Bagaimana Paradigma Liberalisme
memasuki kosmo hidup umat Islam Malaysia?
Muhammad Nuruddin Bashah
Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)
Ancaman liberal di Malaysia dan hakikatnya.
Setiap tamadun di dunia ini selalunya menjadikan agama sebagai substensi atau materi utama bagi pengisian yang menjadi tonggak utama kemandirin tamadun tersebut. Unsur mistik dan teologis-metos banyak digunapakai. Kata Marvin Perry,
“Religion lay at the center of Mesopotamian life. Every human activity-political, military, social, legal, literary, artistic-was generally subordinated to an overriding religious purpose”[1]
Pada asasnya sekularisasi umat Kristian di barat adalah punca berlakunya budaya liberalisme. Tokoh-tokoh sosial-ekonomis seperti John Locke, Rouueau, Thomas Hobbes dan Descartes (ahli matematik) bersepakat dalam melegitimasikan sekular sebagai penyelesai kongkongan gereja dan monarki beraja.
Pada asalnya liberalisme hanya diperkata dalam hal ekonomi kerana tokoh falsafah barat tersenarai di atas telah mengasaskan satu paradigma baru iaitu kapitalisme. Kapitalisme adalah suatu permikiran yang bertunjangkan liberal (bebas dari kongkongan kerajaan dan gereja).
Bermula juga peperangan terhadap budaya lama, ekonomi lama, politik lama, cara beragama yang lama serta mengkritik beberapa warisan tradisi mereka sendiri. Pada asalnya hanya memandang budaya perhambaan sebagai suatu yang keji, mereka terus mengorak langkah berlebihan iaitu terus memerangi sebarang warisan nenek moyang mereka termasuk agama. Bagi mereka sekular adalah positif. Tokoh Kristian Indonesia Tom Jacobs SJ berkata,
“ Revolusi Perancis bererti mendirikan negara sekular. Seluruh proses ini khususnya sekitar proses revolusi, tidak hanya terang bersifat anti gereja, tetapi juga anti agama. Namun begitu usaha ke arah sekularisasi belum bererti sesuatu yang negatif”.[2]
Di Malaysia mungkin belum lagi menjadi seperti di Indonesia yang jelas bertuhankan Islam Liberal. Barat mengklasifikasikan ajaran Abdurrahman Wahid dan Nurkholish Madjid sebagai ajaran yang akomondasionisme, Pembaharuan Islam, progresif dan Liberal. Maka muncullah satu aliran rangkaian penganut Islam munafiq yang berteraskan liberalisme.
Ada penulis atau pemikir tertentu yang menentang sistem kapitalis dan ajaran liberalisme agama atas nama menentang liberal sebaliknya seolah mengajak masyarakat ke arah sistem komunis, sosialis dan seumpamanya. Tokoh ala syiah yang pro komunis ditampilkan, tokoh ekonomis haluan kiri dipamerkan. Sedar atau tidak mereka sebenarnya mempromosikan liberalisme! Komunis dan sosialis juga adalah golongan liberal malahan lebih dahsyat lagi.
Mereka kononnya tidak liberal dalam ekonomi kerana menjaga ekonomi dan hak rakyat, sebaliknya mereka menentang agama, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dunia, serta bertuhankan akal! Bukankah itu Maha Liberal?
Ensiklopedia Britannica 2001 deluxe edition CD-ROM, menjelaskan bahawa perkataan liberal diambil dari bahasa Latin liber,free. Liberalisme secara etimologi bererti falsafah politik yang menekankan nilai kebebasan individu dan peranan negara dalam melindungi hak-hak warganya.
Sejarah liberalisme termasuk juga liberalisme agama adalah tonggak baru bagi sejarah kehidupan masyarakat Barat, kerana itu, disebut sebagai zaman pencerahan. Perjuangan untuk kebebasan mulai dihidupkan kembali di zaman renaissance di Itali. Pemikiran ini muncul ketika terjadi konflik antara pendukung-pendukung negara kota yang bebas melawan pendukung paderi.
