" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, June 06, 2007

Jawatan ini adalah
Taklif bukan Tasyrif

Tahniah ustaz ! , itulah kalimah paling popular yang saya dengar sepanjang minggu ini . Samaada ucapan dari sahabat handai begitu juga sms dari pelbagai pihak termasuk rakan – rakan pimpinan daripada UMNO .

Tahniah itu dihulurkan sejurus saya diisytiharkan sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat oleh Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilih Muktamar PAS yang berlangsung di PUTIK Pangkalan Chepa baru – baru ini .

Terima kasih kepada semua diatas ucapan yang diberikan semoga Allah mengurniakan kekuatan dan petunjukNya untuk sama – sama kita mengenderai perjuangan suci ini dengan lebih gigih dan tekun.

Saya Tidak Bertanding

Ramai juga sahabat mengucap tahniah kerana saya telah menang . Perkataan menang itu sedikit sebanyak mengganggu penumpuan saya terhadap kerja – kerja jamaah ini.

Sejak awal saya menyertai Dewan Pemuda PAS samaada di peringkat negeri mahupun pusat , saya mengambil sikap tidak bertanding dalam apa jua perjawatan yang ditawarkan . Biarpun ada pencalonan , biasanya saya akan menarik diri .

Prinsip ini telah saya amalkan sejak dulu sehinggalah saya dimarahi oleh Tuan Hj. Mahfuz Omar ( di zaman kepimpinannya ) kerana menarik diri dari pencalonan exco DPPPusat . Di zaman beliau sebanyak 2 kali saya menarik diri dan dua kali pula saya dilantik melalui kouta exco tambahan .

Hj. Mahfuz Omar Memarahi Saya .

Selaku ketua DPP Pusat waktu itu , Tuan Hj. Mahfuz dengan nada tegas memarahi saya kerana tidak bertanding . “ Salahudin , lepas ni kita jangan lantik lagi orang yang malas berjuang macam dia nih !” , tegas Hj. Mahfuz kepada timbalannya.

Kata – kata tersebut membuatkan saya terduduk dan akhirnya berderai air mata menyesali tindakan sendiri . Saya juga tidak mampu meluahkan isi hati terhadap sikap yang saya ambil sehinggalah saya disabarkan oleh Akhi Salahudin pada waktu itu .

Saya mengambil keputusan untuk tidak bertanding bukanlah kerana saya enggan untuk berjuang . Sebaliknya selalu saya tegaskan , andai saya diberi amanah , insyaallah saya akan tunaikan sedaya mampu namun untuk bertanding mengalahkan orang lain , saya tidak mahu . Saya bimbang orang yang saya kalahkan itu sebenarnya lebih layak , tinggal lagi dia kalah kerana tidak popular .

Andainya saya kalah , alhamdulillah tidak mengapa . Saya lebih tahu siapa diri saya dan bagaimana kemampuan sebenar saya . Tetapi , kecenderungan umum ahli memilih orang yang popular dan pandai berpidato menjadikan saya resah .

Keengganan saya bertanding tidak lah pula didorong rasa angkuh sehingga kononnya saya tidak boleh ditandingi dan andainya ada pihak yang ingin bertanding maka saya akan mengelak diri .

Saya enggan bertanding kerana benar – benar rasa diri tidak layak berbanding orang lain dan juga ingin memberi laluan kepada mereka yang lebih berkelayakkan dalam memimpin perjuangan besar ini .

Kali pertama saya menerima pencalonan sebagai exco DPP Pusat ialah sessi selepas saya dimarahi oleh Tuan Hj. Mahfuz , sehingga kata – katanya masih terngiang – ngiang di telinga saya .

Kawan – kawan juga memujuk bahawa tidak mengapa saya menerima pencalonan sebagai tanda menghormati kepercayaan ahli dan apa yang lebih penting , menerimanya dengan semangat berlumba – lumba untuk melakukan kebajikan dan kebaikan .

Akhirnya saya menerima pandangan tersebut dengan berat hati dan rasa yang sukar . Namun saya sangat mengharapkan petunjuk dan kekuatan dari Ilahi sebagai pakej untuk dibawa bersama mengurus dan mentadbir perjuangan ini .

Di Taklif sebagai Timbalan Ketua DPP .

Apa yang paling saya takut dan bimbang kini berlaku ke atas diri saya. Ianya bukan hadhir dalam mimpi ngeri tetapi menimpa di alam reality .

Saya ditaklifkan sebagai Timbalan Ketua DPP Pusat , sementara 2 tokoh pemuda yang sangat saya kagumi ( merupakan calon paling layak untuk jawatan ini ) dihantar mewakili tenaga kepimpinan muda untuk menganggotai AJK PAS Pusat .

