" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, February 15, 2008

Panduan Penyampaian Ceramah
Dalam Konteks Pilihanraya Umum .

Muqaddimah .
Seseorang tidak akan berubah melainkan setelah ada maklumat . Kita tidak akan membeli satu barang melainkan setelah kita mengetahui khasiat dan kebaikannya. Ini menggambarkan betapa pentingnya penerangan dalam suatu hal untuk meyakinkan seseorang bagi mendapat sesuatu .

Menyampaikan ceramah seumpama hendak menjual sesuatu produk kepada orang lain , produk yang baik dan berkualiti sekalipun , kalau tidak diterangkan dengan teknik dan strategi yang berkesan pasti tidak ada pembelinya , malahan produk yang tidak berkualiti pula , kalau disampaikan, dipromosi dan dikempen dengan hebat dan baik pasti akan menarik orang ramai untuk membelinya.

Orang yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk ialah jurujual itu sendiri . Bagi menarik orang ramai membeli produk tersebut , jurujual akan menggunakan kepetahan bercakap , penampilan dirinya yang kemas , bahasa yang cukup menawan dan berbagai – bagai aksi lagi , disertai pula dengan demontrasi barangan . Sudah pasti cara ini akan menarik minat orang ramai membelinya .

Begitulah para penceramah , produk yang kita hendak pasarkan ialah Islam , PAS dan calon PAS . Produk yang akan kita pasarkan ini memerlukan teknik , taktik dan strategi yang sesuai dengan suasana setempat , situasi semasa , budaya dan sebagainya .

Dalam Islam , Rasulullah saw. Merupakan role model yang terbaik dalam menerangkan kepada manusia akan ajaran yang dibawa oleh baginda pada waktu itu yang dianggap dagang ( asing ) . Baginda menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan antaranya tamsil alam sekitar , logik , pujukan , tawaran , amaran , lisanul hal , khutbah dan lain – lain lagi .

Konsep Penerangan .

· Segala kegiatan penerangan menggunakan apa jua media yang ada hendaklah mengandungi ciri – ciri berikut :

· Penerangan sebagai I’LAM , iaitu proses untuk menyalurkan maklumat ( to inform ) mengenai fakta , sesuatu yang baru , menarik atau bagaimana sesuatu perubahan itu wujud dan berlaku .


· Penerangan sebagai TA’LIM , bermatlamat ke arah memberi pengajaran dan pelajaran untuk mempengaruhi ( to influence ) bagi mengubah fikiran dan pendirian atau untuk menggerakkan mereka agar aktif .


· Penerangan IRSYAD , bermatlamat ke arah membimbing dan tunjuk ajar. Suatu tugas untuk inspirasi ( to Inspire ) tentang kebaikan ( makruf ) supaya dihayati dan kemungkaran supaya dihindari .

· Penerangan sebagai DAKWAH , bermatlamat ke arah menyeru dan mengajak kepada perubahan sikap serta bertindak membangun yang makruf dan meruntuhkan yang mungkar.

Kesimpulannya , konsep penerangan ialah untuk menerangkan dasar perjuangan untuk menarik sokongan orang ramai kepada perjuangan PAS ( Basyiiran wa Naziiran ) . Konsep penerangan bukan sahaja melalui mulut tetapi juga tingkah laku ( Lisaanul Hal ) , penulisan dan edaran risalah . Yang penting ialah penceramah mesti menjadi orang yang berjaya menarik orang lain untuk bersama dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS .

Banyak bidang penerangan yang belum diterokai secara meluas oleh PAS antaranya seperti risalah , kain rentang , laman web dan sebagainya. Janganlah kita hanya mengharapkan ceramah umum semata – mata kerana kita kekurangan penceramah yang boleh menarik orang ramai untuk datang ke program ceramah yang dianjur . Justeru itu , untuk menampung kekurangan ini hendaklah kita pelbagaikan program penerangan selain daripada rapat umum yang sememangnya menjadi agenda penerangan yang berkesan .

Ceramah Dalam Konteks Kempen Pilihanraya .

Dalam musim pilihanraya , ceramah yang dianjurkan agak berbeza sedikit dengan ceramah sebelum musim pilihanraya . Sebelum pilihanraya jentera penerangan boleh menganjurkan ceramah besar – besaran , kehadhiran audien pula mengikut populariti penceramah yang diundang. Mereka juga datang dari seluruh pelusuk tempat . Ulasan terhadap isu lebih menyeluruh , dari isu tempatan , nasional hinggalah kepada isu antarabangsa .

