" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, June 10, 2008

Memo Bantahan Kenaikan Harga Minyak
kepada YAB Perdana Menteri


Kandungan penuh Memo boleh dibaca melalui link :

http://pemuda.pas.org.my/images/stories/jun08/10%20jun%2008%20-%20memo%20bantah%20harga%20minyak.pdf



Kerajaan mesti mengkaji semula kenaikan harga minyak yang bukan sahaja tinggi tetapi sangat mendadak dan meletakkan rakyat menjadi resah malah tertekan .


Rakyat juga sangat tertipu dengan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri yang pernah mengumumkan bahawa minyak tidak akan dinaikkan selepas pilihanraya umum tetapi ternyata ianya tidak benar bahkan kerajaan menaikkan harga pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah kenaikan harga minyak negara.


Datuk Shahrir Samad turut membohongi rakyat apabila menegaskan bahawa minyak akan dinaikan pada bulan ogos tetapi hanya beberapa hari selepas ucapannya , minyak dinaikkan pada 4 jun baru - baru ini.



Ini adalah kenaikan harga minyak bagi kali yang ke 7 dalam tempoh 5 tahun . Persoalannya kenapa Kerajaan tidak bersedia untuk berkongsi untung minyak dengan rakyat.

Jika sebelum ini , kenaikkan harga minyak pada kadar 3o sen disebut sebagai untuk meningkatkan mutu Pengangkutan Awam , kelihatan kali ini kerajaan masih mengekalkan alasan yang sama dengan peningkatan mendadak harga minyak tersebut. Apakah ini hanya satu sandiwara kerajaan untuk terus memperbodohkan rakyat .

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ustaz
YB Salahuddin Ayub sangat mengecewakan di TV1.
Ana rasa pemuda kena kurangkan cabaran minta berdebat ni. Kecuali kalau dah benar-benar bersedia.
Sudahlah peluang untuk keluar TV tu sekali sekala sahaja timbul, peluang yang ada dibiarkan begitu sahaja. Seolah-olah PAS (bukan sahaja Pemuda kerana YB mewakili PAS) tidak mempunyai idea melainkan untuk membangkang.
Ana rasa YB sudah kehabisan idea untuk memimpin pemuda dan eloklah peralihan kuasa kepada generasi muda seperti Ustaz dan rakan seangkatan dilakukan.

Pemuda kampung.

1:39 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Demo lagi:Ingat Minyak.....sekarang, kita jangan jadi hangat2 taik minyak....


Kepada sahabat2 yang begitu terasa dengan kenaikkan harga minyak ini, jangan duduk peluk tubuh sahaja..ayuh kita buktikan. Tak guna kita mengeluh bersendirian.

Ini adalah masalah satu negara, angkara BN yang durjana..ayuh kita bersama-sama, buktikan bahawa tindakan kerajaan BN ini salah dan ditoloak oleh rakyat. Ayuh turun berdemo sebelum minyak naik lebih tinggi lagi.

Jangan lupa janji kita 13 Jun 2008, selepas solat jumaat. Kita berarak dari Masjid Kg. Baru hingga ke Suria KLCC.

Sebagai tanda soladariti dan kemarahan rakyat pakailah baju MERAH!...kenapa mesti MERAH...ya..MERAH itu lambang keberanian dan semangat yang membara....ia juga adalah lambang untuk menunjukkan ketegasan dan keseriusan kita dalam membatah kenaikkan harga minyak ini...



INGAT! MERAH itu bukan milik Umno...jangan lelong warna merah itu pada UMNO...MERAH itu adalah milik rakyat...Umno patut tukar warna rasmi parti mereka kepada warna yang lebih kusam...mereka tak layak pakai merah kerana mereka hingga kini masih takut untuk suarakan ketidakpuashatian rakyat atas tindakkan pemimpin mereka.

Jadi, jangan lupa...13 jun adalah hari rakyat merampas perjuangan tulen dari Umno..kita bersatu bangkit dengan jiwa yang merdeka untuk menunjukkan pada mereka bahawa rakyat tidak takut pada kerajaan Umno-BN lagi.

Selain dari Demontrasi ini juga, hari ini PAS Wilayah akan hantar satu surat bantahan kenaikkan harga minyak kepada PM pada jam 11 pagi di Perjabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Jam 2 petang pula, PAS Wilayah pula akan serah surat bantahan dan seruan agar pemimpin BN bertanggungjawab atas isu ini. Surat akan diserahkan pada sekretariat BN di PWTC. Bagi yang berminat, boleh berkumpul di Bus Stand depan The Mall jalan Putra.

Sebelum itu. Pemudawilayah juga telah lancar Kempen Kutipan tandatangan yang dirasmikan oleh Presiden 8 Jun lalu.


Dokumen memorandum boleh di download di sini. Bagi yang datang KL Jumaat ini, boleh datang terus ke pejabat YB. Titiwangsa di Kg. Baru bagi dapatkan salinan hardcopy secara percuma..

Diharapkan rakan-rakan dan seluruh rakyat dapat memberikan kerjasama dengan mengedar dan mengumpulkan tandatangan bagi menjayakan kempen ini khusus untuk mendesak Kerajaan Barisan Nasional tunduk pada tuntutan rakyat.

Bagi yang telah berjaya mengumpulkan senarai tandatangan, diharapkan dapat mengembalikan dokumen berkenaan kepada Sekretariat DPPWP sebelum 11 Julai 2008 (Jumaat) ke :

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
18-3 Tingkat 2, Kompleks Udarama, Jalan 3/64A Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur
TelFax : (603) 40421559
Zulkarnain : 0193764089
Herman : 019-2168557
Blog : http://dppwp.wordpress.com
Email : pemudawilayah@gmail.com

Bagi mereka yang masih bersemangat meneruskan kempen bantahan...pemudawilayah juga menyediakan program Edaran risalah pada;

Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 5 petang
Tempat : Pasar Malam Jalan TAR (Bermula di Hadapan Masjid India hingga Ke Pertama Kompleks.

Dan seterusnya pada malam itu satu ceramah akan diatadakan seperti maklumat berikut;

ceramah rakyat MEMBANTAH KENAIKKAN HARGA MINYAK

14 Jun 2008 (Sabtu)

9.00 malam

Pejabat Wakil Rakyat Titiwangsa, Kg. Baru

Speaker:

YB. Dr. Lo’Lo Hj. Mohd Ghazali
YB. Amiruddin Shaari
Ust. Idris Ahmad
Mohamed Hanipa Maidin

2:23 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home