Liberalisme lahir dari sistem kekuasaan sosial dan politik sebelum masa Revolusi Perancis berupa feudalisme, dan gereja Roman Katolik. Liberalisme pada umumnya meminimakan campur tangan negara dalam kehidupan sosial. Sebagai satu ideologi, liberalisme bolehlah dikatakan berasal dari falsafah humanisme yang mempersoalkan kekuasaan gereja di zaman renaissance.
Liberalisme , seperti yang diperjuangkan oleh Frederic Bastiat, Gustave de Molinari, Herbert Spencer, dan Auberon Herbert, adalah aliran ekstrim yang dikenali sebagai anarkisme (tidak ada pemerintahan) ataupun minarkisme (pemerintahan yang kecil yang hanya berfungsi sebagai the nightwatchman state).
Liberalisme selalu menentang sistem kenegaraan yang didasarkan pada hukum agama. Oxford English Dictionary menerangkan bahawa perkataan liberal telah lama ada dalam bahasa Inggeris dengan makna sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati dalam seni liberal.
Pada awalnya, liberalisme bermaksud bebas dari batasan bersuara atau perilaku, seperti bebas menggunakan dan memiliki harta, atau lidah yang bebas, dan selalu
berkaitan dengan sikap yang tidak tahu malu.
Bagaimanapun, bermula pada 1776-1788, oleh Edward Gibbon, perkataan liberal mulai diberi maksud yang baik, iaitu bebas dari perasangka dan bersifat toleransi. Maka pengertian liberal pun akhirnya mengalami perubahan makna dan berkembang menjadi kebebasan secara intelektual, berfikiran luas, murah hati, terus terang, sikap terbuka dan ramah. Prinsip dasar liberalisme adalah mutlak dan bebas yang tidak terbatas dalam pemikiran, agama, suara hati, keyakinan, ucapan dan politik.
Dalam liberalisme budaya, fahaman ini menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati. Liberalisme budaya secara umum menentang keras campur tangan pemerintah yang mengawal sastera, seni, akademik, perjudian, seks, pelacuran, alkohol, ganja. Umum beranggapan bahawa Belanda, dari segi liberalisme budaya, mungkin negara yang paling liberal di dunia.
Sedangkan liberalisme ekonomi mendukung hak pemilikan harta peribadi dan menentang peraturan-peraturan pemerintah yang membatasi hak-hak terhadap harta peribadi. Ideologi ini berpusat pada kapitalisme melalui pasaran bebas.
Sekularisasi Malaysia yang membawa liberal daripada barat.
Siapakah yang mensekularkan budaya di Malaysia? Malaysia bermula dengan adanya tanah Melayu dan Borneo. Penjajahan British yang begitu lama telah meninggalkan kesan terutama melalui medium pendidikan. Apabila budaya sekular mulai memasuki ruang kosmo orang Islam, mereka mula ingin mempersoal ketuanan istana yang pada asalnya menjadi penaung agama Islam dan ulama’.
Mereka mula menganut fahaman kapitalisme dan mula memusuhi budaya ekonomi Islam yang turun temurun. Wang ringgit mula berpusat kepada nilai kertas kosong sejak sahaja kuasa hegemoni British teralih kepada Amerika Syarikat.
Badan-badan hak asasi dan suara hak asasi mula dilaungkan. Walaupun bermanfaat tetapi agenda utama British dan sekutunya pada 1948[4] adalah mensekularkan umat Islam dengan lebih dahsyat. Kini kader-kader sekular mula bersuara mempertikai hukum Islam dan kuasa sultan dalam melindungi Islam.
Usul Fiqh bagi golongan liberal.
Penulis berhasrat membawa pembaca kepada satu tajuk yang juga penting iaitu apakah dasar dan kaedah utama golongan liberal ini dalam berfatwa? Mari lihat dahulu kaedah usul fiqh bagi umat Islam yang tulen.
