USTAZ RIDUAN MOHD NOR
Petang tadi sebaik sahaja selesai mesyuarat , saya menerima senaskhah buku yang berjudul Makkal Sakhti Analisis Pilihanraya Umum ke 12 dari pengarangnya sendiri al Fadhil Ustaz Riduan Mohd Nor yang juga merupakan EXCO DPPP.
Dalam diam saya sangat mengkagumi tokoh EXCO DPP Pusat ini justeru kehebatannya mampu menghasilkan buku hampir 2 bulan sekali .
Malah keupayaan beliau menghasilkan buku pada setiap keluarannya mengatasi keupayaan pembaca, yang saya kira masih ramai yang belum sempat menghabiskan bacaan terhadap buku ustaz Riduan sebelumnya , kini terbit pula buku terbaru.
Satu kegigihan yang sangat perlu dan wajar dicontohi. Saya sering memberi perhatian kepada kesungguhan dan ketekunan Yb. Salahuddin Ayub selaku Ketua DPPP dalam membaca dan mentelaah buku - buku terbaru . Malah beliau pada setiap kali mesyuarat bulanan pemuda PAS Pusat pasti akan membawa sebuah buku baru yang sedang dibacanya dan setiap kali itu pula beliau akan kempen dan menasihati supaya semua exco pemuda menghabiskan bacaan sekurang - kurangnya sebuah buku baru sebulan.
Apa yang uniknya , Ustaz Riduan bukan membaca sebuah buku baru setiap bulan tetapi hampir berjaya menghasil dan menerbitkan sebuah buku baru pada setiap bulan .
Bagi rakan - rakan , usahkan nak membaca buku - buku baru ustaz Riduan , tolong menjualkan buku - buku beliau sahaja , belum sempat habis yang lama sudah keluar buku baru . Pendek kata , keupayaan beliau tidak terkejar oleh yang lain.
Kesempatan ini , sempena menerima cenderamata dari Ustaz Riduan berupa buku terbarunya yang bertajuk Makkal Sakhti , saya ingin mengucapkan tahniah malah tidak keterlaluan kalau saya mewakili DPPP merakamkan penghargaan kepada Ustaz Riduan yang saya kira boleh menjadi contoh yang baik kepada rakan - rakan seperjuangan yang lain.
Sekarang saya sedang membaca buku Makkal Sakhti , saya percaya ( sebagaimana apa yang berlaku sebelum ini ) belum sempat saya habiskan buku Makkal Sakhti ini Ustaz Riduan Sakhti akan menghasilkan sebuah lagi buku baru .
Bila lah saya juga mampu mendapat kesaktian seperti itu ?
5 Comments:
Teruskan perjuangan wahai Ust Ridwan, kelebihan yg ada pada anta sebagai penulis yg x kenal erti rugi dan penat sgt2 diperlukan oleh kita semua
11:22 AM
ssalamualaikum wbt
Perjuangan hendaklah diteruskan..
Sekian, Terima kasih.
http://www.teman-islam.blogspot.com
1:08 AM
http://pasbaru.blogspot.com/
Pasbaru adalah sebuah laman blog yang ditulis untuk membetulkan sikap pemimpin Parti PAS yang ada sekarang, yang bersikap acuh-tidak-acuh dalam perjuangan memartabatkan Islam dan banyak perlakuan mereka menoleh kepala kepada urusan dunia, terutamanya semenjak kemenangan besar Pakatan Rakyat. Semoga kritikan dari luar ini dapat mengubah sikap dan pendirian anggota dan parti PAS ke landasan yang benar, yang diredai oleh Allah.
7:04 PM
Saya masih ingat 8 tahun dulu (walaupun Ustaz Riduan tak kenal saya), semasa saya menjadi pelajar ijazah dan PhD di Universiti Malaya melihat kegigihan Ustaz Riduan memperjuangkan Islam. Tapi yang masih lagi segar dalam ingatan ialah melihat Ustaz Riduan memjual kuih dari kantin-kantin sekolah sekitar KL. Sedangkan mungkin kawan2nya yg lain dah jadi guru dan hidup selesa sekarang, tp Ustaz Riduan memilih jalan penuh perjuangan. Biar lambat memcapai kejayaan, yg penting istiqamah!
11:09 PM
sewaktu ana sedang menunggu untuk servis kenderaan di sebuah pusat servis kereta,ana terpandang seseorang sedang membaca buku makkal sakti ini. Ana tak sempat bertanya siapakah pengarang buku tersebut. Ana akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan buku ini. tapi belum berkesempatan.
2:59 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home