Kejuaraan Cub Prix AAM Petronas Sprinta Malaysia 2008
di Litar Lembah Sireh Kota Bharu .
Kali pertama saya berpeluang menyaksikan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas Sprinta dari dekat , malah dari dalam litar melalui menara VIP .
Sebelum ini saya bukan sahaja tidak berkesempatan untuk menyaksikan kejuaraan sukan motosikal ini malah tidak "boleh" hadhir ke litar kerana saya merasakan sangat tidak sesuai untuk berada di situ ekoran kawasan litar akan di"hiasi" oleh gadis litar yang tentunya berpakaian sangat menjolok mata.
Berbeza penganjuran Kejuaraan di pusingan 4 ini , apabila Kota Bharu Bandaraya Islam menjadi lokasinya. Gadis litar tidak dibenarkan dan gadis promoter yang bertugas di gerai atau kaunter masing - masing dikehendaki bertudung .
Nyata peraturan dan undang - undang boleh merubah keadaan apabila ia dikuatkuasakan .
Anggota AMAL Malaysia terus menabur bakti di mana jua mereka diperlukan. Tentu sahaja menarik Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas Sprinta pusingan 4 ini menyaksikan khidmat AMAL dan sekaligus mengharumkan nama AMAL di pentas antarabangsa.
Sempat bersama dengan Shahrul Yuzi bekas pelumba negara yang pernah mengharumkan nama negara ke pentas antarabangsa dalam sukan ini . Turut bersama dalam pertemuan ini ialah En. Abdul Aziz .
1 Comments:
betul..betul..betul ;)
7:05 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home