" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, March 20, 2008

TIDAK AKAN KALAH.

Assalamualaikum , salam persaudaraan dan salam perjuangan kembali dihulur buat semua sahabat yang pasti sahaja merindui diri ini sebagaimana sahabat sekelian sangat - sangat dirindui setelah lebih sebulan saya tidak online kerana kesibukan dengan pelbagai tugas di luar sana .

Alhamdulillah , hari ini saya sedikit kelapangan untuk kembali menjengah ke alam cyber ini biarpun mood untuk berkarya masih berada ditahap yang rendah . Sekurang - kurangnya terubatlah sedikit bebanan rindu yang ditanggung.

Sepanjang tempoh sebulan yang lalu , kebetulan pula musim PRU 12 bukanlah saya tidak mahu menulis tetapi saya tidak memiliki kemudahan yang boleh membantu saya untuk senantiasa update Episod Sebuah Perjuangan ini . Tambahan pula jadual padat sebagai calon parti yang bertanding dalam PRU 12 baru - baru ini menjadikan peluang untuk saya menulis semakin tipis dan sulit.

Namun saya menyedari bahawa situasi ini difahami oleh semua sahabat dan pengunjung setia Episod Sebuah Perjuangan .

Insyaallah sekembali saya dari Mesir kelak akan membuka lebih masa dan peluang untuk saya terus aktif berkarya guna menghasilkan sumbangan buat ummah biarpun mungkin tidak seberapa.

Jangkaannya saya akan kembali aktif menulis pada 1 April kelak. Buat masa ini segala penumpuan diberikan kepada post mortem pilihanraya , majlis kesyukuran untuk meraikan petugas parti dan ucap terima kasih kepada pengundi biarpun kalah .

Pengalaman saya sejak lama dulu , kalah menang dalam pilihanraya bagi ahli PAS tidaklah membentuk jurang lebar untuk mereka terus melangsungkan perjuangan. Malah apa yang menarik , saya sendiri telah mula berceramah hanya pada malam kedua selepas keputusan PRU 12 di umumkan dan saya kalah dalam PRU 12 tersebut.

Saya berceramah seperti biasa meskipun dalam DUN atau UPU yang saya kalah. Ternyata kalah itu hanyalah satu istilah yang dipakai kepada keputusan pilihanraya yang tidak berpihak tetapi jelas perjuangan ini tidak kalah dan tidak pernah kalah dan tidak akan kalah.

Bahkan semangat serta form dalam penyampaian ceramah dirasakan kian bertenaga.

Kesempatan ini buat sahabat sekelian , saya tidak boleh lama melainkan sekadar melepaskan rindu bertandang . Justeru itu , selamat berjuang saya ucapkan buat semua yang tentunya cabaran dan ruang perjuangan pada hari yang dibawa kehadapan lebih mencabar dan sengit.

Amanah pula bertambah sementara tanggungjawab semakin sukar . Senario politik tanahair hari ini benar - benar meletakkan para pejuang islam dan aktivis kebenaran teruja menghadapinya.

Harapan saya , segalanya dapat diuruskan dengan jaya dan dipermudahkan Allah swt akan segala langkah serta usaha ke arah memartabatkan syiar agamaNya di muka bumi ini.

23 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ustaz tabahkan hati..moga dugaan ustaz dapat di hadapi dengan tenang..ustaz memberikan kami inspirasi dan tindak tanduk ustaz menjadi contoh ramai pemuda di kampus...takbir..teruskan berjuah..Jundi Ummah

8:54 AM

 
Blogger Pa'chik said...

Assalamualaikum ustaz,
tak pe ustaz, lain kali buleh lagi... serupa kata tok guru nik aziz, kira lawan pru ni, bukan macam main bola, habis setakat kalah, menang gitu je...

kalah pun kita terus berjuang, menang pun kita kena terus berjuang, selagi hidup, selagi ada nyawa...

semuga perjuangan kita diberkati dan diterima Allah...

