" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, May 04, 2008

TEGAKKAN KETUANAN ISLAM

Ironisnya situasi pasca PRU 12 ini apabila pelbagai pihak cuba menjadi juara dalam menangani isu Perpaduan Melayu . Kononnya melayu dilihat terhimpit dan kian terhakis . Keputusan pilihanraya umum baru - baru ini dianggap sebagai indeks yang menunjuk aras kedudukan melayu masa kini .

Kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum yang lalu khasnya di 5 buah negeri yang kini dikuasai oleh PAKATAN dianggap sebagai kejatuhan dan kemusnahan bangsa melayu .

Saya nyata sangat tidak bersetuju dengan tanggapan sedemikian , sebaliknya melihat bahawa ini adalah usaha UMNO dan BN untuk menutup atau melindungi aib mereka lantaran kalah teruk dalam PRU 12 tempoh lalu . Menyembunyikan kegagalan mereka ( sehingga kini antara mereka masih bertelagah dalam menuding antara satu sama lain agar mengambil tanggungjawab atas kekalahan mereka ) lalu menganggap melayu dan ketuanannya kini lemah dan tercabar .

Bertolak dari isu yang mereka cipta , gelombang kebangkitan dan pemulihan ketuanan melayu mula digerakkan . Pada mereka apabila UMNO kalah maka melayu kalah . Walhal UMNO tidak lagi dilihat mewakili orang melayu sebaliknya perjuangan UMNO lebih tertumpu kepada golongan elit dan kroni para pemimpin mereka sebagaimana ianya diakui oleh Tengku Razaliegh Hamzah .

Mereka mula menjual muka untuk mencari simpati rakyat dalam usaha memulihkan keyakinan mereka terhadap prestasi yang buruk dalam PRU 12 lalu dengan menjadikan isu Ketuanan Melayu sebagai perangkap .

Sebagai rakyat berbangsa melayu , saya bangga dengan bangsa saya dan saya bangga menjadi melayu . Saya juga mahukan bangsa saya hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi .

Tetapi UMNO tidak layak untuk bercakap soal melayu apalagi untuk bercakap soal ketuanan melayu . Selain daripada UMNO adalah sebuah parti perkauman dan hanya bercakap soal melayu dengan bahang api perkauman dikala mereka tersepit dan kalah seperti ini , UMNO lebih dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan perosak anak bangsa sendiri .

Sejarah tidak mungkin dapat melupakan tindakan "jahat" UMNO menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan al Quran . Implikasinya , generasi ini membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi dan mereka mula terpesong dengan menjebakkan diri secara mudah dalam kancah maksiat dan mungkar .

UMNO mungkin tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri apabila bertindak "bodoh" demi mengekalkan kuasa mereka , dalam kesempatan membentuk persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi sessi penggal 2003/2004 tidak menambah langsung kerusi parlimen di kawasan majoriti melayu seperti Kedah , Perlis , Terengganu dan Kelantan berasaskan kebimbangan pihak PAS akan menang besar dalam pilihanraya .

Samalah sebagaimana UMNO "mendera" rakyat yang rata - ratanya berbangsa melayu di negeri Terengganu dangan merampas Royalti minyak petroleum Terengganu sedang mereka membayarnya untuk Sabah dan Serawak .

Menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu berasaskan "dendam" politik di zaman PAS menguasai negeri tersebut turut dilihat sebagai jenayah UMNO terhadap bangsa melayu .

Bertambah parah apabila UMNO kelihatan nekad membantai dan membelasah orang melayu yang rata - rata beragama Islam apabila mereka meruntuhkan institusi ibadah orang melayu yang beragama Islam seperti masjid dan surau dan ini berlaku di Kg. Bujal Terengganu , Kampung Berembang di Ampang , Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi dan demikian mereka mengunci surau dan masjid seperti apa yang berlaku kepada surau seksyen 18 di Shah Alam dan lainnya.

UMNO juga bertanggungjawab memberi tekanan ke atas sekolah agama rakyat (SAR) dengan tidak lagi memberi bantuan perkapita kepada sekolah - sekolah agama milik rakyat yang umumnya pelajar SAR ini adalah orang - orang melayu yang beragama Islam sehingga akhirnya sebahagian SAR rebah menyembah bumi dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik untuk mebekalkan ilmu agama kepada rakyat.

