" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, April 17, 2008

MEMBINA BUKAN MERUNTUH

Mengisi kemenangan nyata terlebih sukar berbanding mencipta kemenangan.

Ini satu realiti . Pengalaman baru PAKATAN yang kini menguasai 5 buah kerajaan negeri termasuk Kerajaan Negeri Kelantan yang telah sekian lama dikuasai oleh PAS mengakui realiti tersebut.

Pelbagai pihak bermula dari kepimpinan parti anggota PAKATAN hingga kepada ahli biasa mestilah bekerja keras dalam menunai tanggungjawab dan amanah ummah atau pengundi yang tentu sahaja mereka mahukan perubahan , sesuai janji yang telah kita lafazkan sepanjang musim kempen pilihanraya tempohari.

Lebih mencabar ialah kesungguhan dan keupayaan yang mesti dibuktikan dalam membaiki kerosakkan sistem pentadbiran ke arah membentuk kerajaan yang berintegriti dan membina kembali peradaban manusia bermaruah setelah ianya musnah teruk angkara UMNO dan Barisan Nasional yang liar dan buas.

Kita tidak mahu kejayaan dan kemenangan ini bagai meruntuhkan Jahiliyyah lalu menubuhkan Jahiliyyah yang baru.

Saat seperti ini , apa yang sangat diperlukan ialah sokongan , dokongan , idea yang bernas , pandangan yang membina , kritikan yang jujur , pengalan yang benar dan nasihat yang ikhlas . Malah lebih penting dan sangat dinanti ialah bimbingan murabbi dan tunjuk ajar mursyid .

Nilai apakah yang boleh kita kongsi kalau hanya kita mampu meriwayat kelemahan dan kekurangan biarpun berjilid tebalnya berbanding kita menukilkan cadangan dan pandangan membina biarpun sehelai kertas kajang cuma .

Perkara yang mesti dielakkan oleh semua pihak khasnya kepimpinan parti ialah pertelagahan dan tikam belakang . Sebarang perbezaan pendapat dan pandangan sewajarnya diurus secara profesional , matang dan bersikap terbuka .

Awasi perangkap musuh dan jerangkap media musuh yang senantiasa mencari ruang lemah dan peluang silap dalam perhitungan kita membina PAKATAN dan KERAJAAN RAKYAT ini.

Berhati - hati dalam kenyataan dan tindakan . Tidak hanya mencari kepuasan sendiri tetapi lebih kepada tindakan terarah berpandukan konsep atau semangat bermesyuarat dikalangan kita .

Lebih penting jua buat semua pihak dalam kepimpinan kerajaan negeri ialah tidak mengkesampingkan pandangan dan sentuhan parti dari semua organnya yang tentu sekali mereka adalah jentera yang bekerja gigih bagi mengusahakan kemenangan dalam pilihanraya serta membolehkan kita menduduki kerusi kerajaan negeri .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home