Sedang ceramah yang dianjurkan dalam musim pilihanraya hanya tertumpu kepada pengundi sasaran sahaja . Lantaran itu , pendekatan ceramah yang paling sesuai di musim pilihanraya ialah ceramah kelompok yang diadakan dari rumah ke rumah atau seumpamanya .

Tujuan Ceramah .

Ceramah yang dianjurkan oleh PAS bertujuan :

· Menjelaskan konsep Islam yang syumul sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

· Menjelaskan dasar parti dan membetulkan pandangan dan sangkaan negatif terhadap PAS .

· Mengulas dan mengupas isu semasa dan menjawab segala tohmahan terhadap Islam dan PAS .

Dalam musim pilihanraya , tujuan utama ceramah ialah menjelaskan kepada pengundi mengapa pengundi perlu memilih atau mengundi PAS . Di sinilah para penceramah PAS perlu menggunakan segala kebijaksanaan dan keupayaan menyampaikan ceramah untuk mengajak , merayu dan memujuk pengundi melakukan perubahan dalam pilihanraya dengan mengundi calon PAS .

Persiapan Asasi dan Etika Penceramah PAS .

· Ikhlas kerana Allah swt.
· Memahami agama Allah swt.
· Memiliki ilmu dan fakta yang tepat
· Memiliki Qudwah Hasanah
· Sabar dan Tabah
· Lemah lembut dan penyayang
· Tawadhuk dan merendah diri
· Manis muka dan Indah tutur bicara
· Menjaga Akhlak , adab sopan dan tatasusila
· Sentiasa senyum dan mesra
· Berpakaian menarik , kemas serta sesuai dengan suasana setempat
· Menjaga nama baik parti
· Menyampaikan ucapan dengan tertib , beradab dan sopan
· Tidak mengeluarkan perkataan dan kenyataan yang menimbulkan fitnah
· Tidak kasar dalam ucapan dan tindakan .
· Elakkan maki hamun dan caci nista tanpa asas
· Menepati janji dan waktu
· Senantiasa bermurah hati
· Menjaga nama baik parti

Pendekatan Penyampaian Dalam Ceramah .

Memilih Isu yang Sesuai .

Para penceramah perlu menyenaraikan isu yang ingin diulas dan disampaikan dalam ceramahnya. Pemilihan isu mestilah sesuai dan boleh membangkitkan minat pengundi untuk mendengar . Tidak semua isu boleh membangkitkan kesedaran kepada pengundi setempat walaupun isu tersebut dianggap besar dan penting seperti isu ekonomi , pembaziran wang rakyat dalam projek mega dan sebagainya.

Adakala isu yang dianggap kecil dan remeh tetapi kalau diolah dengan baik dan berkesan , ianya boleh mengubah minda rakyat. Sebab itu para penceramah mesti menguasai dan memahami isu semasa . Isu tempatan yang melibatkan kebajikan rakyat wajar diberi fokus dalam ceramah pilihanraya seperti isu kemiskinan , kenaikan harga barang dan sebagainya . Penceramah jangan ghairah mengulas isu besar sehingga lupa isu tempatan yang pengundi sendiri terlibat dengan isu tersebut.

Kemukakan Tawaran PAS .

Penceramah PAS sewajarnya tidak lupa untuk menjelaskan tawaran PAS kepada rakyat sebagaimana yang termaktub di dalam manifesto PAS jika rakyat memberi mandat kepada PAS untuk memerintah. Melalui pendekatan ini , penceramah mestilah terlebih dahulu memahami kandungan manifesto PAS .

Menampilkan Kelebihan Calon PAS .

Penceramah mestilah memperkenalkan calon PAS dengan menampilkan keperibadiannya , keupayaan dan kemampuannya menjadi wakil rakyat . Tonjolkan kelebihan calon secara benar dan adil .

Menonjolkan Kejayaan Kerajaan PAS di Kelantan.

Keupayaan PAS dan kemampuannya memerintah , memimpin dan mentadbir negeri Kelantan selama 17 tahun melalui amanah dan mandat rakyat mestilah dikemukakan kepada pengundi sebagai menjawab tohmahan kononnya PAS tidak boleh memerintah sekaligus menjadi perbandingan antara kerajaan PAS dan kerajaan UMNO.