11:10 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Kekadang kalah didunia itu lebih baik buat kita! Allah jua yg lebih mengetahui

8:14 AM

 
Anonymous Anonymous said...

takpe la..
kena kerja kuat lagi lepas ni..
kat pahang ni punca kalah sebab orang felda nak makan umpan najib.
maklumat2 tentang BA banyak yang dihalang untuk disampaikan kepada pengundi2..
walaupun kalah, tapi saya rasa macam dah nampak sinar cahaya untuk kegemilangan Islam di Pahang.. TAKBIR!!!

1:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salaam alaikum w.b.t... islam tidak pernah kalah, cuma kita akan sentisa diuji, ujian keimanan, kesabaran, kesungguhan, kemaintainan dsbnya. Apa yang masih kurang hendaklah dikaji selidik, mesti ada kelemahan di mana2, janji tidak pernah putus asa untuk melihat HUKUM ALLAH kembali tertegak di muka bumi!!

Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana. Tak boleh jalan tu guna jalan ni, selagi tak melanggar syariat. Nak kempen atau tarik orang mesti lah kita cakap apa yang orang suka. Seperti nak ajak orang solat, kalau kita makin hamun terlebih dahulu pada dia, makin berat lah mamat tu utk bersolat dan mesti panas telinga dia.

Maka tariklah dengan memberi ilmu pada dia, SABAR!!!!! tak perlu bergopoh, Nabi Nuh dakwah 900 tahun lebih tp segelintir sangat ikut dia, SABAR!!! Tetapi guna cara yang bijaksana, ceritakan banyak2 tentang HUKUM ISLAM, keindahan2 nya, bagi orang tertarik!!!! Psikologi kena guna!!!!!!!

Semoga perjuangan PAS akan berjaya mencapai matlamatnya dan semoga kita semua diberkati, dirahmati, diredhai dan diampuni oleh ALlah S.w.t ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!! :)

3:30 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Mujur tak menang, kalau tak ustaz akan terlibat dlm pemerintahan thaghut,

Semoga Allah Swt memberi kekuatan kepada kita semua untuk berkata TIDAK kepada THAGHUT !!

Kembali kepada Islam,
Kembali kepada aqidah,
Kembali kepada syariah,
Kembali hidup di bawah naungan khilafah !!

Allahuakbar !!

BULANMASA

2:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Tak berapa pasti pulak samada sdr bulan masa menjalani urusan kehidupan dapat terhindar drpd pemerintahan thaghut.

zamri

10:57 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Teringat kpd apa yg telah berlaku kepada saudara2 di Algeria (FIS),Turki (Refah) dan Palestin (Mamas).

Walauapapun, umat insyaallah akan terus bersama parti-parti Islam, tak kira apa nama dan di mana sahaja dimuka bumi ini.

Mengambil kata-kata Umar, kalau tak silap, kerana ada org seperti ini,amar makruf nahi mungkar, langit terus tegak.

Ustaz tetap dihormati dan di"geruni" pemerintahan thaghut BN walaupun berada diluar badan perundangan (dun / parlimen)!

bulanmasa

11:08 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Suara Rakyat pastikan bergema di Parlimen... Allahuakbar!!!!!!!!!


fosilmitra.blogspot.com

4:10 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salaaam. Saya hairan juga dengan perjuangan HT. memang bagus untuk tegakkan pemerintahan khilafah, tetapi kalau x ikut cara pilihanraya sekarang , nak ikut cara mana lagi? Nak berperang sesama islam? Dan kita perlu ingat, dalam Islam ada 4 sumber HUKUM, bukan hanya AlQuran dan Sunnah, tetapi mengapa HT tak mengikut Ijmak Ulamak yang ramai?

Apa lah salahnya bergabung dengan PAS, sesama Islam. Baru lah Islam akan kuat. Kalau masih nak memencilkan diri, mahu memecah belahkan kaum, tak takut ke di soal nanti? Ajak dengan cara bijaksana, bukan dengan cara yang kurang bijaksana.