Biarpun berkali saya melahirkan hasrat untuk mengundurkan diri maka setiap kali itu juga saya merasakan peluang saya kian sempit untuk melepaskan diri .

Akhirnya saya terpaksa menggalas beban amanah yang sangat berat ini . Tidak tertanggung rasanya diri yang kerdil ini tanpa bantuan nusrah dan inayah dari mu ya Allah !

Ikrar Menunaikan Amanah

Pun begitu , saya sekali – kali tidak akan mensia – siakan amanah ini kerana saya akan berhadapan pula dengan kemurkaan Ilahi . Apa yang sangat saya harapkan ialah sokongan dan dokongan semua peringkat anggota pemuda.

Berilah dorongan dan semangat untuk saya terus berjuang mendepani tahaddiyat yang semakin mencabar dan berilah pandangan serta idea untuk saya melaksanakan tanggungjawab ini dengan lebih berkesan dan benar.

Andai saya salah dan silap , janganlah biarkan ia berlalu begitu sahaja , kerana kelak akan mengheret saya terjerumus ke dalam neraka jahanam . Sebaliknya tegur dan nasihatlah saya agar membetulkan kesilapan . Masih terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari .

Saya senantiasa mengharapkan bimbingan jua didikan para pemimpin dan alim ulamak yang ikhlas berjuang , agar saya tidak ketinggalan untuk turut melandasi perjuangan yang dilalui oleh mereka .

Musuh Jangan Memandang Rendah .

Kepada pihak musuh agama dan perjuangan ini , jangan memandang rendah terhadap keupayaan saff pimpinan pemuda ini. Kami berjanji dan berikrar akan melaksanakan amanah perjuangan sehabis daya dan menggerakkan jentera perjuangan ini menghadapi musuh sehabis upaya demi mendaulatkan Islam di persada tanahair tercinta.

Segala ilmu , tenaga dan idea ini akan diperah hingga ke titisan akhir demi memberi khidmat juang yang maksimum .

Akhirnya saya sangat mengharapkan hidayah dan taufiq senantiasa menyebelahi diri ini jua Dewan Pemuda yang dipimpin bersama dengan rakan – rakan seperjuangan yang lain .

Allahu Akbar !!

9 Comments:

Blogger abdkarimzaidan II said...

salam maaf us, apa pandangan us bila seseorg itu bjaya didalam pemilihan apa2 jwtn, kemudian kwn2 ucap tahniah n takziah. maksud tahniah krn brjaya, maksud takziah krn akan berhadapan dgn pelbagai ujian akan dtg. adakah betul begitu us?.
ana pnah bersama us kat msia n kat mesir masa us dtg baru2 ni dgn us ridzuan, doakan ana berjaya dan akan berjuang bersma perjuangan Islam dimsia..
ok ni blog ana :http://zilalisuyuf.blogspot.com/

3:51 PM

 
Blogger Ibnu Qalil said...

Semoga Allah permudahkan gerka kerja dan urusan ustaz bersama pimpinan jemaah yang sebaris dengan ustaz. Doakan ana istiqamah dalam perjuangan. Ana zulfadli ex upm. Ilal liqa'.

10:39 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Tantawi said :

Boleh juga begitu , tapi bagi ana segalanya adalah takziah , sbb ianya satu beban amanah yg sangat besar dan berat .

Salam perjuangan buat semua

11:17 PM

 
Blogger Ilham Purnama said...

Salam. Barakallah Fik, selamat berjuang, semoga gerak langkah ustaz sentiasa di bawah himayah-Nya. -ilhampurnama, Sekolah Pemikiran Syeikh Soleh al-Farfur, Damsyik.

6:08 AM

 
Anonymous elmaf said...

salam ust.. ala kulli hal tahniah n takziah...

9:34 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam dari anonymous,

ana rasa sikap ustaz itu betul

tiada tahniah dan tiada takziah

hanya peringatan dari Allah Ta'ala sebagai buah tangan .." man ansori ilallhu? qaaluu nahnu ansorullah!" (as saff)

ilalLahil musytaka

11:13 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ramai orang boleh berkata yg baik baik cuma Allah sahaja yg tahu apa dihati kita.Mudah mudahan kita lulus jua disana...

11:23 AM

 
Blogger Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi said...

Salam perjuangan buat semua . Agar kita terus thabat utk mengharungi liku liku perjuangan yg sengit ini

10:33 AM

 
Anonymous Anonymous said...

really like this phrase: "many people talking the talk..but few walking the talk" semoga semua pimpinan dan penyokong PAS disetiap peringkat berazam utk menjadi people who are walking the talk..Allahu Akbar!!!

11:50 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home