Menurut ulama usul fiqh mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali, usul fiqh adalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan (istinbath) hukum syariat dari dalil-dalilnya yang terperinci. Sedangkan menurut ulama mazhab Syafie, usul fiqh adalah pengetahuan mengenai dalil-dalil fiqh yang bersifat global, tatacara pengambilan hukum dari dalil-dalil itu, serta keadaan orang yang mengambil hukum [5]
Dari berbagai definisi itu, topik usul fiqh menurut Muhammad Husain Abdullah[6], meliputi 4 kajian, iaitu:
1. Kajian tentang dalil-dalil hukum yang bersifat umum (al-adillah al-ijmaliyyah), misalnya al-Qur’an, as-Sunnah, Ijma, Qiyas, dan seterusnya.
2. Kajian tentang hukum syariat (al-hukm asy-syar’î) dan hal-hal yang terkait dengannya, seperti definisi hukum syariat dan macam-macamnya.
3. Kajian tentang cara memahami dalil (fahm al-dalîl) atau pengertian kata (dalalah al-alfazh), misalnya tentang maksud tersurat (manthuq) dan maksud tersirat (mafhum).
4. Kajian tentang ijtihad dan taqlid, termasuk tatacara melakukan tarjih (analisis) untuk memilih yang terkuat dari sekian dalil yang tampak bertentangan (ta’arudh).
Berlatar pada definisi usul dan cakupan kajian di atas, dan diterapkan pada idea-idea usul fiqh fahaman golongan liberal, adakah mereka sebenarnya mempunyai model usul fiqh mereka sendiri?
Seorang pakar dan pengkritik idea liberal, Dr. Busthami Muhammad Said, menyimpulkan bahawa ijtihad dalam usul fiqh di kalangan golongan liberal dimulakan oleh Sir Sayyid Ahmad Khan, Muhammad Abduh, Qasim Amin, Ali Abdur Raziq, Toha Hussain, dan lainnya— tidak lebih dari sekadar teori belaka, iaitu tanpa kenyataan
Karya mereka tidak pernah menerangkan dengan jelas, apa sebenarnya dalil syar’iat (sumber hukum) itu. Contohnya isu menghadiri perayaan hari raya bukan Islam dijadikan dalil bagi bolehnya merayakan hari raya agama selain Islam. Mereka juga tidak pernah menerangkan dengan sempurna, bagaimana kaedah mengeluarkan hukum dari dalilnya, selain mendasarkan bahawa kaedahnya adalah hermeneutika[7].
Padahal kaedah ini (hermeneutika) asalnya adalah untuk menafsirkan Bible (Perjanjian Lama dan Baru); tentu salah untuk menafsirkan al-Qur’an, kerana Bible dan al-Qur’an sangat jauh berbeza. Tidak aneh jika Norman Daniel (Daniel, Islam and The West: The Making of an Image, hlm. 53) menegaskan,
“Al-Qur’an tidak mempunyai kesejajaran dengan [kitab lainnya] di luar Islam.”
Maka dengan itu, untuk dikatakan golongan liberal mempunyai landasan usul fiqh, amat diragui. Akan tetapi, barangkali ada yang bertanya, bukankah mereka kadang kala menyampaikan gagasan berhubung usul fiqh?
Golongan liberal Indonesia pula kadang menggembar-gemburkan usul fiqh baru. Nurcholish Madjid dan kawan kawan, misalnya, pernah mendakwa mengikuti metode usul fiqh Imam asy-Syatibi dari kitabnya, Al-Muwâfaqât fî Ushûl al-Ahkâm, ketika menggagas bukunya yang gagal, Fiqih Lintas Agama (2004). Abdul Moqsith Ghazali (aktivis JIL) mencetuskan beberapa kaedah usul fiqh ‘baru’, seperti