HT sepatutnya menerima PAs, sebagai perjuangan awal ke arah menegakkan pemerintahan Khilafah, jangan terlalu ta'asub dan membangga diri. Merendah diri lah kita semua adalah hamba ALlah, kena kerja sama. Nabi dan sahabat pun kena kerjasama, itu lah kelebihan Nabi Muhammad S.a.w diutuskan bersama dengan sahabat. Dan nabi pun suruh ikut dia dengan sahabat.

Dah tahu dah kat Malaysia ni orang Islam ramai menerima PAS, maka kerjasamalah, jangan sombong. Ya wahai sahabat2 HT semua ya :)

1:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam buat hikmatun,

Tidak ikut demokrasi bukanlah bermakna kena berperang. Apa yg berlaku pd FIS di Algeria dulu memberi pengajaran kpd kita semua. Setelah dikhianati dlm pilihanraya demokrasi, FIS mengambil cara kekerasan. Apakah kesudahan daripada peristiwa tersebut ?

Dakwah yg benar, berdasarkan hujjah yg kuat yg digali dari al Quran, Sunnah, ijmak sahabat, qiyas mahupun dgn merujuk kpd ulamak muktabar, adalah tidak benar mengambil aturan kufur utk menegakkan Islam. Kaedah yg ditempuh oleh Rasulullah perjuangan pemikiran / intelektual dan politik serta tanpa kekerasan. Dan Nabi saw tidak melakukannya sendirian, tetapi dalam sebuah jamaah/kutlah @ parti politik.

Utk itu, first, Nabi membentuk sebuah kelompok terlebih dahulu. Hal ini dilakukan secara diam-diam selama lebih kurang 3 tahun, bermarkas di rumah al arqam bin abi arqam.

Setelah terbentuk sebuah kelompok yg solid dan benar-benar ready, Baginda menerima arahan utk berjuang secara terang-terangan. Target dalam fasa kedua ini adalah utk menyiapkan masyarakat bagi pelaksanaan sistem Islam @ penegakkan negara Islam. Utk itu masyarakat perlu difahamkan tentang Islam. Utk memahamkan Islam, kelompok ini perlu menerangkan Islam disamping mengkritik/menyerang kepercayaan dan amalan kufur/salah. Ini yg membuat masyarakat jahiliyah tidak tahan. Keadaan ini lebih panas lagi apabila target kedua dlm fasa kedua dakwah ini ialah memutuskan walak masyarakat thdp pemimpin yg sedang berkuasa.

Utk mendapatkan kuasa, baginda melakukan THALABUN NUSRAH, iaitu meminta sokongan dan dokongan dari pihak yg memiliki KEKUATAN dalam masyarakat utk menegakkan sistem Islam.

Akhirnya sekelompok org2 Madinah mahu menerima Islam, yg kemudian membawa kpd tertegakkanya Daulah Islam. Dgn demikian dakwah Islam telah memasuki fasa yg ketiga.

Dalam fasa ketiga, syariat dilaksanakan dan jihad keseluruh alam dilakukan tanpa henti. Inilah yg membuat Islam menjadi ideologi yg DOMINAN @ menang ke atas semua agama/pemikiran.ideologi. Jutaan manusia berbondong-bondong masuk Islam.

Demikianlah dakwah Rasul.

BULANMASE

9:03 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salaam alaikum w.b.t.. dan semoga anta sihat dan bahagia sentiasa wahai Anonymous. Terlebih dahulu saya mauh tanya anta, dalam Islam ada 4 sumber hukum bukan? Dan salah satunya adalah Ijmak Ulamak? Adakah anda sudah mengikut Ijmak Ulamak?

Kemudian anda aa pernah mendengar nabi suruh kita juga mengikut jejak para sahabat bukan? Then awak cuba kaji adakah cara sahabat kembangkan Islam di zaman mereka sama dengan zaman nabi?

