" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, June 05, 2008

HADIAH KERAJAAN BN UNTUK RAKYAT


Sejak jam 6 petang tadi , suasana di Bandar Kuantan berubah secara mendadak . Seluruh jalan utama sesak dengan kenderaan yang berpusu – pusu memasuki stesen minyak mengatasi kesibukan menyambut malam aidilfitri atau tahun baru cina. Kesesakan luar biasa ini cukup menggambarkan kegelisahan rakyat . Saya terus menghubungi sahabat di bandar – bandar lain ternyata suasana serupa dialami oleh mereka. Saya percaya ia berlaku di seluruh Negara .

Peringkat awal saya sendiri agak keliru dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku sehinggalah saya dihujani sms yang melahirkan rasa kesal penuh sinis ekoran kenaikan harga minyak petrol pada kadar 78 sen untuk 1 liter . Kenaikan 78 sen ditambah 1.92 sen harga sedia ada menjadikan harga minyak seliter 2.70 tentunya menjadi satu tamparan hebat untuk rakyat. ( diesel naik Rm 1.00 = Rm 2.58 seliter )

Kesan paling buruk ialah kepada rakyat yang berpendapatan sederhana , kerana umumnya apabila minyak naik , segala kos kehidupan akan meningkat dan melambung naik termasuklah semua harga barang keperluan juga akan naik.

Saya termenung sendiri melihat suasana ini. Apa tidaknya…, kesanggupan rakyat beratur berkilometer panjang menunjukkan ketidaksanggupan mereka untuk membeli minyak dengan harga yang begitu tinggi ,walhal minyak yang mereka beli pada petang dan malam ini hanya mampu bertahan untuk perjalanan beberapa kilometer sahaja. Menjelang esok pagi , mereka pasti terpaksa membayar harga minyak dengan kadar Rm 2.70 seliter dan ianya berkekalan selama mana rakyat masih membenarkan UMNO dan BN memerintah Negara ini .

Hati ini memang kesal terhadap sikap gamaknya kerajaan BN bertindak sedemikian rupa tanpa menghiraukan nasib rakyat seperti saya , tetapi terlebih kesal hati ini terhadap sikap sebahagian rakyat yang tidak serik memberi kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk terus memerintah Negara , sedang UMNO dan BN tidak pernah bersimpati dengan tekanan dan bebanan hidup yang dihadapi oleh rakyat .

Seorang pengguna telah melahirkan rasa sebalnya terhadap isu ini dan pantas membuat congakan bagi membayang tekanan atau bebanan yang terpaksa beliau tanggung .

“ ….saya yg bergaji sederhana berasa tersentak dan tercabar dengan kenaikan ini, tidak dapat saya bayangkan apa perasaan rakyat yg bergaji kurang dari RM 1,000.00 sebulan....
mencukupi kah elaun/ rebat/ kupon yg akan di beri..... memadaikah rebat RM 625.00 setahun.... saya secara purata mengisi minyak sebanyak RM 300.00 sebulan. bermakna RM 10.00 sehari. bermakna setahun saya mengisi RM 3,600.00. Dengan kenaikan 40% ini bermakna saya akan mengisi minyak sebanyak RM 420.00 sebulan, jatuh RM 14.00 sehari dan setahun sebanyak RM 5,040.00.
Beza jumlah saya bayar setahun adalah RM 1,440.00 sedangkan rebat saya cuma perolehi sebanyak RM 625.00. Bermakna setahun saya menanggung kerugian RM 815.00. Bukankah ini penipuan yg nyata dari pihak BABI NEGARA?? Sampai bila kita perlu merelakan diri kita di tipu Babi Negara ni ??? Bagaimana pula nasib mereka yg baru beberapa hari memperbaharui cukai jalan ??? nak kena tunggu setahun lagi ker baru merasai nikmat kupon babi negara ini ???? ”

Isu kenaikan harga beras yang melambung masih perit ditanggung rakyat , kini mereka berhadapan pula dengan kenaikan harga minyak dan julai akan datang giliran kenaikan tarif elektrik pula menghimpit mereka .

Kerajaan BN pernah berjanji tidak akan menaikan harga minyak pada tahun ini , ternyata ianya satu pembohongan . Dato’ Shahrir Abdul Samad umpamanya membayangkan bahawa minyak akan naik ogos ini , tetapi kerajaan BN kelihatan tidak sabar untuk mendera dan menghisap darah rakyat .

Kerajaan sering berselindung disebalik subsidi yang terpaksa ditanggung olehnya sedang Petronas boleh mencipta keuntungan melepasi paras RM 80 billion dengan kenaikan harga minyak dunia . Malangnya apabila hasil negara yang sepatutnya dibaca dengan Dana Negara dibaca oleh kerajaan BN sebagai subsidi .

Nampaknya kerajaan BN tidak pernah memahami erti kebajikan dan terus gagalkan manafaatkan kelebihan galian kurniaan Ilahi untuk membela rakyat mereka sendiri .

4 Comments:

Blogger gujiks said...

Sampai masanya utk MOGOK ...

Tentukan masa dan ketika .. mogok seminggu semua mana2 kakitangan kerajaan , guru2 , pekeja kilang , kentin2 dan gerai , pengangkutan awam hatta penoreh getah ... semua telibat sebenarnya ...

Sampaikan cadangan ini pada pimpinan PR .. suruh mereka tentukan masa dan ketika .. kita buat sama2 ....

7:49 AM

 
Blogger Az-Zikr said...

