" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, April 25, 2008

MEMBANTAH SIKAP KERAJAAN MENGIZINKAN
2 RAKYAT ISRAEL MEMASUKI MALAYSIA.


Hari ini , sekali lagi Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Lajnah Antarabangsa PAS Pusat menyertai Gabungan Ngo's Yang Memperjuangkan Pembebasan Palestine menyerahkan memorundum kepada Yb. Menteri Dalam Negeri bagi membantah sikap dan langkah kerajaan mengizinkan 2 rakyat Israel bersama pasukan bolasepak Chelsea memasuki negara kita .


Sungguhpun pelbagai pihak merasakan bahawa soal politik janganlah dicampur adukkan dengan sukan dan apalah salahnya pasukan Chelsea yang mana jurulatih dan salah seorang pemainnya berkerakyatan Israel dibenarkan masuk ke Malaysia ?


Pada saya , persoalannya ialah sentimen ummat Islam , khasnya rakyat Gaza yang sedang dikepong dan dizalimi oleh Israel sama sekali membentuk sikap tegas kita terhadap Israel.


Israel tidak pernah tahu membezakan antara politik , sosial , ekonomi mahupun sukan . Kepada mereka ummat Islam mestilah diperangi habis - habisan . Kenapa kita mesti memejamkan mata terhadap Israel semata - mata mereka datang di atas nama sukan .


Perlu disedari bahawa yang kita bantah ini ialah penyertaan 2 rakyat Israel bersama pasukan Chelsea ke Malaysia . Bukan membantah kehadhiran pasukan Chelsea ke Malaysia untuk bermain bola. Jika Chelsea boleh mengenepikan Jurulatih dan pemain yang berkerakyatan Israel tersebut daripada hadhir ke Malaysia , maka tiada masaalah untuk Chelsea datang ke Malaysia.


Pihak kerajaan wajar meletak syarat tersebut . Chelsea boleh datang dengan penolong jurulatihnya ( tanpa jurulatih ) dan semua pemainnya ( tanpa pemain Israelnya ) .


Bantahan ini sebenarnya tidaklah asing biarpun ia berkait dengan isu sukan , sebagai contoh apabila kita melihat China yang berkonfrantasi dengan Tibet akhirnya membawa kesan kepada penganjuran sukan olimpik di Beijing pada kali ini apabila terdapat pelbagai bantahan di seluruh dunia terhadap sikap China terhadap Tibet . Sedangkan apalah kaitannya sukan olimpik dengan krisis politik antara China dengan Tibet .


Demikian Amerika pernah memboikot olimpik di Moscow apabila soviet menduduki Afghanistan .


Apa yang ingin saya gambarkan disini ialah sukan dan politik nyata tidak terpisah , apatah lagi ia melibatkan soal maruah ummat Islam. Kerajaan Malaysia sewajarnya menghalang atau tidak membenarkan kehadhiran 2 rakyat Israel ke Malaysia sebagai satu protes dan tekanan ke atas Israel terhadap apa yang telah mereka lakukan kepada Ummat Islam di Palestine.


Memorundum telah diserahkan oleh Cikgu Azmi dari Teras sebagai salah sebuah anggota Gabungan Ngo's yang memperjuangkan pembebasan Palestine.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam sakhti,
Kalau benar UMNO memperjuangkan Islam dan kalau benar pemimpin UMNO itu ada secebis iman dalam hatinya, mereka pasti akan berfikir dua kali untuk terus berdegil.

Maaf ustaz, 'teratak usang' UMNO sememangnya dah hampir roboh, ibarat kereta buruk yang bakal dihantar ke tempat pelupusan sampah bila-bila masa sahaja.

3:21 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Sokong pendirian menolak kehadiran 2 rakyat Israel.

Ingatlah wahai pemimpin sekuler, ummat Islam dihalang daripada menunaikan solat di masjidnya sendiri masjid al aqsa.

Salahkah kita bersikap tegas dalam hal ini?

Selagi kita tdk ada pendirian yg jelas, sampai bila-bila org kafir akan pijak kepala.

Jangan lupa di negara kita....Karpal Singh,
Saya berpendapat, teguran tegas perlu dibuat agar tidak terus celupar.

4:09 PM

 
Blogger Unknown said...

Pemboikotan bermakna kita miliki prinsip.'Besi lemah tidak patah'.
Wajar juga dinyatakan pendirian kita terhadap syarikat/firma mereka yang berkongsi pendapatan dari pembelian kita sebagai pengguna di tanah air ini.

10:11 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home