" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, May 08, 2008

Negara rugi RM140 bilion
dalam tempoh dua bulan
- Salahuddin Ayub

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kejatuhan saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) semenjak awal tahun ini sehingga mencecah kemerosotan melebihi 200 mata.

Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Harakahdaily berpendapat faktor utama kejatuhan saham di BSKL ini adalah berpunca daripada ketidakyakinan para pelabur ekoran kedudukan kerajaan yang tidak stabil selepas pilihan raya umum ke-12.

"Selain faktor kegagalan BN mempertahankan majoriti dua pertiga, isu yang lebih besar daripada itu adalah ketidakyakinan ahli-ahli Umno terhadap kepemimpinan Presidennya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

Menurutnya, semenjak 9 Mac lalu ahli-ahli Umno di pelbagai peringkat mengkritik secara terbuka kepemimpinan Abdullah malah sebahagian besar daripadanya mendesak supaya Presiden Umno itu berundur daripada jawatan Perdana Menteri yang sedang disandang.

"Pergolakan ini kemudian memberi kesan yang lebih teruk kepada keyakinan pelabur apabila dasar-dasar kerajaan BN yang tidak demokratik dikenakan ke atas negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

"Pada masa yang sama rakyat dan pelabur sudah berasa jelek dengan kegagalan kerajaan BN dalam mewujudkan integriti dan kebebasan apabila peningkatan indeks rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan sudah menyamai peningkatan inflasi yang sedang melanda hari ini," katanya lagi.

Tegasnya,implikasi hal tersebut mengakibatkan indeks BSKL telah menerima kesan yang parah dan mula mengalami kejatuhan mendadak dan besar dalam tempoh yang singkat.

Januari lalu, BSKL mencatat 1,445 mata, tetapi telah merosot kepada 1,227 mata pada April lalu.

Para penganalisis saham mengatakan nilai bagi satu mata di BSKL mewakili kira-kira RM770 juta. "Ini bermakna, dalam tempoh dua bulan, negara telah kerugian besar sekitar RM140 bilion," ujarnya.

Pemuda PAS ujarnya, melahirkan kebimbangan sekiranya kerajaan BN cuba menyembunyikan fakta mengenai kejatuhan saham ini dengan menggunakan dana-dana awam yang dipaksa untuk menyuntik semula dana bagi memulihkan BSKL.

"Ketika negara mengalami kegawatan ekonomi pada 1998 dahulu, berbilion wang rakyat telah disalahgunakan untuk membail-out syarikat-syarikat kroni bagi mengelakkan mereka bankrap.

"Dan tidak mustahil jika dana-dana awam seperti KWSP, LUTH, KWSG, PNB dan sebagainya akan dipaksa untuk 'menjaga imej' BN dengan menyuntik berbilion wang ke BSKL," jelasnya lagi.

Tambahnya, Pemuda PAS tidak melihat cara yang paling efektif untuk memulihkan BSKL melainkan kerajaan BN mengundurkan diri dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Pakatan Rakyat.

"Abdullah mesti meletakkan jawatan dengan segera untuk membolehkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan berintegriti ditubuhkan bagi membina semula keyakinan rakyat dan pelabur," demikian ujarnya.

Dengan keyakinan ini, beliau percaya indeks BSKL dapat dipertingkatkan semula dan kerugian tersebut dapat diatasi dengan segera. - mks.

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tulis sendiri lah bang jng copy paste

9:41 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Laa

1:08 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

This comment has been removed by the author.

1:12 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Itukan kenyataan Ketua Dewan Pemuda , so saya ingat ia utk disebarkan , maka saya sebarkanlah disini utk bacaan semua . sebab saya pun anggota dewan pemuda PAS Pusat .

1:20 AM

 
Blogger ketam said...

Assalamualaikum,

Saya ingin memohon penerangan daripada pihak saudara bagaimana pemberian RM1,500 minima gaji dapat menaikkan ekonomi rakyat,sedangkan pada waktu ini gaji yang di war-warkan rendah pun banyak syarikat multinasional sudah berpindah operasi mereka ke negara CHINA? Harap saudara dapat memperjelaskan hal ini supaya senang saya memahaminya.

Wassalam
Azly
ketam761@yahoo.com

1:13 PM

 
Blogger ketam said...

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan saudara naik turun di BSKL melibatkan pengambilan untung dan juga dipengaruhi oleh pasaran dunia.Harap saudara dapat buat analisa dengan pasaran dinegara asia juga dan tanya pakar ekonomi dalam PAS.Jangan buat ulasan hanya bertujuan untuk memburukkan orang lain. Walaupun saya tidak sokong kerajaan sekarang jangan pula kita menunjukkan kebodohan kita sendiri.
Harap saudara dapat menerima teguran saya ini.

Wassalam

1:16 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home