Tiba lah masanya Pak Lah dan kerajaannya di hukum secara drastik ....sebagaimana dia hanya memberi masa 7 jam kepada seluruh rakyat semenanjung untuk menikmati sisa-sisa petrol pada kadar 1.92 seliter , dalam pada 7 jam itu bercampur dengan kesibukan masa orang balik kerja dan komitmen harian yang lain... patutkah kita dihukum begitu... saya nak menyimpul bahawa malangnya rakyat seolah-olah "sudah jatuh ditimpa tangga dan tercucuk paku pada tangga tersebut, dan paku tersebut berkarat dan berisi racun" mungkin ni peribahasa yang perlu diubah bagi melayak gambaran situasi hiruk pikuknya rakyat apabila mendengar pengunguman drastik itu...
"Ya Allah hancurkanlah kumpulan zalim ini"

10:22 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Tindakan zalim BN untuk kesekian kalinya. Setelah puas menjamu rakyat dengan maksiat, konsert-konsert yang melalaikan, kini diktator Pak Lah cuba mencabar rakyat lagi.

Jangan takut jangan gentar wahai pejuang-pejuang Islam sekalian. Gelombang kuning bisa kembali melanda. Allahuakbar.

8:40 AM

 
Blogger ketam said...

Assalamualaikum Hj,

Saya perlukan komen Hj berkenaan artikel di bawah.Harap Hj dapat emailkan komen saya di Ketam761@yahoo.com. berkenaan apakah peranan PAS dalam hal ini dan kenapa tidak ada Pemimpin PAS yang tampilkan diri mempertahankan AGAMA SUCI ISLAM ini?? dan kenapa PAS masih sanggup bersekongkol dengan parti yang jelas tidak menghormati ASAS AJARAN SUCI ISLAM dan UNDANG-UNDANGNYA??

Semoga ALLAH selamatkan kita daripada orang yang buta hati.

wassalam
-----------------------------------
Bagai "api dalam sekam " antara tuntutan IFC dan Gereja Katolik

Sepertimana yang kita tahu antara tuntutan IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Antara lain tuntutan-tuntutan IFC adalah :

• Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. • Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang. • Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil. • Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim. • Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang. • Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak. • Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam. • Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam. • Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suci Islam. • Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka.

Gerakan anti-Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November 2007 tahun lalu ( perhimpunan BERSIH ) jelas didalangi oleh IFC ( INTERFAITH COMMISSION ) .

1. ) IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh agama lain.

2. ) Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.

3. ) Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.

4. ) Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights” dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebasan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.

5. ) 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemimpin Islam menarik diri.

6. ) Januari 2005 deraf undang-undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

Matlamat : 7. ) Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.

Implikasinya : 1. ) Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma- norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia. 2. ) Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad. 3. ) IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam.

Yang menariknya pada perhimpunan 10 November 2007, gerakan yang bertopengkan parti politik ini berjaya mengheret bersama Presiden Pas Ustaz Abdul Hadi Awang termasuklah Anwar Ibrahim. Yang menjadi persoalan sekarang adakah Pas dan PKR terlibat sama dalam gerakan ini. Adakah Ustaz Abdul Hadi, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin sanggup menjadi pengkhianat kepada umat Islam Malaysia. Banyak persoalan yang timbul semasa perhimpunan itu diadakan yang perlu difikirkan oleh ahli-ahli Pas dan PKR. Antaranya adalah:

1. ) Kerjasama pembangkang PAS, PKR, dan DAP bersama Bar Counsil perlu dipersoalkan. Apakah niat kumpulan bar counsil terlibat sehingga sanggup menyediakan pasukan peguam dibawah pimpinan Sivarasa Rasiah yang melindungi pesalah demonstrasi haram yg ditangkap. 2. ) Gabungan parti pembangkang dengan kumpulan anti Islam seperti IFC ( Interfait Commision ) perlu dipersoalkan. IFC telah berjaya memperdayakan PAS dan PKR. 3. ) Pembangkang /penganjur sanggup menjemput Al Jazeera membuat liputan dan menyampaikan fakta dalam perhimpunan itu. 4. ) Kenapa Nik Aziz Mursyidul Am tidak turun berdemonstasi bersama BERSIH? Adakah Nik Aziz telah tahu perhimpunan itu gagal? 5. ) Husam Musa hanya duduk dalam masjid negara. Kenapa tidak berfungsi dengan baik? 6. ) Orang Islam sambut pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di masjid negara. Sejak bila kedua-duanya menjadi Ustaz Pas.

Mengapakah pemimpin-pemimpin Pas dan ahli-ahlinya berdiam diri mengenai isu tuntutan IFC ini. Dimanakah fatwa-fatwa pemimpin Pas apabila mereka mengetahui yang IFC telah mencabar kewibawaan Agama Islam itu sendiri. Adakah mereka sendiri bersubahat? Bila berdepan dengan UMNO mereka sanggup mereka-reka pelbagai fatwa dengan matlamat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam didalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud didalam PKR. Adakah semua umat Islam diMalaysia sanggup melihat apabila ada bangsa lain mempersenda dan memperkotak-katikkan Agama Islam itu sendiri. Sanggupkah kita berdiam diri untuk melihat masa depan anak cucu kita terumbang-ambing apabila dalang-dalang ini berjaya didalam tuntutan mereka. Yang sedihnya adalah apabila ada antara umat Islam itu menjadi duri didalam daging.

Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Yang terbaru apabila pihak Gereja Katolik berjaya didalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk peristiharan penggunaan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.

Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam. Tak ke janggal nama nya. Tidak ke pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah ugama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama “ Allah “, Tuhan yang maha esa. Dimanakah anda pejuang-pejuang Islam tidak kira dari parti politik mana pun. Tidak kira apapun tuntutan mereka samada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu utuh ditanah air kita, sama-sama lah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini.

June 5, 2008 6:35 PM

9:37 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home