Bagaimana Kerajaan
Selepas 16 September ini ?
Semakin rancak dan kian panas perbahasan mengenai 16 sept dan kerajaan baru yang khabarnya bakal dibentuk selepas itu . Kelihatan ramai juga pihak yang tidak sabar - sabar menanti saat ini demi melihat runtuhnya sebuah kerajaan yang selama ini angkuh dipersada politik tanahair.
Saya percaya , tiada siapa pun yang naif terhadap perubahan apatah lagi jika perubahan itu membawa kebaikan kepada kita semua . Kebaikan kepada rakyat dan kebaikan juga kepada negara .
Tapi saya melihat dalam isu 16 sept ini , rakyat atau kita semua hanya menanti dan menunggu penuh debaran . Namun tiada siapa yang tahu bagaimana bentuk perubahan atau rupa kerajaan yang bakal dibentuk kelak kecuali individu - individu tertentu .
UMNO mesti ditumbangkan
Mungkin bagi setengah pihak , persoalan ini tidak penting. yang penting kata mereka ialah UMNO mesti dijatuhkan dulu. UMNO mesti ditumbangkan dulu .
Saya sangat setuju . Tanpa sebarang ralat dan takwil bahawa UMNO mesti ditumbangkan . Tetapi apa yang ingin saya terjahkan disini ialah bagaimana kerajaan baru tersebut ? Bagaimana ia dibentuk ? bagaimana ia ditegakkan ? siapa line up kepimpinannya ? dasarnya apa ? dan 1001 satu soalan lagi perlu dijawab dan diketahui .
Apakah bentuk dan wajah kerajaan baru kelak tidak penting diketahui dan dibincang ? yang penting hanya UMNO mesti dijatuhkan ?
Kalau kita nak bina sekolah agama rakyat pun , kita kena bincang berpuluh kali , kena fikir tapaknya , guru yang nak mengajar , silibus pengajian dan 1001 perkara yang pastinya tidak selesai dipikul atau diurus secara individu.
Inikan pula nak buat kerajaan , tak kan nak buat macam main silap mata saja . Ramai yang bertanya pendapat saya mengenai kerajaan baru yang bakal ditubuhkan ini . Saya nak bagi pendapat tidak boleh sebab saya tidak tahu bagaimana perancangannya dan bagaimana pula bentuk kerajaan yang akan dibentuk .
Saya tanya dengan pimpinan atasan PAS , rupanya mereka juga tidak tahu menahu mengenai rupa wajah kerajaan yang bakal dibentuk. Saya bertanya kepada orang yang kuat menyokong pun , mereka tak tahu bagaimana bentuk kerajaan tersebut . Mereka hanya jawab , kita kalahkan UMNO dulu . Mereka hanya menyokong tanpa mengetahui apa sebenarnya yang mereka sokong.
Sekurang - kurangnya kita boleh bersandar kepada pimpinan kita dengan penuh keyakinan dan kepercayaan kita kepada pimpinan . Tapi ..... kalau dah pimpinan tertinggi PAS pun tak tahu apa tentang bentuk kerajaan yang bakal ditubuh , kita nak sokong macam mana ? tak kan nak sokong buta begitu sahaja ? tanpa kita tahu apa yang akan kita sokong ?
Saya nak tanya saudara , saudara tahu tak bagaimana bentuk kerajaan yang bakal ditubuhkan itu ? atau saudara hanya menyokong tanpa mengetahui apa - apa ? hanya kerana mahu UMNO dijatuhkan .
Siapa bakal Perdana Menteri
Siapa yang bakal jadi perdana menteri , timbalan menteri , anggota kabinet dan bagaimana pula dasar negara malah banyak lagi perkara yang tidak mempunyai satu keputusan yang jelas terutama antara kompenan parti pakatan rakyat .
Saya secara individu menyifatkan ini bukan kerajaan Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada Kerajaan Anwar . Kerana pimpinan Pakatan Rakyat yang lain ( selain Anwar dan orang - orang kanannya ) , terutama pimpinan PAS , mereka juga tidak tahu menahu bagaimana perancangan ke arah membentuk kerajaan tersebut , bagaimana ia akan dibentuk dan siapa yang akan menganggotai kerajaan itu ???