Bagi saya, HT sepatutnya duduk semeja dengan PAS. "Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan berhikmah...." Anda semua sedia maklum, di Malaysia ini rakyat Islam semua majoriti sudah menerima PAS, maka jika anda tidak berunding dan berpakat dengan PAS, anda mahu berpakat dengan siapa lagi? Adakah anda tahu Haji Abdul Hadi Awang diikitiraf sebagai ulamak dunia atau bukan?

Dan saya mahu tanya, awak sekarang guna kereta atau motor tak? Awak guna komputer ke tak? Awak surf internet ni guna apa ya? Dan macam2 lagi. Jika anda takut pada cara taghut, saya nasihatkan anda jauhi belaka benda2 ini. Anda perlu tahu juga tentang bid'ah mana yang tak boleh.

Dan awak perlu tahu, PAS pun bukan setuju dengan demokrasi , pilihanraya2 ini semua, tetapi anda semua dikurniakan akal oleh ALLAH. Maka ini sahajalah cara untuk menghalang kezaliman dari berleluasa sekarang. Alternatif lain ada, iaitu menentang dengan parang atau Styre. Tetapi molek kah kita mengguna senjata begitu?

Dan cuba anda terangkan pemerintahan satu pemimpin yang macam mana awak semua mahu? Kalau x silap ambe, zaan khalifah2 dulu pun bernegara. Jika seorang pemimpin sahaja yang memerintah bagi seluruh dunia, larat ke dia? Hebat sangat kah dia? Kita mesti tahu kita semua ni insan yang lemah je.

Kita mesti ikut sunnah nabi, dan itu adalah amalan yang mulia di sisi ALlah. Tetapi ada kalanya kita tak boleh cuba lakukan apa yang nabi lakukan seperti kita tak ada mukjizat. Dan nabi boleh mengatakan seseorang itu ahli neraka atau syurga, kerana nabi sudah ditunjukkan oleh ALlah tempat orang itu nanti di mana> Sama juga Saidina Umar yang terus memenggal kepala seorang yahudi yang banyak mulut, kita tak tahu yang Saidina Umar tu sebenarnya kasyaf.

Sama juga kita digalakkan untuk mengikut sifat2 baik ALlah , tetapi kena ingat, ada jugak yang kita tak boleh ikut. Sombong itu selendang ALLAH. Maka adakah itu anda mahu ikut? Nabi boleh kata seseorang itu ahli neraka atau syurga. Anda pun mahu meletakkan seseorang itu ahli neraka atau syurga kah?

Berfikirlah dengan hati yang baik dan sayangkan manusia. Bukan mengikut kepala kita sahaja. Seperti jemaah tabligh yang pisahkan politik dengan agama. Tidak nampak kah anta bahawa kita ISlam sepatutnya lagi kuat tetapi menjadi bermacam2 firqah kerana masing2 berebut nak jadi ketua?

Diharap anda tidak fanatik terhadap sesuatu dan saya juga tidak fanatik dengan PAS. Saya hanya fanatik kepada ALLAH dan Rasulullah S.a.w. Dan adalah kita pelu guna akal kita dengan memilih cara terbaik. Kerana ALlah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kita sendiri yang merubahnya. wallahu a'lam :)

insyaALlah bersambung lagi .......

2:50 PM

 
Anonymous Anonymous said...

aa saya tertinggal. Dan awak perlu tahu, di zaman nabi tidak ada pilihanraya-pilihanraya ini. Maka dengan sebab itu nabi Muhammad S.a.w tidak mengikut pilihanraya. Dan jika awak mahu tahu, pilihanraya ni nama sahaja direka oleh barat, caranya sahaja direka oleh mereka. Tetapi awak kena tahu KONSEP pilihanraya ini. Pilihanraya ini konsepnya adalah pemilihan dari rakyat, ini bermakna dalam Islam pemimpin haruslah dipilih oleh rakyat. Maka adakah itu bertentangan dengan Islam? Fikirlah sedalamnya, jangan hanya jadi pak turut. Kerana islam selamanya tidak akan kuat selagi menjadi pak turut kepada manusia semata. Kita mesti berpandu pada Islam sama ada bercanggah atau tidak. Dan awak mesti tahu, HT bukannya maksum! Allahu akbar!!!!!!!!!

