" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, May 19, 2008


Akhi ! Kita kena akui meskipun PASTI telah berada dalam kelasnya yang tersendiri , kita masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu di perbaiki dengan segera . Malah kita juga mesti bersedia untuk mendengar rungutan dan keluhan petugas PASTI yang berada di bawah . Kita mesti lakukan ini . Mesti ya Akhi !


Macam mana kita nak buat ni ? Memang kita sedar PASTI telah mendapat pengiktirafan dunia terutama bagi Gerakan Islam , tetapi kita mesti memastikan pengiktirafan itu tidak menjadikan kita leka . Bimbang kelak , " hanya khabar indah berbanding rupa "


Kami akui , tugas sebagai guru PASTI ini amat berat dan mencabar . Tetapi kami nekad untuk melakukan yang terbaik agar PASTI terus mengharumkan nama Jamaah kita di pentas perjuangannya. Tinggal lagi , kami juga sangat memerlukan bimbingan dan motivasi yang berterusan dari semua pihak


Sebenarnya tugas guru PASTI yang mencabar ini sangat tidak sepadan dengan gaji atau imbuhan mereka terima , namun mereka ternyata gigih dan tabah menghadapi realiti ini. Justeru itu , Kita mesti menjaga kebajikan dan hak mereka agar tidak terabai . Mereka adalah aset kepada perjuangan suci yang kita dokong ini .


Muallimah sekelian ! Ayuh bangun , tugas kita masih banyak menanti dihadapan .Tanpa menunggu penghargaan dari sesiapa , kita kena selesaikan tanggungjawab ini dengan ikhlas dan hanya mengharapkan redha Ilahi .

4 Comments:

Blogger abe MIE said...

salam...

PASTI dah nampak macam al-Arqam... Apa pandangan DAP tentang PASTI?

apapun jangan dimomok budak-budak tu... biar dia jadi pemimpin mengikut acuan mereka tapi masih berlandaskan kebenaran dan keagamaan...

pada masa itu PAS pun dah jadi macam UMNO... di mana politik ibarat roda, ada atas dan akan tinggal di bawah

http://pkrpasdap.blogspot.com

11:01 PM

 
Blogger Ibnu Ali said...

Ape teruk no pandangan abe mie ni tentang PASTI? Apesal ke Arqam plak peginyer? Tak memasal...

6:47 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Bentuk satu jawatankuasa pantau/kaji/up gred silibus pasti supaya sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. Kanak-kanak hari ini semakin pintar, dek kerana perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.

Selain itu buat perbandingan antara selibus yang digunakan oleh pasti dengan tadika-tadika lain (kecuali tadika kemas). Contohnya tadika yang dikendalikan oleh Ngo seperti jim dan tadika swasta. Sekarang ini telah ada berbagai kaedah serta teknik pembelajaran yang mencapai standard tinggi. bimbang pasti akan tercicir di sini.

Selain itu, bagi guru-guru pasti selain PAS mengakui kelemahan terutamanya dari segi kebajikan seperti jumlah gaji, perlu ada inisiatif dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah itu. PAS mempunyai sejuta lebih ahli, fikirkan apa cara untuk memastikan guru PASTI mendapat gaji yang membolehkan mereka selesa hidup di zaman ini. Fikirkan juga kebajikan2 lain seperti kwsp, pinjaman perumahan, pinjaman kereta , elaun perubatan dan sebagainya.

Jangan menginsafi kerana PAS sebuah parti yang memperjuangkan Islam, yang daif serta bermacam2 lagi PAS sambil lewa memandang perkara ini.

6:48 PM

 
Anonymous Anonymous said...

dah nak masuk bulan 6, buku pasti utk pelajar 5 tahun masih tak siap cetak sepenuhnya.

Tak payah sembang bergegar la wahai pemuda Pas!

Apa komen salahuddin atau org yg berkaitan!

9:28 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home