Mendedahkan Kelemahan dan Ketidakupayaan Kerajaan BN.

Pendedahan dibuat berasaskan fakta bukan fitnah. Ianya bertujuan agar rakyat tidak terpedaya dengan keburukan Kerajaan BN yang sering berselindung disebalik momokan pembangunan dan umpan material . Mengemukakan Hujjah Berasaskan Nas dan Fakta .

Kekuatan hujjah adalah kelebihan utama Pas dalam menghadapi UMNO yang kaya dengan tipu helah . Ayat – ayat suci al Quran dan Hadis menjadi sumber tulen perjuangan PAS yang tidak boleh ditinggalkan sepanjang kempen atau dakwah PAS kepada pengundi .

Apa yang Perlu dielak oleh Penceramah .

Menyentuh isu – isu Sensitif .

Penceramah selayaknya berhati – hati mengungkap kata agar tidak menyinggung perasaan pengundi. Masa singkat sepanjang tempoh berkempen tentu sahaja kita tidak mampu menjelaskan isu yang sensitif dan kontraversi . Adalah wajar penceramah memilih isu yang mewujudkan kebersamaan kita dengan pengundi dan penyokong.

Menggunakan Bahasa yang kesat dan Kasar .

Penceramah adalah pendakwah . Uslub mendidik , membimbing dan menasihati adalah lebih baik dan lebih mendekatkan pengundi kepada risalah perjuangan kita berbanding ucapan yang sarat dengan maki hamun .

Memperbodohkan Pengundi .

Hargai mereka dan jangan sekali – kali memperkecilkan mereka sekalipun mereka dalam pilihanraya yang lalu tidak mengundi PAS. Berikan harapan kepada mereka dan masa untuk mereka berfikir dan membuat perubahan . Merendah dirilah dihadapan mereka , bahawa kita yang gagal menyampaikan maklumat yang jelas kepada mereka atau maklumat kita terhalang sehingga mereka tidak mengundi PAS.

Menghukum Pengundi .

Sekali lagi penceramah adalah pendakwah bukan penghukum. Justeru itu banyakkan pendekatan memberi nasihat , galakan dan motivasi untuk mereka menerima perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS . Jangan menjatuhkan hukum seperti berdosa , sesat atau kafir kepada pengundi.

Penutup .

Iringi setiap ucapan atau ceramah dengan doa dan munajat agar Allah mengurniakan petunjuk dan kekuatan kepada kita dan pengundi agar satu perubahan ( dari bathil kepada haq , dari jahiliyyah kepada Islam , dari kufur kepada Iman ) dapat dilakukan .

Jauhi maksiat atau mungkar sebaliknya tingkatkan prestasi taqwa , taat dan ubudiyyah kita kepada Allah swt. Serta hiasi diri dengan akhlak mahmudah dan imej mesra rakyat atau mesra pengundi .

12 Comments:

Anonymous Anonymous said...

sayangnya sikit sahaja.......Mungkin lebih drpd 99.5 % org yg dengar ceramah memang dah orang PAS. sO PENGUNDI TIDAK BERTAMBAH, DAKWAH TIDAK SAMPAI KPD SASARAN. Itu yg perlu disedari. Jangan kita syok sendiri. Mungkin aku dah jemu dgn ulasan selepas kalah dlm pilihanraya. Asyik didendangkan lagu lama.

12:31 AM

 
Blogger merbawi said...

Memang benar, banyak dakwah PAS yang tidak sampai. Pas juga gagal/sukar untuk menjawab hujah BN secara tepat.
Isu yang dimainkan oleh BN ialah pembangunan dan pembangkang seakan-akan tiada peranan lansung dalam pembangunan negara. Pembangkang di anggap sebagai penumpang sahaja dan boleh dihalau dari Malaysia sesuka hati oleh BN. Oleh itu PAS perlu menjawab secara tepat.
Misalnya PAS/BA perlu aggresif mendedahkan bahawa berdasarkan undi popular, hampir 40% pengundi di Malaysia adalah pengundi BA dan BN hanyalah 60% sahaja. Oleh itu segala pembangunan dan perbelanjaan kerajaan di Malaysia ini, 40% adalah dari hasil cukai pengundi pembangkang. Oleh itu pembangkang ada hak dalam memastikan perbelanjaan kerajaan tidak dibazirkan ataupun disonglap oleh pemimpin BN yang hampir ke
seluruhannya adalah korup.
Cara yang berkesan pada musim pilihan raya ini ialah melalui banner dan risalah ringkas.
Pihak BA boleh membuatnya seperti
1. Sedarkah anda...
40% dari kos pembangunan negara adalah dari duit pengundi BA
2. Sedarkah anda .....
40% dari belanja kebajikan negara adalah dari duit pengundi BA
3. Sedarkah anda.....
40% dari gaji kakitangan awam adalah dari duit pengundi BA
4. Sedarkah anda......
40% dari gaji Paklah adalah dari duit pengundi BA