Tiada siapa yang dapat memaafkan UMNO apabila mereka menangkap dan memenjara malah menyeksa pemimpin - pemimpin melayu terutama daripada PAS hanya kerana mereka menentang UMNO dalam sebuah negara demokrasi . Pula tidak pernah mereka membicarakan para pemimpin melayu yang mereka tahan secara adil di mahkamah sebaliknya menggunakan akta draconian ISA untuk kepentingan atau survival kuasa politik mereka .

Pemimpin UMNO mengambil kesempatan di atas mandat undi rakyat untuk mengautkan keuntungan membina empayar dan kemewahan keluarga dan kroni mereka bertaraf million ringgit , sementara rakyat khasnya yang berbangsa melayu terus melarat sehingga masih ada kampung melayu dalam negeri maju di negara ini di sampai elektrik dan air.

Bila UMNO menjaga melayu ? lihat aksi mereka menjelang pilihanraya . Sasaran mereka ialah Kelantan yang Menteri Besar dan Exco serta rakyatnya majoriti melayu . Mereka dera Kelantan lebih 17 tahun hanya kerana semata - mata Kelantan menolak kepimpinan UMNO . Sedang mereka tidak peduli nasib orang melayu di Pulau Pinang yang pernah disebut oleh Tun Dr. Mahathir bagai berada di zaman perang dunia kedua. Mereka juga tidak ambil endah kesan ke atas orang melayu di Johor dengan projek Pembangunan Wilayah Iskandar apabila mereka membuka kawasan itu kepada Singapura .

Melayu mana yang UMNO jaga ? Melayu mana yang UMNO peduli ?

Apalagi melayu yang tinggal pada UMNO melainkan hanya tahu menghunus keris di saban mesyuarat agong mereka tetapi penakut dan bacul terhadap tekanan kuasa luar terutama yang membabitkan isu ummat Islam biarpun UMNO melalui presidennya pernah diberi penghormatan menjadi pengerusi OIC .

Paling ringan "azab" yang bakal UMNO terima ialah melalui dosanya memaksa pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris . Hari ni barulah mereka bertelagah dan saling mempersoalkan sesama sendiri atas kewajaran mengekalkan pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris . Bila UMNO pertahankan bahasa melayu bahasa ibunda ?

Entahlah , saya naik jelak apabila UMNO cuba bercakap soal melayu . Melayu yang mereka tindas dan khianati . UMNO menikam melayu dari belakang kemudian berlagak nak bercakap soal melayu .

Kalau dulu mungkin masyarakat mudah terpedaya dengan lakonan hebat para pemimpin opurtunis UMNO ini tetapi tidak pada kali ini . Ini adalah zaman bloggers dan websiters bukan zaman pengampu dan pengipas.

Pada saya UMNO hilang kelayakkan dan langsung tidak punya authority untuk bercakap soal melayu yang telah dikhianatinya.

Kalaulah ada sedikit peluang untuk UMNO bermuhasabah dan bertaubat dengan taubat nasuha , UMNO terlebih dahulu mengikis buang segala daki perkauman dan sikap opurtunis mereka sebelum mereka nak bercakap soal melayu .

KETUANAN ISLAM.

Soal bangsa boleh diperjuangkan tetapi tidak dengan semangat perkauman tetapi atas semangat agama yang penuh toleransi dan saling menghormati antara agama dan bangsa .

Agama Islam mengizinkan kita kasihkan bangsa tetapi tidak menghela kepada semangat perkauman sehingga bersikap prejudis terhadap kaum bangsa lain . Justeru itu , Ketuanan Islam wajar diperjuangkan . Islam selamat maka bangsa akan selamat .

Islam adalah agama yang tidak meletakkan warna kulit dan bahasa lidah sebagai kualiti dalam sistem nilainya , tetapi merujuk kepada taqwa dan ketundukkannya kepada Allah Tuhan yang mencipta alam ini.

Dalam khutbah al wada' ( dari Jabir bin Abdullah rha. ) Nabi saw. pernah bersabda :

يأيها الناس ألا إن ربكم واحد ألا إن أباكم واحد ألا لا فضل لعربي على أعجمي و لا لعجمي على عربي و لا لأسود على أحمر و لا أحمر على أسود إلا بالتقوى إن أكرمكم عند الله أتقاكم

Maksudnya : Wahai manusia ! Ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu . Sesungguhnya bapa kamu adalah satu . Ketahuilah ! Tiada kelebihan bagi Arab mengatasi bukan Arab dan tiada ( kelebihan ) bukan Arab mengatasi Arab dan demikian tiada ( kelebihan ) sikulit hitam mengatasi sikulit merah dan tiada ( kelebihan ) sikulit merah mengatasi sikulit hitam kecuali dengan TAQWA . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu .

