" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, June 06, 2007

BAHASA MALAYSIA

Keputusan Kabinet menggunakan semula istilah Bahasa Malaysia bagi merujuk kepada bahasa kebangsaan bertujuan mengelakkan polemik daripada pihak yang menganggap ia hanya untuk kaum tertentu sahaja adalah suatu yang wajar disokong , namun perlu diberi perhatian kepada beberapa perkara .

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu juga bertepatan dengan hasrat kerajaan yang mahukan bahasa kebangsaan itu menjadi milik semua rakyat Malaysia.

1) Pada saya PAS memang bersetuju untuk memartabatkan bahasa melayu dengan ditatar (upgrade) kembali menjadi Bahasa Malaysia. Justeru PAS adalah sebuah parti yang mendokong aspirasi perpaduan kaum serta menolak fahaman perkauman melalui polarisasi bahasa.

2) Sebagai negara yang kearah negara maju, perlukan sebuah identiti yang kuat serta berdaya saing selain dasar kebudayaan negara, dasar satera negara, rukunegara dan sebagainya, Malaysia juga perlu kembali mendokong citra negara melalui pemartabatan bahasa rasmi.

3) Menghurai berkaitan perlunya bahasa melayu kembali dilabelkan sebagai bahasa malaysia tidak sekadar pada nama dan istilah sebaliknya semangat dan implimentasinya yang progresif dan komprehensif. Bukan sekadar melaung kepada dunia bahawa Malaysia kembali memartabatkan bahasa rasminya kerana hanya akan diketawakan oleh beberapa negara maju tetapi kukuh mendokong bahasa kebangsaan mereka.

4) Kerisauan PAS terhadap dominasi Bahasa Inggeris dalam sosio pekerjaan, pendidikan dan pentadbiran serta kehakiman (yang paling kuat berpegang dengan agenda komenwel) masih tidak akan pudar hanya dengan kenyataan Najib terhadap isu bahasa Malaysia sebaliknya memerlukan pelaksanaan sebenar. PAS tidak mahu pemartabatan bahasa malaysia hanya seperti UMNO memartabatkan Islam melalui Islam hadhari yang bersifat kosmetik semata-mata.

5) Walau apapun usaha mengeluarkan bahasa melayu daripada perosok perkauman (etnicity edge) adalah suatu usaha yang perlu; tidak perlu timbul polemik bahawa bahasa melayu adalah hegemoni budaya yang mencengkam kaum lain kerana ia termaktub di dalam perlembagaan sebagai platform perpaduan antara kaum yang terikat dengan kontrak sosial negara.

Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua DPP Pusat .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home