Apatah lagi bila ditanya bagaimana kedudukan Islam . Apakah jaminan untuk Islam dalam Kerajaan baru kelak . Sehingga hari ini belum ada satu jaminan dari pendirinya bahawa Islam pasti diberi jaminan agar ia berada di tempatnya yang layak .
Kalau setakat berhujjah bahawa perlembagaan telah menjamin Islam agama rasmi , maka tiada bezalah dengan UMNO dan BN hari ini . Mereka juga berkata bahawa Islam dijamin oleh perlembagaan , sedang apa yang berlaku ialah Islam telah menjadi mangsa kejam mereka yang rakus dan liar malah bertopengkan agama seperti Islam Hadhari .
Ianya tidaklah bermakna saya tidak sokong . Saya sokong siapa jua yang akan menegakkan kerajaan menggantikan UMNO dan BN asal sahaja Islam terpelihara dan mendapat ruang yang sewajarnya .
Pengaruh BN dalam Kerajaan Baru
Apa yang yang pasti , kerajaan baru yang bakal dibentuk ini memerlukan sokongan sekurang - kurang 31 MP BN . Ertinya kerajaan ini tidak boleh dibentuk melainkan kena dapatkan sokongan mereka . Atau dalam bahasa lain , kerajaan yang baru nak di bentuk ini , kena jugak kongsi kuasa dengan sekurang - kurangnya 31 - 40 MP dari Barisan Nasional .
Kalau 40 MP Barisan Nasional menyertai kerajaan baru ini , maknanya kuat juga pengaruh Barisan Nasional dalam kerajaan baru nanti . Lebih kuat dari pengaruh PAS dalam Pakatan Rakyat sebelum ini yang hanya mempunyai 23 kerusi parlimen .
Persoalan lain yang perlu dilihat sebagai imbasan semula terhadap apa yang berlaku sebelum ini. Apabila PAS cuba untuk bertemu pihak UMNO , gegak gempita negara kita mempersoalkan kewajaran pimpinan kita bertemu dengan UMNO .
Ini adalah percubaan untuk kongsi kuasa dengan UMNO , ini bermakna memberi talian hayat kepada UMNO , ini tindakan khianat kepada Pakatan Rakyat , ini perbuatan membawa masuk PAS ke dalam UMNO dan pelbagai tohmahan lagi dilontar .
Tapi nampaknya kerajaan baru ini juga menggunakan khidmat MP dari BN . Mengongsi kuasa dengan 31 MP BN itu kelak tidak pula dianggap sebagai khianat kepada Pakatan Rakyat .
Kita kata rakyat tak nak BN . Kita kata BN mesti dihapuskan dan ditumbangkan . Kita kata Tak Nak kepada BN , sekarang kita menagih simpati 31 MP BN untuk tegak kerajaan .
Entahlah , saya pun tidak tahu berapa orang muslim ( biarpun apa jua bangsa mereka ) dari 31 MP itu kelak .
46 Comments:
Ust kena jawab soalan ni.
16 sept ni kalau ada 2 pilihan kita kena pilih yang mana
1. Tidak bersama PR, atas alasan yg akan tegak lepas tu adalah sistem jahiliah. UMNO terus kekal di puncak kuasa. Rakyat terus menderita. Islam entah kemana. Nak sampaikan Islam di masjid surau dihalang. Tazkirah Ramadhan diharamkan
2. bersama PR, UMNO akan tumbang, Ruang untuk menerang agak luas dan terbuka. Mungkin hudud tak dilaksanakan. Kelantan pun tak laksana hudud. Kedah yg dipimpin PAS lagi gelap gambar.
Rakyat macam kami ada 2 pilihan.
1. nak kekal dalam kezaliman dan kesempitan hidup. Minyak mahal, barang barang terus naik mendadak
2. Keluar dari kezaliman ni. Minyak turun 17 september. Barang turun harga
Pilihlah..
