" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, July 04, 2008

SOLAT HAJAT
DAN
PIDATO ROHANI
DI SELURUH NEGARA .

Memandangkan keadaan politik negara kian bergolak malah mencetuskan susana tidak stabil serta resah dikalangan rakyat.

Negara diselubungi fitnah , khianat dan dendam , bagai api yang sedang marak membakar segala keharmonian yang pernah dikecapi oleh rakyat sebelum daripada ini .

Tekanan hidup dan peningkatan kosnya menelurkan sebuah kehidupan yang semakin pincang. Hilang perasaan justeru memburu sesuap nasi . Manusia menjadi rakus tanpa timbang rasa .

Pemimpin tidak lagi menginsafi penderitaan rakyat sebaliknya hanya memikirkan pelan memperkukuhkan survival kuasa dan pengaruh . Pecah amanah , menyelewengkan kepercayaan dan menyalah gunakan kuasa .

Politik menjadi ganas , sosial penuh dosa dan noda sementara ekonomi menjadi pentas sebuah penindasan terhadap golongan yang tidak bernasib baik .

Agama dilihat sebagai halangan untuk mencapai kepuasan dan kebebasan hidup. Para ulamak dipandang hina dan menyusahkan .

Maksiat dan mungkar kini melata, menembusi benteng ummah yang kian rapuh dan runtuh .

Artis dipuja dan julang sementara pendakwah dicerca dan dihalang . Kelalaian mula menguasai anak - anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara di masa depan

....... dan apa yang paling dibimbangi ialah prinsip amal Islami dan nilai akhlaknya semakin pudar dikalangan ummat Islam amnya malah membolosi pertahanan jamaah Islam itu sendiri apabila turut menerjah pemimpin dan anggotanya .

Lantaran itu , Dewan Pemuda PAS Pusat diseluruh negara melalui organisasinya di negeri - negeri adalah diminta agar menganjurkan IJTIMA' RUUHIYYAH untuk Solat Hajat dan Pidato Rohani di sepanjang tempoh bulan rejab ini .

Andai Pemuda PAS Negeri boleh menganjurkan IJTIMA' RUUHIYYAH ini maka aktiviti umumnya adalah bermula dengan solat maghrib berjamaah di Padang yang Luas dan solat hajat dengan dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama' Negeri masing - masing yang turut memimpin munajat khas agar Allah menyelamatkan Perjuangan & Jamaah kita serta seluruh ummat dan negara kita dari musibah kegagalan , kecelakaan dan penderitaan.

Aktiviti diteruskan dengan solat Isya' berjamaah lalu diakhiri dengan ceramah Motivasi atau Pidato Rohani yang membangkitkan semangat perjuangan berasaskan aqidah perjuangan yang benar dan tulen .

Fokus ceramah bukan kepada isu dan politik semasa sahaja , tetapi lebih menekankan soal aqidah perjuangan , jihad dan pengorbanan yang saya kira menjadi topik yang semakin pudar akhir - akhir ini .

Pemuda , ayuh kita hidupkan kembali nilai perjuangan berasaskan kekuatan spiritual atau kerohanian yang tinggi tanpa kita bersikap prejudis terhadap kupasan atau bicara isu dan politik semasa . Kembalikan zaman kegemilangan Doa Rabitah dan Wirid al Mathurat .

Masa dicadangkan ialah sepanjang bulan Rejab ini . diharapkan seluruh Dewan Pemuda Negeri dapat melaksanakannya dengan kapisiti minima kehadhiran untuk IJTIMA' RUUHIYYAH ini ialah 5000 orang bagi setiap negeri dan ia tidak hanya terhad kepada pemuda , hanya DPP Negeri menjadi penganjur dan penyelia.

Kepada DPP Negeri yang setuju menganjurkannya sila respon direct kepada setiausaha DPPPusat atau respon terus di blog ini . Insyaallah , pihak seketeriat akan memantau perkembangan.

Jayakan IJTIMA' RUUHIYYAH ini .

6 Comments:

Anonymous aBe said...

AMAT BERSETUJU DAN WAJAR DIKETENGAHKAN SECARA LEBIH SERIUS....

9:22 AM

 
Blogger Ibnu Ali said...

5 Julai, Solat Hajat dan Ceramah Perdana bersama Tuan Guru Dato Dr Haron Din, di Dataran Dahlia, Tampoi, Johor Bahru. Bermula selepas solat maghrib (jamuan). Jangan lupa bawa sejadah sendiri

3:18 PM

 
Blogger Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi said...

DPPN Pahang insyaallah akan mengan jurkannya pada 27 Julai 08' dan tentatif akan di maklumkan semula .

DPPN Johor insyaallah akan di adakan pada 2 dan 3 ogos insyaallah .

Negeri negeri lain yg telah memberi komitmen ialah Pulau Pinang , wilayah dan terengganu . Sementara tarikhnya akn dimaklumkan kemudian .

Harap negeri lain dapat segera memberikan komitmen

1:35 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam

Saya sokong . sebab saya tengok keadaan ummat Islam hari makin teruk . ahli jamaah islam pun agak kurang pegangan dgn prinsip islam itu sendiri .

PAS pun nampak mcm tersepit antara DAP dan PKR .

Semoga Allah selamatkan Islam dan seluruh pejuangnya.

Melaka nih bila nak bagi komitmen ? ustaz kamarudin cepatt aaa .

Melaka
Bandaraya bersejarah

1:38 AM

 
Anonymous salmi said...

Banyakkanlah program tarbiah dan ceramah perdana untuk umat Islam supaya budaya ini menjadi budaya Malaysia

11:23 AM

 
Blogger Zakaria Hamzah said...

kami Pemuda Penang malam esok akan mengadakan solat hajat, ceramah ruhiyah...untuk selamat Islam dan Jamaah, tmpt Pongsu 1000

12:42 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home