" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, June 06, 2007

PERHIMPUNAN AMAN
MEMBANTAH CAMPUR TANGAN TENTERA
Pembantaian Umat Islam di Selatan Thailand semakin menjadi-jadi. Tentera Thailand telah memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menghantar tiga puluh ribu (30,000) tentera ke Wilayah itu.Pertukaran kepimpinan negara itu ke tangan Junta Tentera di bawah Jeneral Surayud Chulanont seakan-akan tidak mengubah apa-apa di selatan Thailand.

Wilayah yang menuntut Kemerdekaan mutlak itu semakin bergolak ekoran pertambahan aktiviti tentera yang dilihat cuba menghapuskan pengaruh Pattani United Liberation Organization (PULO).

PULO menuntut kemerdekaan dan wilayah yang tersendiri bagi umat Islam di Selatan negara itu lantaran sikap buruk dan penindasan kerajaan Thailand terhadap umat Islam dinegara itu sejak sekian lama.Kerajaan baru Thailand semakin sombong dan mereka kini telah mengenakan pelbagai sekatan dan kawalan ketat selepas 1,000 orang keluar menunjuk Perasaan baru-baru ini ekoran kematian seorang guru wanita berusia 23 tahun yang ditembak mati oleh tentera tanpa sebab.

Junta tentera semakin menunjukan belang mereka bila mana mereka bercadang menjadikan wilayah di Selatan Thailand ini sebagai 'Iraq Kecil' dan Perdana Menteri Thailand berjanji untuk menambahkan kekuatan tentera sehinggalah PULO meletakan senjata.

Dalam krisis panjang ini beratus ribu umat Islam telah disiksa dan dibunuh oleh Junta Tentera sebelum ini. Justeru itu, kita di Malaysia harus bangkit untuk membantah kezaliman ini.

Diperingkat Pemuda PAS, kita akan menganjurkan Satu Perhimpunan Membantah Kezaliman Tentera Di Selatan Thailand ini pada;

Tarikh : 8 Jun 2007 (Jumaat)

Masa : Selepas Solat Jumaat

Tempat : Berkumpul di Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak

dan kemudian Berarak ke Kedutaan Thailand untuk menghantar Memorandum.

Pimpinan PAS Pusat, Keadilan, DAP dan NGOS akan hadir bagi memberikan tekanan yang jitu kepada Duta Thailand di Malaysia agar beliau memainkan peranan aktif untuk menyekat kegilaan Junta Tentera Thailand ini.Semua rakyat dijemput hadir, Placard dan banner amatlah dialu-alukan.

Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang provokasi. Unit Amal akan bertugas bagi memastikan kelancaran programSekian.

Herman Samsudeen

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home