" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, April 10, 2008

AYAH CHIK

Seluruh pencinta Islam tanahair tiba - tiba sugul dan keresahan berikutan berita kesihatan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi disiarkan oleh pihak TV3. Saya sendiri dihubungi oleh rakan - rakan dari Timur Tengah dan juga UK bagi mendapat maklumat mengenai Tuan Guru kesayangan mereka.


Saya yakin , tiada siapa yang hatinya tidak resah apabila pemimpin kesayangan mereka seperti Ayah Chik jatuh sakit. Malah saya sendiri tidak senang duduk memikirkan keadaan Ayah Chik. Beberapa buah masjid di Pahang ini telah mengadakan solat hajat agar Ayah Chik segera pulih seperti sediakala dan mampu kembali turun ke medan untuk terus memimpin PAKATAN .


Saat seperti ini barulah nyata kasih ummah kepada pemimpin mereka yang gigih berjuang mengharung jaring fitnah dan suka duka pengalaman berjuang.


Ilmu , bimbingan , kepimpinan dan sentuhannya sebagai ulama' sangat dinanti oleh setiap insan yang dahagakan petunjuk. Skil politiknya pula terkadang membuatkan musuh politiknya terpukau dan mati langkah .


Saya mula mengikuti perjuangan dan kepimpinan Ayah Chik sejak tahun 1983 yang lalu . masa tu saya baru berusia 13 tahun dan sedang menuntut di sekolah menengah Dato' Mahmud Mat Pekan Pahang


Pidato Ayah Chik yang bertaraf antarabangsa juga menjadi daya tarikan utama gerakan tajdid di tengah - tengah masyarakat yang dipengerahui oleh ideologi sekulerisme tebal pada waktu itu. Kepetahan berhujjah menjadikan tembok jahiliyyah moden itu akhirnya goyah.


Sembuhlah cepat Ayah Chik. Sehari Ayah Chik tiada di pentas perjuangan ini , membuatkan kami rindu dan risau . Pun begitu , rehatlah agar Ayah Chik segera sembuh dan kembali sihat seperti biasa . Amin Ya Rabbal A'lamin.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum Ust.

Sayu saya membaca artikel ini. Ntah kenapa rasa sugul dan kasih kepada Ayah Chik juga.

Saya tidak pernah berdepan dengannya, jauh lagi untuk saling mengenali dan berusrah dengannya.

Tapi, berita ini cukup menghimpit hati kecil saya. Sebak rasanya.

Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada beliau agar da'e kecil seperti kita ini mampu terus menimba ilmu dan pengalaman dari diri Ayah Chik yang kita tahu ketokohannya belakangan ini.

Amin Ya Allah...

ZAINULFAQAR YAACOB

10:40 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Syafahullah! semoga Allah segera menyembuhkan Ayah Chik dan mengizinkan beliau untuk terus berjuang...

2:03 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalaaamu alaikum w.b.t. Ulamak adalah pewaris nabi. Memang sedih jika pewaris nabi mengalami sakit. Apa lagi jika ingatkan hadith yang mengatakan akhir zaman ulamak akan dimatikan dan ilmu akan diangkat ke langit kembali, haaiizzzzzzz

Semoga Ayah Chik sembuh dan dapat berjuang bersama-sama kita semua untuk menegakkan diinul qoyyimah. amiin taqobbalallahu minna wa minkum

6:17 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home