2:57 PM

 
Anonymous Anonymous said...

InsyaALlah kemunculan Imam Mahadi akan diketahui semua nanti. Mungkin ianya dala Hizbut Tahrir, mungkin bukan, semua itu kerja ALlah, dan semua itu akan terbongkar juga nanti. Cuma marilah kita guna cara yang bijaksana dalam berdakwah, bukan cara yang seperti dipengaruhi oleh barat, seperti mana segelintir jemaah Islam yang dipengaruhi oleh YAHUDI, untuk memecah belahkan sesama ISLAM. OK setakat ni dulu point bagi kali ini, ingatkan x ada dah tadi, ma'assalaaamah :)

3:02 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Semoga ustaz tidak keberatan "membiarkan" diskusi ini terus berlansung. Dari situ, saya yg "tidak maksum" ni boleh menge"check" benar dan salahnya pandangan yg saya pegang sbg benar. Mungkin pihak yg mengkritik ada pandangan yg lebih kuat, dgn demikian saya boleh meninggalkan pandangan tsbt.

Inilah yg membezakan konsep kebebasan bersuara dlm Islam dgn sekulerisme. Dlm Islam, kita dianjurkan saling memuhasabah antara satu sama lain. Tapi biasalah, kalau dipuji kita rasa seronok tetapi kalau dikritik, kita rasa tak selesa, apalagi jika teguran itu benar !

Sdra Hikmatun yg saya hormati,

Apabila saya mempertahankan KEBENARAN, bukan bermakna saya menyombongkan diri. Saya hanya memaparkan kebenaran yg didasarkan kpd nas baik al Quran, hadis dan sumber-sumber yg muktabar. Apapun pandangan ulamak mestilah selari dgn al quran & sunnah. Sebagai contoh, apabila ulamak azhar memuji pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia, betulkah dakwaan tsbt ?

Adakah sdra SOMBONG apabila sdra mempertahankan demokrasi sbg thariqah perjuangan menuju tegaknya negara berkebajikan ? Tentu sdra berkata TIDAK. Dan saya percaya sdra percaya tentu tidak demikian.

Tiada siapa patut menyombongkan diri atau saling menyombongkan diri. Pelbagai kelompok Islam tidak wajar menyombongkan diri thdp PAS dan PAS juga tidak patut menyombongkan diri thdp kumpulan Islam lain.

Dan jika sdra kata sdra BUKAN FANATIK, semoga sdra terbuka menerima pandangan yg lain jika terbukti pandangan tsbt lebih kuat hujjahnya berdasarkan al quran & sunnah. Seperti yg sdra katakan ;

"...Fikirlah sedalamnya, jangan hanya jadi pak turut. Kerana islam selamanya tidak akan kuat selagi menjadi pak turut kepada manusia semata. Kita mesti berpandu pada Islam sama ada bercanggah atau tidak..." Hikmatun.

Siapa kata kalau tak ikut kena guna parang ? Rasulullah Saw menegakkan daulah Islam tdk menggunakan cara kekerasan & kerajaan Thaksin dijatuhkan juga tidak menggunakan kekerasan dan banyak lagi conntoh. Kenapa Sdra Hikmatun membelenggu pemikiran sdra dgn demokrasi ? Kalau sdra tidak beriman kpd Demokrasi, kenapa sdra tdk boleh menerima cara-cara yg tidak demokratik ?

Sayang sangat sdra kpd demokrasi sehingga sangat marah jika ada muslim yg lain menjelaskan ada cara lain selain demokrasi. Sepatutnya BN & Bush yg melenting, bukan pejuang Islam spt sdra.

