" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, April 19, 2008

UMNO :
BELAH MENUNGGU HANCUR

Hinanya sebuah organisasi besar seperti UMNO yang pernah mengaku sebagai Parti Islam No. 3 terbesar di dunia , kini bergolak dan bergaduh secara terbuka. Sebagaimana aibnya krisis rumahtangga dibuka kepada khalayak ramai demikianlah malu dan jatuh air muka sebuah organisasi yang pemimpinnya bercakaran dan bermusuhan antara satu sama lain.

Pihak media , penganalisis politik , pegawai dan kakitangan kerajaan malah orang ramai kini semuanya mengetahui apa yang sedang bergolak dalam kelambu UMNO. Sungguh mengaibkan apabila mereka saling menelanjangi antara satu sama lain. Mereka berperang di media .

Saya tidak jangka ahli - ahli UMNO tidak mempunyai air muka sampai ke tahap itu . Kalau saya yang tidak pernah menyertai dan menjadi ahli UMNO terasa malu menyaksikan pertelagahan mereka secara terbuka , tentu sahaja ahli - ahli UMNO lebih - lebih lagi terasa malu dan jatuh maruah mereka.

Sebagai sebuah organisasi , pergolakan dalaman adalah perkara biasa dan menjadi lumrah dalam mengurus dan mentadbir sebuah organisasi besar yang mempunyai pelbagai latar belakang ahli dan pemimpinnya . Tetapi apabila pertelagahan itu berlarutan dan didedah pula kepada umum maka ia adalah suatu yang luar biasa.

Ternyata keadaan menjadi semakin sulit dan sukar. Tindakan mereka yang menggunakan media untuk saling serang menyerang antara mereka kini menjadikan mereka terbelah lapan dan menunggu saat kehancuran.

Tambahan pula , keadaan yang berlarutan ini menyebabkan ahli - ahli UMNO yang terdiri dikalangan mereka yang bermoral tinggi , berilmu pengetahuan dan tiada pula berkepentingan peribadi tentu sahaja berasa jengkel terhadap apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Tidak tahu adab berbeza pendapat malah tidak tahu batas pertelagahan.

Ahli UMNO mula terasa malu untuk tampil di hadapan khalayak jauh sekali nak mengaku ahli UMNO dan berbangga menjadi ahli UMNO .

Siapa lagi hari ini yang masih boleh menepuk dada penuh kebanggaan seraya berkata : " saya ahli UMNO " . Malu ! ya seribu kali Malu !

Manakan tidak ! ke kedai kopi orang perkatakan hal dalaman UMNO , di lobi hotel orang bercakap soal UMNO bertelagah , di anjung surau orang mempersendakan sikap UMNO menangani isu dalaman mereka , pendek kata hampir disemua tempat berhimpun orang ramai , akan kedengaran topik UMNO yang bercakaran kini dijuih dengan muncung bibir tanda jengkel dan mual dengan apa yang berlaku.

Ahli UMNO mana yang mampu tahan telinga dan tebal muka untuk mendengar dan melihat respon orang ramai sedemikian rupa ?

Sekarang telah ramai ahli UMNO yang mula sedar bahawa mereka sedang dipimpin oleh sekelompok seringala yang tidak punya moral sebaliknya liar dan buas serta saling merembas sesama sendiri.

Ada juga ahli UMNO yang mula berjinak dengan PAKATAN RAKYAT . Hadhir mendengar ceramah pimpinan PAKATAN yang dilihat semakin hari semakin mendapat sambutan dan semakin erat pakatan dan perpaduan mereka biarpun sebelum ini mereka difitnah dan dipersenda.

Mereka mula cemburu melihat perkembangan ini. Saat UMNO pecah dan terbelah , PAKATAN berjaya mengukuhkan lagi persefahaman antara pemimpin dan parti mereka demi menunaikan amanah rakyat yang ingin melihat berlakunya perubahan besar dalam kepimpinan dan pemerintahan negara.

Sibuk melayan serangan bertubi - tubi dari pihak musuh dalaman mereka kini pemimpin UMNO yang masih menang dalam PRU 12 baru - baru ni dilihat tidak memiliki banyak masa untuk rakyat , bahkan jauh sekali untuk mereka mendampingi rakyat yang mereka wakili di DUN atau Parlimen .

Saya yakin dan percaya , menjelang december ini perbalahan dan pertelingkahan pemimpin dan ahli UMNO semakin parah dan semakin tipis peluang untuk mengatasinya.

Perkembangan terkini , PAKATAN sebagai goverment in the waiting telah siap sedia untuk memerintah negara sekaligus mengambil alih tempat duduk UMNO setelah UMNO kini hilang wibawa , calar maruah dan jatuh harga diri.

Nasihat saya kepada rakan - rakan dan kawan - kawan yang masih setia dengan UMNO agar mengkaji semula kesetiaan mereka . Apakah ia setimpal dan berbaloi ? Inilah akibat angkuh dan tinggi diri yang sering menguasai pemimpin UMNO setelah mereka begitu selesa di persada politik tanahair sejak 50 tahun dulu.

Pada hemat saya , setelah sekian lama rakyat tertindas , mangsa kezaliman UMNO , pejuang - pejuang Islam yang gigih serta pimpinannya yang ikhlas bermunajat dan mengadu nasib mereka kepada ALlah , kini ia dimaqbulkan oleh Allah swt.

Sementelah pula kandungan doa dan munajat mereka turut memohon agar Allah lipat semula segala strategi musuh yang merancang untuk melumpuhkan gerakan Islam dan risalah perjuangannya agar ia kembali menimpa batang tengkuk mereka , agar mereka merasai akibat tindakan mereka sendiri .

Rintihan penuh syahdu , lahir dari hati yang benar benar mengharap , memohon agar Allah memecahkan kesatuan mereka ( musuh ) dan menggocang kedudukan mereka justeru mereka sangat angkuh terhadap rakyat , telah diterima oleh Allah swt.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam,

Demikianlah PENYATUAN yg dibina atas asas maslahat, tampak kuat dan kukuh, tetapi hakikatnya "ghopong" di dalam.

Ikatan ini dgn mudah terburai apabila kemaslahatan tsbt mulai hilang. Menyedihkan, tidak hanya org kafir mmenghindari UMNO, bahkan ikatan dikalangan ahli UMNO sendiri makin terlerai.


Pengajaran yg paling berharga ialah bahawa PENYATUAN BERDASARKAN IKATAN MASLAHAT adalah yg LEMAH.
Ikatan yg benar dan kukuh adalah ikatan yg diasaskan pd IKATAN IDEOLOGI.

Oleh itu, perkara yg sama boleh berlaku dalam pakatan rakyat.

Jangan biarkan para PENCINTA DEMOKRASI (BARAT) = Anwar & DAP merosakkan idealisme Islam.

Parti politik yg ideologis perlu bersikap idealis bukan pragmatis.

Bulanmasa.

11:29 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Dulu dan kini,
Org2 UMNO serta para "ulamaknya" berhujah,
Tiada niat mereka meninggalkan Islam,
Baik aqidah mahupun hukumnya,
Cuma masa dan keadaan,
Demi menjaga keamanan & keharmonian,
Lantaran lemahnya pemahaman,
Demi kemaslahatan dan kebaikan,
Atas nama arahan Tuhan,
Maka tiadalah yg terbaik buat masa sekarang,
Sekadar bertangguh barang sebentar,
Lalu apakah bedanya nanti,
Jawapan dan pandangan,
Pakatan Rakyat kepada tuhan ?

BULANMASA
kzugm@yahoo.com

7:31 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home