1. Al-‘Ibrah bi al-maqâshid la bi al-alfazh (Yang menjadi hukum adalah maksud/tujuan syariat, bukan ungkapannya);
2. Jawaz naskh nushush bi al-mashlahah (Boleh menghapus nash dengan maslahat);
3. Tanqih nushush bi ‘aql al-mujtama’ (Boleh mengubah nas-nas dengan akal jumhur.
Perjuangan liberal banyak menjerat banyak organisasi Islam
Tahukah kita, di mana-mana negara umat Islam berlaku banyak gerakan hak asasi dan keadilan-sosialistik yang aktif sebenarnya membawa agenda liberalisme. Kadangkala jamaah Islam mahupun badan-badan dakwah umumnya telah bekerjasama dengan mereka demi memperjuang hak kemanusiaan dan menentang kezaliman. Antara slogan dan tema perjuangan mereka adalah;
Free media (pembebasan hak media massa)
Free women (emansipasi gender)
Free press (liberalisasi media cetak)
Free religion (menyamaratakan antara agama, asas perjuangan sekularisme barat).
Free politic (politik ala anarki, haluan kiri yang lebih bersifat kritikal dan radikal).
Mungkin hal ini smua menjadi dilema gerakan Islam juga di Malaysia. Pentingnya pendokong gerakan Islam untuk berhati-hati agar strategi melawan kezaliman dan himpitan tirani bertukar menjadi penggadaian nilai agama satu demi satu.
Perang psikologi dalam peperangan liberal.
Barat akan terus melancarkan serangan melalui liberalisasi norma dan minda umat Islam[8]. Mereka menanam minda inferior ke dalam lubuk hati umat Islam. Umat Islam Malaysia akanrasa tidak yakin dengan sistem Islam, aqidah Islam, rasa tidak logik dan terkongkong. Antara doktrin yang berjaya mereka tanamkan; Rasa ortodoks jika beramal dengan syiar Islam seperti pakaian ala muslim yang menutup aurat.
Rasa konservatif jika pendapat kelihatan tegar dan tidak pragmatif apabila berhadapan dengan isu liberal seperti bayi tabung uji, pengklonan dan sebagainya.
Rasa sistem feudal beraja di Malaysia adalah mengongkong dan ketinggalan zaman. Raja yang menjadi simbol dan kubu agama Islam dianggap sebagai tugu sahaja.
Ekonomi beradab dianggap ketinggalan zaman sebaliknya sistem kapitalisme dianggap sebagai rukun ekonomi baru.
Politik haluan kiri dikatakan ubat untuk melawan doktrin lama yang ala kapitalisme. Akhirnya mereka membawa idea liberal agama yang lebih buruk lagi.
Akhirnya mereka menanam rasa benci kepada ulama’, pemikir Islam, sistem pengajian Islam dianaktirikan, buku agama dipinggirkan di pasaran, Al quran diselewengkan, ajaran Islam Hadhari yang bertopengkan liberalisme dipamerkan. Daripada liberalisasi norma dan nilai, bertukar kepada liberalisasi aqidah di Malaysia.
Sebagai insan sedar. Marilah kita hayati seni dakwah golongan liberal di Malaysia yang bertopeng disebalik banyak proksi dan badan tertentu. Mereka juga bijak atas nama profesional dan hak sejagat. Sedarkan masyarakat disekeliling anda.
[1] Dipetik daripada tulisan Adian Husaini MA, Sekularisasi Dan Liberalisasi Islam –Cabaran tamadun Melayu.
[2] Ibid
[3] http://www.insistnet.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=68
[4] tahun 1948 adalah tahun keramat bermulanya suatu peraturan dunia berkenaan hak asasi manusia. Atas alas an mengambil kira hak sedunia, British cuba menghakis pengaruh Islam melalui ruang perjuangan hak asasi !
[5] (al-Amidi, Al-Ihkâm fî Ushûl al-Ahkâm, jld. I, hlm. 10).