7:12 PM
Untuk makluman tuan tuan.. Bila membaca artikel ust tantawi, kesimpulan saya. Inilah hasil muzakarah UMNO PAS.
Muzakarah UMNO PAS berjaya Melahirkan pimpinan PAS yg curiga dengan Pakatan.
Muzakarah UMNO PAS berjaya menzahirkan pimpinan PAS yg tertipu dengan muslihat UMNO, kononnya Islam akan terhakis bawah PR.
Muzakarah UMNO PAS berjaya memecah belahkan keserasiah PR selama ini.
Cuma yg peliknya, masa para pimpinan PAS bukan main galak jumpa UMNO sembunyi sembunyi. Bila Muktamar dah terima ISu muzakarah ni, isu ni terus senyap. Mana dia org yang nak muzakarah dengan UMNO hari tu. Buatlah pertemuab sekarang. kan muktamar dan beri ruang.
7:31 PM
Assalamualaikum
Pertama :
Kenapa kita hanya hadkan kepada 2 pilihan dihadapan kita . Kenapa tidak 3 atau 4 pilihan .
Kita ada pilihan ke 3 iaitu tegakkan kerajaan Islam atau sekurang - kurang kerajaan yang memberi jaminan kepada Islam untuk melaksanakan peranannya dengan lebih besar dan luas .
Kalau Kerajaan Anwar kelak memberi ruang yang lebar kepada Islam , saudara jgn bimbang , saya pasti menyokong penuh .
Saya juga seperti saudara , mahu BN ditumbangkan . Cuma hitungan saya , berbanding harga minyak naik saya lebih bimbang angka kemusnahan aqidah yg juga kian naik . So Islam mesti diberi peranan yg lebih lebar dan berkesan.
Sebab itu , kita mahu pastikan apa bentuk kerajaan yang akan ditegakkan ?
Persoalan ini timbul kerana pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden dan Timbalannya tidak tahu bagaimana bentuk kerajaan itu akan dibentuk sbb mrk tidak pernah dipanggil atau diajak duduk sekali berbincang dan merancang.
Kalau saudara kata ini kerajaan Pakatan saya personaly tidak bersetuju . Ia mungkin kerajaan Anwar atau kerajaan PKR bukan Kerajaan Pakatan kerana Presiden PAS tidakdiajak sekali bincang dan merancang ke arah pembentukan kerajaan tersebut .
8:11 PM
Assalamualaikum
Buat saudara kedua pula . Salah menilai saya sedemikian. Saya menulis demikian bukan kerana terkesan dgn MUZAKARAH PAS - UMNO tetapi terkesan dgn MUZAKARAH ANWAR - BN .
Muzakarah UMNO - PAS tiada sebarang natijah pun lagi untuk saya terkesan dgnnya.
Tetapi saya sangat terkesan dgn muzakarah ANWAR - MP BN yang ada natijah iaitu ke arah penubuhan kerajaan .
Dulu org marah PAS jumpa UMNO kononnya PAS nak kongsi kuasa dgn UMNO . Presiden dituduh khianat kpd parti dan rakan Pakatan .
Tapi Anwar jumpa BN untuk bincang nak kongsi kuasa sekurang - kurang bersama 31 MP BN atau tubuh kerajaan , tidak mengapa :(
Tidak pula dianggap mengkhianti parti dan rakan Pakatan .
Rasa bimbang masa depan dibawah kerajaan baru bukan muslihat UMNO tapi datang dari hati kecil kami termasuk saya sendiri kerana tiada jaminan untuk Islam . Apatah lagi membaca kenyataan presiden PKR bahawa mereka tidak mahu negara Islam .
Kalau saudara ikhlas mahu menilai , rasa curiga bukan juga hasil propaganda UMNO tetapi hasil dari sikap Anwar dan sebahagian pihak tertentu yg lain , yang begitu ghairah dan mahu menegakkan kerajaan baru , buat pertemuan tertutup dgn MP BN tanpa memanggil sama pimpinan PAS seperti presidennya untuk duduk sekali merancang dan membentuk masa depan negara dan kerajaan yg bakal dibentuk .
