" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, April 23, 2008

DEWAN PEMUDA PAS
MENGECAM PEMBUNUHAN 11 ULAMA DI SOMALIA

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), hari ini tampil mengemukakan bantahan terhadap tindakan kejam tentera Ethiopia (Habsyah) dalam tragedi penyembelihan 11 orang Ulama di Masjid Al-Hidayah, Mogadishu negara Somalia pada 21 April 2008 baru-baru ini. Surat bantahan berkenaan diserahkan kepada wakil PBB di Malaysia, Asfaazam Kasbani


Dalam taklimat ringkas Asfaazam, beliau menyatakan bahawa DPPP adalah organisasi pertama yang tampil membuat bantahan terhadap isu ini yang nampaknya dipandang sepi oleh negara-negara OIC.


Asfaazam juga menyatakan bahawa krisis antara tentera Kerajaan Somalia dan tentera dari negara Ethiopia telah berlarutan hingga menyebabkan lebih 80 orang awam termasuk 11 ulama terbunuh. Dalam kejadian di Masjid Al-Hidayah seramai 21 orang pelajar turut ditangkap oleh tentera Ethiopia tetapi masih belum diketahui nasib mereka.

Tragedi ini adalah satu perkara yang serius dan PBB sebagai pertubuhan antarabangsa harus mengambil tindakan segera agar krisis ini tidak berpanjangan.

Pembunuhan 11 Ulama dari Jamaah Sufi Tabligh termasuk pemimpin mereka Sheikh Saed Yehia adalah sesuatu yang sukar diterima kerana mereka hanyalah orang awam yang tidak berdosa dan tidak terlibat dalam pergolakkan politik yang kian meruncing itu.

Badan-badan NGOs dan Organisasi besar dunia seperti PBB, OIC dan lainnya diseru agar tampil membela nasib umat Islam di Somalia.

Kekejaman yang berlaku mengambarkan seolah-olah suatu usaha ke arah pembersihan etnik sedang berlaku di mana tentera Kristian dari Negara Ethiopia boleh sewenang-wenangnya datang ke somalia menyembelih umat Islam di negara berkenaan.


Tekanan harus diberikan kepada Kerajaan Ethiopia agar menghentikan gerakkan ketenteraan ke Somalia.

Asfaazam dalam jawapan ringkasnya berjanji akan menyampaikan memorandum berkenaan kepada Sekretariat Keselamatan PBB di New York. Beliau berharap agar badan-badan Kerajan dan NGOs turut tampil memberikan sokongan bagi membela umat Islam di Somalia.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam,

Satu demi satu,
Penghinaan ke atas Islam,
Ummat perlukan sebuah negara,
Yg berdiri atas dasar Islam,
Yg matlamatnya adalah Islam,

Apapun negara,
Apapaun sistem,
Siapapun pemimpin,

Selagi tiada negara Islam,
Selagi tiada syariah Islam,
Maka tiada penyelesaian,
Sekadar beberapa tindakan,
Yg tiada penghujungnya,

Perjuangan harus diarahkan,
Kepada penubuhan negara Islam,
Khilafah ala minhaj nubuwwah,
Bukan negara kebajikan,
Bukan pula negara yg berkebajikan,
Bukan negara kebangsaan,
Bukan juga negara raja berpelembagaan,

DAP tak mahu negara Islam,
..biarkan, biarkan,
Keadilan tak mahu negara Islam,
..biarkan, biarkan
BN tak mahu negara Islam,
..biarkan, biarkan

Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya,

PAS mahu negara Islam,
itu yg benar,
HT mahu negara Islam,
itu yg benar,
Abim mahu negara Islam,
itu yg benar,
JIM mahu negara Islam,
itu yg benar,
Tabligh mahu negara Islam,
itu yg benar,
Ummat mahu negara Islam,
itu yg benar,

Demokrasi takut negara Islam,
Jangan kita takut negara Islam,
Orang kafir takut negara Islam,
Jangan kita takut org kafir takut negara Islam,
Jangan kita takut beritahu kita mahu negara Islam,

Bulanmasa

9:23 AM

 
Blogger thanaif said...

Tanah air memerlukan PAS dan PR untuk menjadi suara bicara keamanan di peringkat antarabangsa tanpa hanya berharap NGO sahaja berperanan untuk meletakkan kesahihan kebenaran itu bersama keadilan dan dirunding muafakat kecelaruan kekeliruan antara saudara semuslim agar lebih berusaha mencirikan kebolehan menjadi negara yang berdikari bertaraf maju secara fizikal dan rohaninya.
Berangkatlah ke peringkat antarabangsa kerana telah berjaya melepasi hampir semua halangan.

10:22 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home