Kita menolak cara kekerasan bukan kerana kita takut Amerika marah, tetapi kerana Rasulullah Saw tidak menggunakan cara kekerasan. Pernah Abd Rahman Bin Auf mengadu kpd Rasulullah bahawa beliau & bbp sahabat lain dihormati semasa jahiliyah, tetapi setelah Muslim dicerca & dihina. tetapi Nabi kata," Sabar, kita diperintahkan utk menjadi pemaaf." Ertinya, dakwah utk menegakkan daulah Islam tdk boleh menggunakan cara-cara fizikal @ TIDAK DIBENARKAN guna cara "parang" mahupun "styre."

Dan ayat membenarkan perang (setelah hijrah ke Madinah) berbunyi, terjemahannya....dan telah diizinkan perang...'. Ini bererti, sebelum ini tidak diizinkan berperang dan kini telah diizinkan berperang.

Semua ini memberi petunjuk kpd kita bahawa THARIQAH utk menegakkan daulah Islam TIDAK BOLEH GUNA CARA KEKERASAN.

Sirah menunjukkan dakwah Nabi utk menegakkan Dauolah Islam berbentuk : PERTEMBUNGAN PEMIKIRAN, POLITIK & AMAL JAMA'EI.

Dalam Islam tiada PILIHANRAYA ?

Dalam Islam ada PILIHANRAYA. Perlantikan Uthman sbg khalifah adalah melalui piliyhanraya. Yg tiada dlm Islam ialah demokrasi, iaitu pemerintahan yg berdasarkan ideologi sekuler / kapitalisme.

Dalam bab imam mahdi saya tak nak komen banyak. Kita diperintahkan supaya berjuang menegakkan khilafah agar syariah dapat ditegakkan, bukan menunggu imam mahdi.

Sdra Hikmatun,
Siapa kata kita sekarang ini tiada mukjizat. Saya sangat percaya sekarang ini masih ada mukjizat. Dan saya percaya dgn mukjizat itulah daulah Islam akan berjaya didirikan.

Tahukah sdra bahawa bal Quran adlh mukjizat yg abadi. Tiada siapa sanggup membuat kitab seumpama al quran. Tidakkah ianya mukjizat ! Dgn memaparkan ayat-ayat al quran beserta maknanya, akan tampak jelas ketinggian & kebenaran al quran. Oleh itu saya percaya, perjuangan yg menggunakan cara2 yg hanya bersumber dari al Quran ( & sunnah), tanpa perlu merujuk kpd dari org kafir, Islam mampu berjaya.

Saat ini seruan kepada KHILAFAH telah bergema keserata dunia. Dari Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India, Krgysztan, Afghanistan, Tajikistan, Turkeministan, Xinjiang, Russia, Iraq,Kuwait, UAE, Palestin, Syiria, Lebanon, Sudan, Libya, Morocco, Mesir, Denmark dan Peranchis dan LONDON, siang dan malam umat Islam menyeru kepada penubuhan negara Khilafah.

Bilakah sdra dan jemaah yg sdra anggotai itu mahu bersama-sama jutaan umat Islam dlm perjuangan menegakkan khilafah ? Ayuh....marilah bersama-sama saudara kamu tsbt...semoga Allah Swt meridhai kita semua.

Bulanmasa

2:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam alaikum w.b.t.... Saya jugak mintak ijin dari ustaz utk terus bersembang di sini, bermuzakarah bertukar2 ilmu, jangan marah ustaz no hehe.

Anonymous kata: "Sebagai contoh, apabila ulamak azhar memuji pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia, betulkah dakwaan tsbt ?"