Buatlah sebanyak-banyaknya bersesuaian dengan tempat dan keadaan seperti pembinaan Lebuhraya,sekolah, Universiti, biasiswa pelajar, gaji polis, tentera, duit raya dan gaji MB dan sebagainya untuk menyedarkan para pengundi yang terlalu taksub dan kononnya termakan budi dengan BN.
Saya percaya InsyaAllah akan ada kesannya kepada minda pengundi.

1:17 PM

 
Blogger merbawi said...

Memang benar, banyak dakwah PAS yang tidak sampai. Pas juga gagal/sukar untuk menjawab hujah BN secara tepat.
Isu yang dimainkan oleh BN ialah pembangunan dan pembangkang seakan-akan tiada peranan lansung dalam pembangunan negara. Pembangkang di anggap sebagai penumpang sahaja dan boleh dihalau dari Malaysia sesuka hati oleh BN. Oleh itu PAS perlu menjawab secara tepat.
Misalnya PAS/BA perlu aggresif mendedahkan bahawa berdasarkan undi popular, hampir 40% pengundi di Malaysia adalah pengundi BA dan BN hanyalah 60% sahaja. Oleh itu segala pembangunan dan perbelanjaan kerajaan di Malaysia ini, 40% adalah dari hasil cukai pengundi pembangkang. Oleh itu pembangkang ada hak dalam memastikan perbelanjaan kerajaan tidak dibazirkan ataupun disonglap oleh pemimpin BN yang hampir ke
seluruhannya adalah korup.
Cara yang berkesan pada musim pilihan raya ini ialah melalui banner dan risalah ringkas.
Pihak BA boleh membuatnya seperti
1. Sedarkah anda...
40% dari kos pembangunan negara adalah dari duit pengundi BA
2. Sedarkah anda .....
40% dari belanja kebajikan negara adalah dari duit pengundi BA
3. Sedarkah anda.....
40% dari gaji kakitangan awam adalah dari duit pengundi BA
4. Sedarkah anda......
40% dari gaji Paklah adalah dari duit pengundi BA

Buatlah sebanyak-banyaknya bersesuaian dengan tempat dan keadaan seperti pembinaan Lebuhraya,sekolah, Universiti, biasiswa pelajar, gaji polis, tentera, duit raya dan gaji MB dan sebagainya untuk menyedarkan para pengundi yang terlalu taksub dan kononnya termakan budi dengan BN.
Saya percaya InsyaAllah akan ada kesannya kepada minda pengundi.

1:18 PM

 
Blogger azidul awfa said...

betul pandangan tu..dakwah pas hanya berlegar di sekitar ahli sahaja..perlu byk usaha lagi utk memasyarakat perjungan pas hingga ke akar umbi...selamat berjuang kepada semua pejuang islam di tanah air...
tabuh telah berbunyi,gendang telah dipalu..tiba masa utk menguji kehebatan pendekar di medan perang..semoga berjaya...
ust bertanding kat mana??

7:50 AM

 
Anonymous Anonymous said...

PERKONGSIAN BAHAN DI WWW.BAHANKEMPEN.COM

Oleh: Kelab Maya Barisan Rakyat


Kepada: Mana-mana penggerak/ pendokong/ aktivis/ campaigners/ individu/ kumpulan

Objektif: Mewujudkan Pusat Perkongsian Bahan Kempen PRU-12 (upload dan download)

Kaedah:

1) Untuk menghantar bahan kempen (dokumen, power point persembahan, poster, video dll), sila emailkan kepada bahankempen@yahoo.com

2) Untuk mendownload bahan, sila ke www.bahankempen.com

BAHAN AKAN SENTIASA DI UPDATE. SILA SEBARKAN.