[6] Abdullah, Al-Wadhîh fî Ushûl al-Fiqh, hlm. 29
[7] Adnin Armas, Pengaruh Kristen-Orientalis Terhadap Islam Liberal, hlm. 35
[8] Rujukan terbaik adalah buku Dr. Saadduddin Al sayyid Salih, strategi musuh Menentang Islam Darul Nu’man 1996.
http://skuad.wordpress.com/
http://munawwarah.blogdrive.com/
http://landskapsiasah.blogspot.com/
8 Comments:
Salam,
Tulisan ustaz mengutip pandangan Islam liberal YG SESAT antara lain ;
Jawaz naskh nushush bi al-mashlahah (Boleh menghapus nash dengan maslahat);
3. Tanqih nushush bi ‘aql al-mujtama’ (Boleh mengubah nas-nas dengan akal jumhur.)
Dgn demikian, tidakkah justifikasi terhadap penggunaan / keterlibatan dalam pemerintahan demokrasi berdasarkan kaedah yg sama ?
Contohnya, walaupun keharaman demokrasi adalah jelas dan terang berdasarkan nas al quran, hadis, ijmak sahabat, qiyas mahupun pandangan-pandangan ulamak, namun atas alasan DEMI UTK "KEMASLAHATAN" ianya menjadi HALAL. Walhasil pelbagai nas-nas yg qot'ie lebur bila bertemu dgn KEMASLAHATAN.
Saya tidak bermaksud menghentam mana-mana pihak. Semoga diterima sebagai perbincangan intelektual...dlm rangka mencari kebenaran.
BULANMASA
10:29 AM
Assalamualaikum ustaz.
Saya ahli pas, baru berdaftar dalam 2 tahun kebelakangan.
Macam mana ustaz boleh mengharapkan non-muslim untuk pergi mendapatkan pendapat tentang kehidupan Islam yang 'sebenar' dari alim ulama Islam. It doesn't work and it won't work.
Saya tak nampak mekanisme untuk perkara sebegitu berlaku.
Dan saya rasa tindakan mengumumkan niat Dewan Pemuda untuk melaksanakan siasah syariah di negeri2 Pakatan Rakyat seolah2 sekadar mahu menunjukkan yang PAS tak berdiam diri. PAS sekarang dilihat macam memainkan watak penumpang sahaja dalam Pakatan Rakyat lalu untuk membuktikan kita kuat, kita keluarkan kenyataan seumpama itu. Mana boleh macam tu.
Kenapa kita tak melaksanakan perkara yang Dewan Pemuda nak buat berkenaan dengan judi, arak etc di negeri Kelantan tempat kita bernaung selama hampir 18 tahun? Kawan saya yang Muslim pun dah mula minum arak di Kota Bharu pada usia 14 tahun (masa tu tahun 1998). Zina dan sumbang mahram, takkan Ustaz nak kata tidak berlaku di Kelantan.
Kita patut bersihkan rumah kita dulu (dalam hal ini negeri Kelantan dan Kedah), barulah jiran2 kita segan nak biarkan halamannya bersemak.
Dan saya rasa dalam keadaan islmophobic dan tafsiran yang pelbagai terhadap Islam, cubalah tidak menggunakan istilah2 arab mcm Siasah Syariah. Hal ini hanya membuatkan kita (umat Islam) dan diorang (bukan Islam) keliru dan makin tak faham. Islam Hadhari sahaja dah memeningkan, kita pulak nak berlompat nak buat Siasah Syariah.
Saya takut langkah melaksanakan Siasah Syariah ni diperbandingkan dengan langkah kita mengeluarkan Dokumen Negara Islam yang akhirnya membawa padah kepada survival Parti PAS kita.
Sekian dan salam hormat dari saya buat Pimpinan Dewan Pemuda.
4:37 PM
Salam,
Kita patut tegas dan jelas dalam pendirian.
Kita mahu syariah, kita mahu pemerintahan khilafah bukan demokrasi dsbgnya.
Selagi kita tak berani...selama itu mereka berani....
