" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, May 18, 2006

Kenyataan Akhi Khairil Faizi
Ketua DPPN Johor.

FENDA PELAJAR PASTI ?

Pagi tadi ketika saya sedang menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) ketika Fenda sedang berinteraksi dengan Fedtri, Fenda ada bertanya dengan Fedtri tentang waktu persekolahannya bermula dari pra sekolah.

Fedtri kata beliau tidak bersekolah tadika.Yang menariknya, Fenda memberitahu bahawa beliau bersekolah di Sekolah Tadika PASTI Al-Islah!!!

Saya cuba untuk mendapatkan negeri kelahiran Fenda dan saya dimaklumkan bahawa beliau lahir dan membesar di Johor. Saya cuba mencari maklumat tentang PASTI Al-Islah di Johor dan mendapat tahu bahawa PASTI Al-Islah telah ditubuhkan pada tahun 1988 di Daerah Johor Bahru dan merupakan PASTI yang pertama ditubuhkan di Johor.

Bagi saya, ini adalah berita yang menggembirakan kerana PASTI telah berjaya melahirkan seorang 'figure' yang bersih imejnya dalam masyarakat. Setidak-tidaknya Fenda berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa PASTI adalah tempat untuk melahirkan manusia yang berguna dan cemerlang dalam kehidupan mereka.

SYABAS NORAFENDA IBRAHIM! Teruskan kecemerlangan dalam bidang penyiaran bersama TV3. Warga PASTI diseluruh negeri Johor mengucapkan selamat maju jaya

7 Comments:

Blogger Teku said...

kal;u dia masuk pasti tahun '88, ana kira umur dia skrg lebih kurang 22,23, atau 24 tahun ...

betul ke...?

5:54 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Yes

12:54 AM

 
Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah....walau bagaimanapun...apa yang penting ...? mengira umur ke....mengira apakah kesan didikan yang diterima sejak kecil? ???? cuba fikir2kan demi generasi mendatang....

6:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Dengan belajar dipasti selama 2-3 tahun,mampukah ia menahan godaan dari ajen iblis yg mendatang saban hari.Sama sama berikhtiar dan saling membantu

6:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

tahniah PASTI
teruskan jihad

4:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

doa untuk PASTI agar terus hidup!!

11:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

hm... harap dia dapat perelokkan lagi pemakaian dia..

4:14 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home