MENJANA KEMENANGAN MELALUI PERKONGSIAN

2:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Sesiapa yg berminat utk memperjuangkan Islam,
aqidah Islam,
syariat Islam,
negara Islam,
Khilafah Islamiyyah,

ana cadangkan baca Sautun Nahdhah. Di dalamnya ada banyak maklumat tentang isu semasa serta fikrah politik Islam.

Politik Islam.....yees !
Daulah Islam.......yees !
Other than that....No...No...and...No !

2:06 PM

 
Anonymous Anonymous said...

SALAM ya akhi ,
ana kagum dgn anta , sedikit ilmu anta mencontohkan yang PAS masih ada bibit2 gerakan @ harakah islamiyyah, cumanya ya akhi, boleh x jika tarbiyyah iaitu perkara asas dalam harakah itu sendiri digerakkan, ANA YAKIN! I'ALLAH KEMENANGAN AKAN BERSAMA PAS! JIKA TARBIYYAH ANTUM bergerak dan dipantau dengan begitu serius, antum sedang ditunggu oleh PKS,AKP,HAMAS IKHWAN DAN SELURUH GERAKAN LAIN, jangan pernah malu tuk berpatah balik, betukan struktur pengtarbiyyah itu dahulu dari ATAS! HINGGA KEBAWAH SEKALI! ya semua PASian PERLU tarbiyyah, i'allah pendukung islam akan lahir, dan penyokong islam akan terit! ALLAHUAKBAR - SEBUAH RENUNGAN utk sebelum dan SELEPAS pilihanraya! amin.

12:18 AM

 
Blogger Hiez@Hidhir said...

http://www.jurnalislam.blogspot.com/

2:42 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Ni yg payah nak tegak Islam melalui pilihanraya demokrasi,

Nak berterus terang utk menegakkan syariah...takut org kafir tak pangkah PAS,
bahkan mungkin DAP pun buleh kene tempiasnya,
Kalau dah cam tu, bila la pembangkang nak menang,

Bila difikirkan....betul gak kata abang kat atas tu,
JANGAN MALU BERPATAH BALIK,

Kekuatan PAS hanya pada Islam,
Kalau PAS malu-malu nak perjuangkan Islam...PAS tidak akan ke mana,

UMNO boleh berhujjah dgn seribu macam satu hujjah,
tetapi UMNO takkan mampu menafikan KEWAJIBAN MENEGAKKAN MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM 100% DAN BERDIRINYA KHILAFAH ISLAMIYYAH...

Dengan kata lain, tindakan PAS menggunakan istilah-istilah yg KABUR dalam memperjuangkan Islam ibarat rahmat buat UMNO dan BN.

Apakah PAS tidak yakin dengan istilah yg syarie.....MENEGAKKAN DAULAH ISLAMIYAH atau MENEGAKKAN SYARIAH 100% atau MENGEMBALIKAN KHILAFAH...

Contohnya, kalau PAS kata nak buat negara berkebajikan, UMNO kata dia buat kebajikan. Tapi kalau kita kata kita WAJIB tegakkan khilafah, adakah Malaysia negara khilafah ?

Satu lagi,
Seperti yg abang kat atas tu sebut tentang tarbiyyah...rasanya jika ini dilakukan dgn baik, insyaallah banyak masalah dalaman boleh atasi......

sekian, masabulanbulan

12:06 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Bercakap tentang tarbiyyah, jika ahli PAS betul-betul mendapat tarbiyyah yg baik, ahli PAS ada banyak modal utk berhujjah dalam perspektif politik Islam & hukum syarak.

Kalau tarbiyyah "kureng", akan menyebabkan ahli PAS cenderung attack on peribadi lawan bicara.Sebab, tak dak sangat modal utk berhujjah.Pusing-pusing modal yg sama. Dan bila attack peribadi, tu mula jadi HOT.....dan akhirnya saling membenci.

So, pimpinan PAS kenelah fikirkan bagaimana utk enhance proses pentarbiyyahan ahli PAS.

bulanmasa

11:21 AM

 
Blogger MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Demi tuhan yang maha pengasih lagi maha mengetahui....

DOA KAMI SEKELUARGA BUAT USTAZ sentiasa bersama, INSYALLAH TUHAN GENGAR DOA KAMI sekali ini....

YANG PASTI USTAZ PASTI MENANG "INSYALLAH"

2:08 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Cerita baguih hah, Apa sudah jadi dgn setiausaha kerja kawasan Kuantan?

10:59 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home