Al Bukhari Jilid 1 . M/s 131 : Hadis no : 1652

Demikian membawa maksud yang sama , Allah berfirman di dalam surah al Hujurat ayat 13 bahawa Ia mencipta manusia yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan malah berpuak - puak dengan pelbagai suku kaum untuk mereka saling kenal mengenal ( berinteraksi dan bekerjasama ) antara satu sama lain dan kemuliaan melalui sistem nilai Ilahi ialah kepada mereka yang paling bertaqwa kepadanya .

Islam membatasi isu perkauman dan sangat menghormatinya malah Islam telah menetapkan dasar tidak sekali - kali boleh kita memaksa orang lain memeluk ajaran Islam termasuklah menghina tuhan - tuhan mereka .

Ini sebahagian adab dan prinsip Islam yang berjaya meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang sesuai untuk semua dan sangat toleransi dengan semua kecuali terhadap mereka yang menghina dan memeranginya.

Alhamdulillah , perkembangan semasa hari ini memperlihatkan sedikit demi sedikit tembok perkauman ini runtuh dan ia membuka ruang yang lebar untuk semua pihak menilai Islam dari dekat tanpa sebarang halangan besar .

Sekurang - kurangnya mereka akan memahami bahawa apa yang dilontar oleh barat selama ini adalah tidak lebih sekadar satu tohmahan jahat dan liar terhadap Islam .

Islam sebenarnya tidak asing kepada semua bangsa dalam negara kita . Islam terlebih dahulu sampai ke negera China berbanding Malaysia demikian juga India yang lebih awal menerima kemasukan Islam ke negara mereka . Melayu ternyata jauh lebih lewat menerima Islam berbanding China dan India .

Islam mengajar elemen yang suci dan baik serta menghormati perbezaan agama dan budaya . Lantaran itu , Islam andai diberi peluang , mampu meletakkan negara yang pelbagai kaum ini berada dalam satu hubungan raya antara kaum dan bangsa yang harmonis dan selamat . Tiada siapa yang akan dinafikan haq apalagi disakiti oleh pemimpinnya tanpa haq.

Lihat sajalah kepada 2 prinsip dan dasar kepimpinan Islam dalam isu hubungan antara kaum dan hak persamaan mereka dalam sebuah negara Islam , sebagai contoh saya perlihatkan :

Pertama kenyataan Saidina Abu Bakar as - Siddiq pada hari baginda dibaiah atau dilantik menjadi Ketua Pemerintah :

إني وليت عليكم و لست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و إن أسأت فقوموني الصدق الأمانة و الكذب الخيانة القوي فيكم ضعيف عندي حتى آخذ حق منه و الضعيف فيكم قوي عندي حتى آخذ حق له

Sesungguhnya akhu dilantik menjadi pemimpin kamu sedang aku bukanlah yang terbaik dikalanmgan kamu . Justeru itu , jika berlaku adil maka bantulah aku dan jika aku menyeleweng maka perbetulkan aku . Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat . Orang kuat pada kamu adalah lemah padaku sehingga aku boleh mengambil suatu yang hak daripadanya sementara orang lemah pada kamu adalah kuat padaku sehingga aku mengembalikan haknya.

Kedua dapat dilihat melalui sikap Nabi saw. terhadap non muslim yang sedia berada dibawah pemerintahan Islam yang disebut sebagai kafir zimmi . :

من آذى ذميا فقد آذاني

Barang siapa yang menyakiti non muslim yang berada di bawah pemerintahan Islam ( zimmi ) maka ia telah menyakiti diriku .

8 Comments:

Blogger Kijar said...

See Please Here

9:52 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Kita patut berkempen utk meleburkan semua bentuk asobiyyah
termasuk sempadan geografi Malaysia

Kesatuan ummah
Tak kira bangsa tak kira bahasa
Bukan Malaysia,bukan Indonesia
Bukan India, bukan Pakistan
JUga bukan Arab Saudi dan lain-lain

Tetapi khilafah Islamiyyah

4:44 PM

 
Anonymous Hikmatun said...

