PROTES 6. 7 . 08
REVIEW
Alhamdulillah , sejurus timbul isu yang berkait dengan PROTES ini maka pihak penganjur akan kembali meneliti untuk mengambil kira pandangan semua pihak . Pemuda PAS Pusat juga telah berbincang dengan pihak pengerusi PROTES dan insyaallah satu mesyuarat khas akan di adakan bagi melihat dan menyelesaikan perkara ini .
Harapan saya dan pimpinan Pemuda PAS Pusat agar ianya dapat diselesai dengan baik dan harmonis setelah Pemuda menunjukkan sikapnya dan selebihnya terpulang kepada kebijaksanaan pihak PROTES .
Pun begitu , ada beberapa perkara perlu saya tegaskan kembali di sini bahawa Pemuda PAS bukan anti PROTES dan bukan juga anti hiburan . Tinggal lagi saya melihat konsep DEMO pada 6 . 7 . 08 telah bertukar menjadi KONSERT apabila begitu banyak aktiviti hiburan biarpun kemungkinan lagunya turut mengkritik kerajaan . ( boleh rujuk di : http://protes2008.blogspot.com/ )
Pemuda PAS juga tidak berhak untuk menghalang siapa sahaja untuk hadhir , jika mereka merasakan bahawa itulah konsep bantahan yang mereka mahu sertai . Cuma Pemuda PAS mempunyai pandangan tersendiri bahawa ianya tidak wajar dan tidak sesuai .
Apabila kita mengadakan program atau aktiviti umum , maka kita mesti mengambil kira sensitiviti semua pihak yang mahu dilibatkan dalam aktiviti tersebut . Maka langkah terbaik ialah kita mengambil satu pendekatan dengan mengadakan pengisian atau aktiviti yang tidak melanggar dan menyentuh prinsip semua pihak .
Pemuda PAS Pusat terlebih awal telah memberi komitmen dengan mengarahkan setiap Pemuda kawasan mesti menghantar 2 buah bas ( so tidak timbul pemuda anti PROTES ) malah Pemuda PAS Pusat juga sedia untuk menghantar skuad AMALnya serama 3500 yang diperlukan untuk mengawal himpunan . Pemuda juga giat menampal poster PROTES di seluruh negara dan pemimpin pemuda samaada di dalam kuliah atau ceramah mereka turut menggesa rakyat turun pada 6 hb. 7 ini untuk PROTES kenaikan harga minyak .
Tetapi , apabila pengisiannya PROTES pada 6 . 7 . 08' diketahui kemudian , ramai pihak di kalangan pemuda PAS resah dan gelisah apabila DEMO bertukar KONSERT . Pemuda PAS tidak bersedia untuk turun berkonsert . Ada masa dan kesempatan lain untuk berhibur dan berkonsert .
Saya ucapkan terima kasih kepada pihak pengerusi PROTES yang mahu meneliti dan melihat semula pengisian PROTES ini dan diharapkan segala kekeliruan dapat diatasi.
6 Comments:
Assalamualaikum Ustaz,
Ana rasa apa yang dibangkitkan oleh Ustaz ni adalah lebih berunsur spekulatif.
Tidak wajar dan tidak molek untuk Ustaz terus membantah perkara ini atas sebab semata-mata ada band yang akan bermain muzik. Yang penting yang perlu diingatkan kepada penganjur adalah
1) Supaya penyanyi atau band yang beraksi nanti menjaga kelakuan di atas pentas serta lagu2 yang dimainkan adalah lagu2 protes sahaja. Pastikan tidak ada penyanyi yang beraksi keterlaluan, menaggal baju ala faizal tahir atau bercampur lelaki betina atas pentas.
2) Pastikan supaya waktu solat dijaga (ni untuk kesemua peserta perhimpunan)
3) Pastikan juga dikalangan penonton, tidak ada yang keterlaluan hingga terkinja-kinja, terjerit2 serta berlaku percampuran bebas lelaki perempuan.
Ana amat tidak setuju sikap yang terus membantah, semata-mata sebab ada band. Kalaulah sebab ada konsert, di mana pendirian pemuda semasa konsert mawi di kelantan dulu?
Jelas dari poster tersebut, konsert adalah salah satu acara sahaja selain dari acara-acara lain. Maknanya ianya adalah acara SAMPINGAN bukannya acara UTAMA.
Ana tak mahu nanti orang kata kita Pemuda PAS ni hipokrit dan cakap tak konsisten. Dalam kes di Selangor, kita bantah sebab ada penyanyi perempuan. Tapi Alleycats kita tak bantah. Tetiba kali ni penyanyi lelaki pun kita bantah!! So, apa cite ni Ustaz??
Ana sebenarnya nak tanya, apa pendirian Ustaz/Pemuda PAS tentang muzik ni ? 1)Apakah secara mutlak mengharamkannya secara mutlak (kecuali nasyid) ? 2)Atau hanya mengharamkannya apabila ada unsur maksiat, lirik yang menghina Islam atau apa bila berlaku percampuran lelaki perempuan?
Kalau Ustaz kata pendirian Pemuda PAS adalah nombor 2) i.e haram hanya apabila ada unsur maksiat atau meneykutukan Allah, maka ana tak nampak di mana unsur maksiatnya pada program Protes.
