" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, July 01, 2008

PROTES 6. 7 . 08'
REFRESH

Alhamdulillah , saya baru sahaja dihubungi oleh wakil pemuda PAS Pusat yang menghadhiri mesyuarat khas PROTES petang tadi dan alhamdulillah pihak PROTES telah bersetuju untuk meniadakan semua aktiviti nyanyian yang melibatkan band dan kumpulan - kumpulan sebagaimana yang tertera di poster sebelum ini .

Kecuali dikekalkan beberapa aktiviti yang Pemuda boleh bertasaamuh atau menerimanya seperti sajak , puisi , pentomen , tarian naga dan aktiviti selingan yang akan dilengkapkan lagi pada malam ini dalam final meeting mereka .

Sebagai pimpinan Pemuda PAS , saya ucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa PROTES , bermula dari pengerusinya hinggalah kepada seketeriat PROTES yang bekerja keras untuk menjayakan DEMO protes ini kelak . Semoga Allah merahmati kalian semua.

Saya berdoa agar himpunan PROTES kelak akan mencapai kejayaan dan menepati sasaran serta mendapat redho Ilahi .

5 Comments:

OpenID zainulfaqar said...

Tahniah Ustaz. saya suka cara ustaz mendekati perubahan secara Islam.

Teruskan usaha sbb kami ahli GMI mmg cukup thiqah dengan cara Ustaz berpandangan dan bertindak.

Salam ukhwah!

7:58 PM

 
Blogger DewanPEMUDAPASlipis said...

terima kaseh ustaz

10:43 PM

 
Anonymous bin.harun@dppwm said...

Alhamdullillah,

Keputusan ini melegakan hati kami di DPPWM untuk menjalankan amanah yg diberi dan mengharapkan keredhaan Ilahi dlm setiap tugasan.

6:33 PM

 
Anonymous nikfarhan said...

tahniah pemuda pas. rasanya tak luak pun program itu kalau takde persembahan-persembahan sesetengah kumpulan tu.

cumanya, mungkin kita boleh bagi peluang untuk diorang mencipta/mempersembahkan lagu-lagu yang bermakna. karya yang ada kaitan dengan permasalahan yang Protes cuba sampaikan, atau lebih besar lagi, karya yang berbunyi kemanusiaan. beri kepercayaan kepada mereka supaya satu hari nanti bila pas memerintah, mereka tak kalut untuk terus berkarya dengan cara tersendiri, tapi masih dalam lingkungan islam.

pernah jugak pergi konsert diorang sekali beberapa tahun lepas (tak sengaja). rasa macam susah jugak orang2 pas nak berdiam bisu kalau tengok mereka beraksi atas pentas tu.

9:16 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Terkini: Penonton ngamuk pasal band tunjuk bontot masa konsert.

Ape kejadah nya ni ustaz. Nampak gaya DPP kena ambil satu tindakan drastik agar benda ni tak berlaku lagi. Kami dibawah ni harap sangat tindakan segera. Kesian Unit Amal kita yang datang jauh2..alih2 mai tengok konsert haram jadah tu..

Please do something la ustaz..

10:09 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home