" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, November 19, 2006

PONDOK AN-NUUR

HANGUS TERBAKAR .

Jumaat , 17 hb. November 06' yang lalu menjadi satu detik yang sungguh pilu bagi kami di negeri Pahang apabila dikejutkan oleh satu tragedi kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar Madrasah ( Pondok ) An - Nuur yang dikenali sebagai Pondok ustaz Mokhtar Senik di Penor Kuantan , sedang seluruh warga Pondok tersebut menunaikan solat Jumaat .

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dengan ini melancarkan Tabung Pembinaan Semula Pondok An - Nuur dan mengharapkan kepada semua sahabat dapat membantu kami membuat kutipan derma tersebut .

Semua sumbangan hendaklah disalurkan ke :

Nama akaun : Pondok An - Nuur

No. Akaun : 9010021868-01

Nama Bank : Bank Islam

Kepada para dermawan , kami ucapan Jazakumullah Khairan Jaza' .

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Bila gamaknya Pas boleh ujudkan ramai yg boleh bekerja dari ramai yg boleh bercakap. Berapa ramai yg pergi berulang ke pondok itu saban minggu menadah kitab terdiri drpd safety officer,electrician,guru, store keeper,chargeman dan cerdik pandai yg lain....Bila agaknya kita boleh tubuhkan team yg memantau keselamatan segala pondok di Msia ni khasnya...atau kita jens belajor tak faham faham? Byk kali sgt dah kita dengor pondok terbakar! apakah tragedi itu juga tidak menjejaskan nama baik islam? atau kita memang telah mati jiwa dan pekak badak atau kita salah tarbiah?
...............zamri

8:54 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Saya pernah terfikir begitu juga, tapi sebenarnya bukan pondok je yang terbakar, bukan pondok pun hari-hari terbakar. Pondok seluruh Malaysia banyak, bukan hari-hari pun terbakar.Cuma kebetulan je pondok terbakar, orang mula-lah nak salahkan pengurusan pondok. Banglo mewah pun terbakar juga!

sufiedinburgh

9:56 PM

 
Anonymous Anonymous said...

masalahnye pmbinaan pondok ini x d selenggara betol2. sbb kbnykn d bina oleh pngasas sndiri utk mnjimat kn kos pmbinaan. tu yg bnyk brlaku kbakaran tu. biasa pondok yg bru2 je. tp klau yg dh lama bgunan batu2 kbnykn nya ok. maybe sbb ekonomi dh kukuh nk buat ikot piawaian sbnar.

12:49 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home