majlis Mufti Negara Dato’ Seri Harussani Zakaria :

250 RIBU ummat Islam = MURTAD

WAHAI IBU :

JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.

JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG HEBAT DAN BERJAYA.

JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG MENDIDIK DAN MENYAYANGI.

WAHAI IBU :

DIDIKLAH ANAKMU ,
AGAR MANTAP ISLAM DAN IMAN MEREKA.

DIDIKLAH ANAKMU ,
BIAR BERILMU DAN BERMARUAH.

DIDIKLAH ANAKMU ,
SEMOGA MEREKA MAMPU BERDIKARI DAN MEMILIKI JATI DIRI

Bagaimana Mendidik !!

Sabda Rasulullah saw :

مُرُوْا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَ هُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ وَاضْرِبُوْا هُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَ فَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Maksudnya : Suruhlah anak - anak kamu supaya bersembahyang sedang mereka berusia 7 tahun dan pukullah mereka ( jika enggan solat ) sedang usia mereka 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka . ( antara anak lelaki dan anak perempuan .

Riwayat Al Hakim dan Abu Daud A'mr bin Ash rha.

Sabda Rasulullah saw. lagi :

مُرُوْا أوْلاَدَكُمْ بِامْتِثَالِ اْلأَوَامِرِ وَ اجْتِنَابِ النَّوَاهِي فَذَالِكَ وِقَايَةٌ لَهُمْ وَ لَكُمْ مِنَ النَّارِ

Maksudnya : Suruhlah anak - anak kamu supaya menjunjung tinggi titah perintah Allah dan menjauhkan segala larangan Allah swt. sedemikian itu adalah perisai bagi mereka dan juga bagi kamu dari api neraka .

Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzir dari Ibnu Abbas rha.

اْلأَوَامِرِ

antaranya :

MENUNAIKAN SOLAT ( PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH )
MENUTUP AURAT
TAATI IBUBAPA
MENUNTUT ILMU
BERDAKWAH DAN BERJIHAD

النَّوَاهِي

MENSYIRIKKAN ALLAH
ARAK , JUDI DAN ZINA ( FREE SEKS )
PERGAULAN BEBAS
MENDEDAHKAN AURAT
DERHAKA KEPADA IBUBAPA DAN GURU
KEKAL DALAM KEJAHILAN
MENENTANG AGAMA ALLAH DAN USAHA MENDAULATKANNYA.

IBU yang dihormati sekelian :

Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk mengucapkan selamat hari ibu buat semua ibu yang bukan sahaja gigih membesarkan anak - anak tetapi juga penuh pengorbanan untuk membrkalkan didikan dan bimbingan buat anak - anak tersayang .

Agar usahamu ibu , melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt .

Justeru itu , jangan lah mengalah dalam menghadapi cabaran peradaban moden hari ini yang pastinya menanti saat ibu terlalai dan terleka untuk merosakan peribadi , mental dan aqidah anak - anak kita . Waspadalah ibu !!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home