3:37 PM
assalamualaikum ustaz,
saya ada baca ayat alquran kalau ada dengar berita, kena check sumbernya dulu.
ini samala saya terjemahkan kalau ada artikel pasal sesuatu, dalami dulu betul atau salah. saya takut budaya cut and paste pun menjangkit ustaz-ustaz di malaysia
dalam hal agama, saya akui authoriti ustaz. tapi kalau dalam politik dan ekonomik liberalisation, ustaz ada ke authoriti untuk mengatakan sesuatu silap atau tidak.
bagi saya kalau seorang ustaz pun kalau syariah, authoritinya terhad lah pada syariah. janganlah bercakap atau berfatwa tentang ekonomi. kalau silap nanti, ramai yang terpesong.
inilah masalah kalau ustaz-ustaz pun mau bicara perkara yang luar dari bidangnya. bagila pakar ekonomi dalam capitalism and liberalism bercakap tentang hal ini. kelak nanti timbul salah faham dalam masyarakat melayu. kami sangat respek dan sayangkan ulama.
kalau islam liberal ialah orang yang tak grad agama nak cakap pasal usul fiqh, maqasid syariah, ulum hadith, maka saya lihat virus islam liberal ni pun jangkit kat ustaz-ustaz dalam PAS.
kalau nik farhan baru daftar jadi ahli pas, saya pulak dah jauh hati..
3:15 PM
ustaz xperasan ke komen kat blog ustaz ni sikit sekali. sebenarnya ramai malas nak baca sebab xfaham apa ustaz nak cakap. in agama, orang nak tengok ustaz mampu derive hukum dari ayat alquran. jadi tak salah baca ayat quran panjang lebar, kemudian derive hukum dari ayat itu.
tapi politik lain ustaz
politik ialah competition of idea. we want to see idealism dalam politik. maka kaedahnya ialah idea dulu ustaz, baru dikuatkan dengan ayat quran. ayat quran tuh bubuh jela tafsir. cemane non-muslim nak faham kalau saya seorang muslim yang tak terer arab pun malas nak baca artikel ustaz..
sekian dari seorang yang sayangkan islam dan ulama, tp bukan PAS
3:19 PM
Salam,
Islam adalah sebuah ideologi hidup, jadi bila membincangkan Islam, bererti kita membincangkan suatu idealisme mengenai cara manusia utk hidup, baik dalam konteks individu mahupun bermasyarakat dan bernegara.
Menurut kitab at Takattul Hizbiy,Syeikh Taqiyuddin an Nabhani, apa yg menjadi masalah bagi gerakan-gerakan yg bertujuan membangkitkan semula umat Islam, sejak akhir abad ke 19 dan di abad ke 20 ialah ;
1. Gerakan tersebut tidak memiliki pandangan yg complete, jelas dan jernih ttg Islam sebagai sebuah cara hidup. Idea-idea (fikrah) Islam yg dilontarkan masih terlalu umum, slogan-slogan tanpa pemahaman yg mendalam serta kabur.
2. Gerakan berkenaan juga tidak tahu atau tidak memiliki gambaran yg jelas bagaimana kaedah menerapkan (menjalankan) fikrah Islam ditengah-tengah masyarakat @ thariqah. Mereka membayangkan bahawa fikrah Islam boleh dilaksanakan melalui sistem pemerintahan selain drpd sistem pemerintahan Islam @ pemerintahan /kerajaan kufur.
3. Anggota gerakan juga dianggotai oleh segolongan org yg belum memiliki kesedaran penuh thdp Islam, niatnya masih bercampur dgn kepentingan peribadi.
4. Para anggota gerakan berkenaan bukan diikat dgn ideologi Islam tetapi kerana mengisi borang keahlian.
BULANMASA
5:54 PM
Ustaz, ana copy post ustaz nie. Mg2 org yg bukak blog ana dpt ilmu jugak...
3:30 PM
Assalamualaikum ustaz.
Saya cuba duduk di dalam kasut rakyat marhaen yang tak pernah masuk sekolah agama.
Perlu rasanya Pakar Linguistik dan Komunikasi Umum dijemput sekali. Bukan nak 'mencairkan' Islam, tetapi yang penting mesej dapat sampai.
Heh nanti ada yang kata saya ini apologist pula.
Salam perjuangan. Saya sentiasa mendoakan kalian.
Abadi
5:37 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home