" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, June 14, 2008

POTRAIT DEMONSTRASI NAIK MINYAK
13 JUNE 2008

Perhimpunan bermula di Masjid Kampung Baru. Sebelum solat pihak masjid telah menasihati jamaah agar tidak menyertai dan mengadakan sebarang himpunan di dalam dan perkarangan masjid.


Mendengar taklimat dari pihak penganjur bahawa himpunan ini adalah aman dan sebarang provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Malangnya perarakan menuju KLCC dihalang oleh FRU .



Plan B telah diambil , perarakan mengarah ke laluan Safuan Plaza untuk menuju Kompleks Sogo . Laungan takbir bersahutan dengan rintihan kesal rakyat agar minyak diturunkan harga atau Pak Lah segera turun .



Jabatan Amal tegas , cekal dan tabah dengan tugasnya mengawal perarakan aman ini agar tidak timbul sebarang perkara yang tidak diingini . Laluan ini agak sempit ruangnya dan ribuan manusia yang menyertai himpunan terpaksa bersesak - sesak untuk melepasi laluan ini sebelum keluar ke jalan besar , jalan Tunku Abd Rahman .



Perarakan menuju Kompleks Sogo setelah laluan ke KLCC di tutup rapat oleh FRU. Penganjur tidak mahu mengambil langkah bertempur dengan pihak FRU justeru ini adalah himpunan aman .


Perarakan ini turut dipantau dari atas dengan sebuah helikopter yang berlegar sejak awal perhimpunan hingga keakhirnya.



Peserta perarakan aman membantah kenaikan harga minyak kini bersatu dengan orang ramai yang kebetulannya sedang berada di kawasan tersebut sebelum mereka berhenti di simpang 4 lampu trafik berhampiran kompleks sogo .



Melangkah gagah menuju destinasi dengan bantahan yang nekad agar pihak kerajaan BN segera menurunkan harga minyak bagi meringankan beban rakyat .



Turun ! Turun ! Turun Minyak ! Bangkit ! Bangkit ! Bangkit Rakyat ! . Minyak Naik ! Pemimpin senang ! Rakyat susah ! . demikian antara slogan bantahan rakyat terhadap kerajaan kejam BN .


Mereka telah sampai di perkarangan Komplek Sogo dan berhimpun di situ . Laluan kenderaan di arahkan ke satu laluan yang lain oleh pihak AMAL bagi membantu kelancaran lalu lintas.



Para wartawan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan perjalanan himpunan ini serta mendapatkan kenyataan - kenyataan pemimpin atau penganjur himpunan.



Antara pemimpin yang menyampaikan pidatonya di saat ini ialah Yb. Salahudin Ayub , Tuan Hj. Mohd Sabu , Yb. Syed Azman , Shamsul Iskandar , Jonah , Ustaz Idris Ahmad



Peserta perarakan duduk beramai - ramai di atas jalanraya sambil mendengar pidato penganjur himpunan .


Kelihatan Yb. Salahudin Ayub melemparkan amaran buat kerajaan , kiranya mereka masih enggan menurunkan harga minyak , rakyat tiada pilihan lain melainkan akan sekali lagi menganjurkan perhimpunan ini iaitu pada 5 Julai 2008 di hadapan bangunan KLCC.


Kerana Mu BN , semuanya mahal !


Sejurus selesai pidato para pimpinan Pemuda PAS Pusat dan rakan - rakan pimpinan yang lain , perarakan bersurai secara aman dan menuju ke Jalan Raja Laut untuk mengakhirkan perhimpunan secara sempurna di hadapan Pejabat Agong PAS .



Himpunan disuraikan secara rasminya oleh Yb Salahudin Ayub dihadapan Pejabat Agong PAS .



Kelihatan peserta himpunan belum puas dan enggan beredar .



Pihak FRU tiba di Pejabat Agong PAS untuk meleraikan himpunan rakyat yang rata - rata sangat marah dengan sikap kerajaan yang menaikkan harga minyak dengan kadar yang sangat tinggi dan paling tinggi dalam sejarah kenaikan harga minyak dalam negara kita.



Kelihatan pihak polis berada di mana - mana dan masih mengawal ketat walaupun himpunan telah pun bubar dan bersurai dengan aman .


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home