Islam Hadhari tu dah nyata bid'ah yang terbesar sekarang, hanya yang tak betul2 baca hadith nabi je yang masih ikut menda tu. So, x ada relevan dengan perbincangan kita di sini. Ulamak Azhar bukan maksum, dan kita perlu tahu, di universiti Azhar itu sendiri ada ramai lecturer YAHUDI. Tapi saya tak kata Azhar tak betul, jangan salah faham plak yer, tetapi tidak semuanya betul, itu maksud hamba :)

Saudara mengatakan hamba mempertahankan demokrasi? hehe bila masa pulak hamba pertahankan demokrasi? Cuba baca tulisan2 di blog hamba, ada kah hamba mempertahankan demokrasi? Selain dari hamba hanya ingin tengok HUKUM ALLAH yang ada dalam Quran dan Hadith tertegak. isy7 satu lagi hujjah saudara yang tak relevan, maafkan saya, pasal saya tak ada pun pendirian dalam demokras2i barat2 ni , sori :D

Tentang HT ni dah lama saya tahu. Saya pn ada beberapa kenala yang terlalu aktif dengan HT, Dan saya tahu perkembangannya lamaaa dah. Dan saya dah tengok belaka video2 nya kat Youtube tentang perkembangannnya. Apa yang hamba atau saya ni, nak tekankan di sini ialah, HT sepatutnya duduk semeja dengan PAS, itu sahaja. Dan bermuzakarah la dengan baik, mana yang tak betul tegur, itu tanggungjawab kita sebagai orang ISlam.

Tentang mukjizat tu hamba rasa saudara perlu baca baik2 apa yang saya tulis ya hehe, tenang saudara jangan gopoh. Saya tak kata mukjizat dah tiada terus, itu kerja ALLAH, dan AlQuran itu sebenarnya mukjizat. Apa yang saya maksudkan , kita niiii, diri kita ni. Kita hanya orang awwam. hanya para nabi yang dikurniakan mukjizat. Semoga anta faham maksud hamba tu.

Tentang pilihanraya tu pun hehe, anta ni pun. Maksud hamba, pilihanraya yang seperti sekarang la, dulu kaedahnya lain , sekarang lain kerana sekarang zaman moden, siap dengan komputer dan camam2 lagi tu. Tetapi konsepnya sama iaitu memilih pemimpin. Haa tau pun anta bahawa zaman sahabat ada pemilihan pemimpin yang seakan2 sekarang kan? Bagus tuu :)

Hamba cuma nak tambah di sini. Seperti mana kita tahu, dakwah yang pertama sekali nabi buat ialah DAKWAH TAUHID kan? Maknanya aqidah perlu kukuh dulu baru lah boleh jalankan syariat. Ya!! Benar sekali begitu, cuma kita perlu fikir, Islam dah berkembang di Malaysia berapa puluh tahun? Semakin kuat aqidah ke semakin goyah sekarang? Berapa ratus ribu dah umat islam di Malaysia ni MURTAD????

Maka masih tidak mahu ambil tindakan agresif lagi? Nak biarkan makin ramai yang akan MURTAD? Sedarlah wahai saudara2 sekelian, sekarang ini terlalu banyak MEDIA MASSA. Pengaruh TV dan radio sangat kuat sekarang dan hiburan melampau2 makin berleluasa. Kalau kita tak cuba untuk ambil alih pemerintahan sekarang nak tunggu bila. Nak tunggu malaikat datang bgtau kita? Ingatlah, Allah tak ubah nasib suatu kaum melainkan kita sendiri yang ubah. Maka kena gunalah kepandaian dan akal berpandukan kepada syariat. Maka di sini ISLAM perlu kuat! Bagaimana mahu kuat? Bergabung lah!!!!!! Itu jalan terbaik insyaAllah!!!!

Satu nasihat akhir, JEMAAH TABLIGH pun ada di serata dunia. Tetapi awak tahukah pengaruh dari manakah jemaah tabligh itu? Sehingga ada yang sanggup pisahkan agama dengan politik? Dan tidak hiraukan permasalahan negara? Tumpukan kepada fadhilat semata2, dan macam2 lagi lah, tak muat untuk dibahaskan di sini. Apa yang indah di mata tidak semestinya semua nya baik dan terbaik. Tetapi tapislah dengan akal dan iman berlandaskan syariat, insyaALlah. Maafkan hamba andai ada salah dan silap, kita semua INSAN = PELUPA. Kullu bani Aadam khattaa'uun, wa khoirul khotto'iin attawwabiiin"

Wallahu a'lam :)

2:56 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Satu sahaja nasihat akhir hamba untuk kali ini. Berhati-hatilah!! Kerana musuh ISlam selalu mencari jalan agar umat Islam BERPECAH BELAH dan bawak haluan masing2. Apabila masing2 bawak haluan masing2 dan tidak duduk semeja, maka mereka akan mudah membaham kita. Hati2 la wahai saudara2 ku semua. Allah ma'akum! Wa jazaakumullahu khoirol jazaa'. wallahu a'lam.