Sebab itu kita jangan mudah menghukum. Maybe kita tidak selesa sebab kita orang PAS tak biasa dengan muzik2 ni, tapi rasa kurang senang, tak berkenan atau tak suka bukanlah HUJAH SYARAK untuk kita secara semberono menentang program ini. Ianya hanyalah datang dari sikap dan perasaan kita. Selagi ianya tidak melanggar syarak, maka kita tidak berhak untuk membantahnya. Hormatilah juga selera atau minat orang lain (yang tidak menyelahi syarak)
Ana selaku seorang ahli Pemuda menyeru ustaz dan rakan2 pimpinan DPPP agar lebih bijaksana dan melihat dalam konteks yang lebih luas. Sikap keras tak menentu, prejudis kepada perkara yang berbeza dengan selera kita, serta sikap asyik membantah tanpa meberikan solusi hendaklah kita hentikan. Biarlah kita dilihat sebagai daei yang bijaksana dan keagungan Islam akan terserlah. Wassalam.
MOHD ASMAWI HAJI ABDUL RAHMAN
PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
UKM
3:19 PM
Assalamualaikum
Akhi , isunya bukan hukum hiburan atau konsert . Pemuda telah jelas dalam perkara ini .
Pemuda pernah menganjurkan konsertnya di Taman Melewar dulu.
Persoalannya , pada 6 . 7 . 08 ni kita nak DEMO membantah kenaikan harga minyak atau kita nak berkonsert ?
Kalau nak DEMO kita urus cara demo dan jgn terpengaruh dengan style barat atau sosialis . KIta urus cara demo kita .
Kalau nak konsert , kita kata kita nak buat konsert .
Nantinya org yang akan hadhir boleh buat penilaian .
Kita tidak mahu timbul masaalah kemudian . Setakat ni , kebanyakkan ahli PAS dan pemuda PAS tidak setuju style demo yang penuh dgn aktiviti nyanyian dan lagu.
Saya juga tidak menghalang org utk hadhir kalau mrk merasakan mereka perlu hadhir .
Saya cuma melahirkan bantahan dan rasa tidak setuju . Dan menasihati agar kita serius dlm menangani kemarahan rakyat dan masyarakat terhadap isu kenaikan harga minyak .
Jika Mohd Asmawi tidak bersetuju dgn pandangan saya itu tidak ada masaalah .
Mrk juga berhak hadhir jika mrk rasa perlu hadhir dengan format demo sebegitu .
Saya melihat kpd tujuan kita nak himpunkan sejuta rakyat . Kalau dgn format demo sebegitu , saya tak yakin ahli PAS akan turun dengan sebahagiannya terpaksa mohon cuti dan dan mengambil perjalanan yg jauh .
Banyak perkara saya tidak "sempat" boleh "sebut" kan disini . kalau Mohd Asmawi perlukan penjelasan lanjut , boleh lah hubungi saya di 019 916 8182 .
3:53 PM
Waalaikumussalam Ustaz,
Kalau begitu, bolehkah ana simpulkan bahawa bantahan DPPP terhadap program konsert ni bukanlah disebabkan soal hukum atau halal haram, tapi lebih difaktorkan kerana soal pendekatan demonstrasi yang diselitkan dengan konsert, yang mana DPPP anggap ianya tidak sesuai serta lari dari objektif kita berhimpun untuk bantaha kenaikan harga minyak?
Kalau inilah stand sebenar Ustaz dan DPPP, maka ana amat bersetuju dan bagi saya pendirian ini wajar dihormati. Jelas, bukannya konsert yang dibantah, tetapi kerana kita nak berdemo, maka bukanlah demo namanya kalau kita sibuk mendengar muzik dan berhibur.
Maybe ada orang lain yang tetap tak bersetuju, sebab bagi mereka, kita harus buat demo cara baru, iaitu dengan diselangselikan dengan konsert dan lain2 acara kesenian, namun bagi ana ianya hanyalah perbezaan pendapat dalam soal pendekatan kita dalam berdemo.
Maka terungkailah kekeliruan ana dalam soal ini dan ana amat bangga dengan sikap Ustaz yang tidak mudah melenting serta bersikap objektif dalam meraikan perbezaan pendapat. Namun, akhirnya ana boleh bersetuju dengan hujah Ustaz dan DPPP dalam membantah konsert ini. Tahniah!!! Wassalam
ASMAWI
5:19 PM
Astaghfirullah. Terkejut saya melihat golongan pemuda kita yang semakin jauh dari agama.
Betullah akhir zaman ini, manusia tidak lagi mengenali agamanya. Kena kerja kuat lagi ni Ustaz. Macam mana nak tarik balik mereka ke arah agama .
12:32 PM
sibuk nk tarik orang ke arah agama?
jadi contoh yg bagus.
islam bukan agama pakasaan,
bkn agama kejam,
bukan agama radikal,
islam adalah indah an perlu diamati,
jikalau berlakunya secara paksa,maka hilang lah keindahan nya.
byk kajian yg perlu dibuat,dibuktikan.
untuk mendapat menarik hati orang itu menghayati agama islam,kuncinya adalah kesabaran.kalau anda x sabar dan bertindak radikal dan tak reti bertolak ansur,maka tercemarlah agama anda.
11:27 PM
just wondering..
perempuan leh join ke protes ni? maklum la, laki pempuan kan takleh campur..kalau kena pisah2 i tak nak pergi lah. lagipun based on his assumption here, nnt mesti ramai golongan2 ekstremis yg suka pandang serong kat org2 muda, ish takut nyer..
10:04 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home