Salaam alaikum w.b.t... Mabruk buat Ustaz Nasruddin kerana mengarang artikel ketuanan ini. Dan ketuanan ISLAM lah is the best!

Saya nak tanya ustaz berkenaan artikel ini

Pemberontakan syiar kaum khawarij

Dan byk artikel2 sebegini dalam internet ni yang menuduh PAS pun sama dengan puak Khawarij. Boleh kah ustaz jawab berkenaan hal ini? TQ

Dan dalam artikel tadi juga ada menuduh HIZBUT TAHRIR pun mengikut style Khawarij juga. Maka kepada siapa2 pengikut HT, sila berikan komen anda sama di sini. Wallahu a'lam :)

6:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Waktu belajar kat "ober si" dulu, maksudnye kat luar malaysialah, ada segolongan ummat Islam yg mendakwa hanya merekalah golongan ahlus sunnah waljamaah. Aliran ni ada jugak kat malaysia rupenye. Ketika mereka merujuk kpd ulamak salaf, mereka tak tahu org lain merujuk kpd ulamak salaf. Tapi nak buat camna, hanya tu yg cikgu mereka ajar....ikut je lah.

Pd suatu Ahad, mereka buat suatu ijtimak yg secara khusus mengecam as Syahid hassan al banna. Hampir semua kata-kata buruk dan keji ditujukan kpd as syahid hassan al banna. Astaghfirullah....mengucap besar saya. Walaupun saya tak sealiran dgn jamaah berfikrah hassan al banna ni, saya tak leh terima kata-kata nista tsbt. Walhasil, saya dan rakan tak sanggup bersolat zuhur berimamkan org yg celupar spt ini.

Minggu berikutnya mereka buat tabligh akbar lagi. Sekeliling kota mereka sebarkan poster promosi tabligh akbar tsbt yg secara khusus membincangkan satu lagi aliran dalam pergerakan Islam dunia : Hizbut Tahrir. Sekali lagi, segala kata-kata nista dan keji keluar dari kelompok ini. Menariknya, terjadi perdebatan antara salah seorg penserta muda tabligh akbar tsbt. Org berkenaan secara terbuka membela hizbut tahrir walaupun dia bukanlah ahli hizbut tahrir. Katanya, saya kenal hizbut tahrir, mereka bukanlah spt yg anda tuduh.

Org yg suka menuduh gerakan Islam sbg khawarij ni, tidak pula mengkritik atau mencela pemerintahan sekuler yg terang-terangan berhukum dgn hukum kufur. Alasan mereka, wajib taat kpd pemimpin.

Bagi saya, mereka menghafal dalil-dalil tetapi tidak memahami dalil-dalil berkenaan.

Saya tidak setuju dgn mereka tetapi tidak pula membenci mereka. Sekian.

Bulanmasa.

6:07 PM

 
Anonymous Hikmatun said...

Salaaam. Mmm cantik wahai saudaraku bulanmasa. Maka boleh kah saudara sertakan dalil2 untuk menyangkal hujjah mereka yang menuduh jemaah yang memperjuangkan Islam sebagai KHAWARIJ?? kerana anda pun sedia maklum, mereka pun menyertakan dalil2 dari hadith tu :)

6:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Mereka yg menuduh pelbagai gerakan Islam, samada Ikhwanul Muslimin, PAS, HT dan sebagainya khawarij kerana menentang pemerintahan yg sedia ada. Sedangkan pemerintahan yg sedia ada sekarang menurut mereka SAH menurut hukum syarak,maka org yg menentangnya adlah khawarij, walaupun pelbagai gerakan Islamn di atas sama sekali tidak menggunakan cara-cara kekerasan ! Sebagai contoh, satu dunia tahu bahawa PAS dan HT tidak menggunakan kaedah kekerasan utk menegakkan daulah Islam.

Persoalannya, adakah pemerintahan saat ini adalah pemerintahan Islam, sehingga HARAM menentang mereka ?

Bulanmasa

2:01 PM

 
Anonymous Hikmatun said...

Salaaam. Setuju dengan pendapat anda wahai Bulanmasa. PAS dan HT cuba dengan cara berhikmah dan mengikut undang2, tidak relevan langsung dengan puak KHAWARIJ. Jazaakallahu khoir :)

3:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam buat Hikmatun,

Berdakwah ikut hukum syarak,
Undang-undang buatan manusia......jgn ambil kira sangat kak !

Selamat berjuang

4:45 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home