2:58 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam khususnya kpd ustaz and sdra hikmatun,

Musuh-musuh Islam sangat suka melihat umat Islam berpecah. eemmm...tidakkah demokrasi telah membuat umat Islam berpecah. Contohnya, sdra Hikmatun "membenci" org2 UMNO atau "membenci" org yg menolak thaghut demokrasi.

Bulanmasa
kzugm@yahoo.com

8:51 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salaam ya akhi Bulanmasa. hehe ya akhi, bila masa saya kata saya benci org UMNO eh? Isy7 mintak maaf saudara, Islam tidak mengajar kita untuk membenci manusia itu, tetapi hanya benci kepada maksiat yang dilakukan oleh manusia itu.

Saya tidak pernah membenci orang2 UMNO, apa lagi mereka yang seagama dengan saya, kerana mereka juga saudara saya. tetapi kerana saya sayang diri saya, keluarga, mereka dan keluarga mereka, pendek kata semua umat Islam dan manusia, maka itulah kita mesti berkata benar di hadapan mereka, agar kita tidak susah di kemudian hari nanti.

Apa lagi untuk saya membenci orang yang menlak taghut, na'uzubillah. Tidak pernah saya keluarkan kata-kata sebegitu, apa yang saya mahu, kita sesama ISlam duduk semeja, yang salah tegur tetapi bukan bawa haluan masing-masing, itu sahaja. Wallahu a'lam :)

6:22 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Kita diajar utk bersatu padu tetapi temanya ialah kebenaran dan keadilan. Bersatu utk agama yg benar

Adapun dgn kebathilan , kita diwajibkan berpecah. Tiada kompromi dlm kemungkaran dan maksiat . begitu juga tiada co-exist dgn ideologi yg bercanggah dgn islam

1:19 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam buat Ustaz dan semuanya,


Besok saya ada exam, jadi utk mengurangkan sedikit stress ni, izinkan saya bermadah ;

Kita perlu saling terbuka,
Saling menasihati,
Yg salah ditegur,
Yg benar disokong,

Yg kita cari bukan keakuan,
Yg lahir dari keegoan,

Yg kita cari kebenaran,
Agar diri tidak tersesat,
dalam mencari jalan pulang.



Bulanmasa

9:19 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salaaam. Syukron jaziilan ustaz atas jawapan ringkas tapi padat tu hehe.

Dan buat bulanmasa, selamat hadapi exam, selamat semuanya, alaika binnajaah insyaALlah.

Jazaakumullahu khoir, Allah ma'akum! :)

Just satu soalan ustaz, agak2 kalau PKR dapat ambil alih pemerintahan x lama lagi ni, bila agak2 nak ansur2 laksanakan HUDUD? Syukron :)

9:51 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Dulu dan kini,
Org2 UMNO serta para "ulamaknya" berhujah,
Tiada niat mereka meninggalkan Islam,
Baik aqidah mahupun hukumnya,
Cuma masa dan keadaan,
Demi menjaga keamanan & keharmonian,
Lantaran lemahnya pemahaman,
Demi kemaslahatan dan kebaikan,
Atas nama arahan Tuhan,
Maka tiadalah yg terbaik buat masa sekarang,
Sekadar bertangguh barang sebentar,
Lalu apakah bedanya nanti,
Jawapan dan pandangan,
Pakatan Rakyat kepada tuhan ?

BULANMASA
kzugm@yahoo.com

7:30 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home