Nak bentuk kerajaan mcm mana tu yerk ? sampai merahsiakannya daripada PAS . Mcm ada sesuatu jer ?
Hah , kalau saya lontarkan kebimbangan dan kesangsian mcm tu bagaimana ?
8:42 PM
Kalau macam tu... bimbang takut jadi ntah apa-apa.. kita doa jelah UMNO terus berkuasa. Kita tunggu ada jaminan tegak negara Islam baru kita ke depan.
Buat masa ni biarlah UMNO berkuasa. Kalau ada usaha menegakkan kerajaan Anwar inilah masanya MP PAS yang berjumlah 23 orang tu menarik diri. Bila MP PAS menarik diri pasti kerajaan Anwar akan gagal... Cuma yang masih ada berkuasa pada saat itu ialah kerajaan BN..
Hidup Melayu.. Hidup Islam. Aku sokong tantawi... buat apa nak jatuhkan sesama Melayu.
11:47 PM
Assalamualaikum.
Dalam hal ini, kita boleh gunakan kaedah irtikab akhaffi ad-dhararain (mengambil mudarat yang lebih ringan).
Mana yang lebih mudharat?
Kerajaan Pak Lah atau Kerajaan Anwar.
12:46 AM
Assalamualaikum.
Kita boleh guna kaedah 'irtikab akhaffi ad-dhararain' (mengambil mudharat yang lebih ringan).
Mana yang lebih mudharat?
Kerajaan Pak Lah atau Kerajaan Anwar
1:07 AM
sy setuju kaedah fiqh digunapakai sbg panduan kita.
fikir2kan ini.
BARISAN NASIONAL
umno + mic + mca
yg terlebih pasti semua2 ni tolak Islam keseluruhan.
PAKATAN RAKYAT
pas + pkr + dap
satu sokong kuat Negara Islam,
satu tentang negara Islam,
satu diam..
50 tahun telah diberi pada BN jelas dan terbukti konkrit Islam tidak di atas.
sy juga tidak seronok dgn situasi skrg.. alangkah baiknya dan syukurnya jika semua sekali Melayu sokong PAS dan MP PAS boleh la dominant.
1:40 AM
persoalannya;
1. PAS nak dominan??? dimana silapnya bila PAS tidak dominan??
2. Anwar Ibrahim muzakarah dengan BN atau Muzakarah untuk ajak individu-individu BN (bukan parti) masuk PR??? apakah muzakarah PAS-UMNO dulu, individu-individu UMNO (bukan Parti) masuk PAS, atau PAS join UMNO???
3. PAS nak memerintah?? bersediakah PAS memerintah dikala wujud DAP yang akan bertindak hari-hari menyerang PAS?? macam mana mudharatnya nanti???
4. PAS nak memerintah dalam Pakatan Rakyat ke, atau PAS nak berdakwah dalam Pakatan Rakyat???
5. Pakatan rakyat hidup dikala anwar Ibrahim Hidup. Kenapa tak fikirkan kerajaan Islam selepas Pakatan rakyat (selepas Anwar mati)???
6. mejoriti rakyat nampak Anwar PM. kenapa mereka tak nampak PAS??? di manakah silapnya???
7. kalau Anwar Ibrahim jadi PM sungguh, apa perancangan PAS untuk mendominasi pemerintahan selepas itu???
8. 16 september kerja Anwar Ibrahim sorang, bukan kerja PR... apa yang PAS buat nak minta agar individu UMNO lompat masuk PAS???
9. dengar-dengar khabarnya, kalau PR memerintah, Pak Lah nak lompak masuk PAS.. betul ker????
10. mengapa kita salahkan Anwar yang kononnya dilihat hebat, sedangkan apa usaha kita nak bagi PAS dilihat hebat??? peliknya, PAS dah lama berjuang, tetapi tidak dilihat hebat juga. kat mana silapnya ni????
ntah lah politik sekarang??? tetapi, sekali sekala, cuba kita berfikir "diluar kotak"..... mungkin disitu kita akan berjumpa jawapannya...
sekian
Al-Bakistani
4:02 AM
YA ALLAH JADIKANLAN 16 SEPTEMBER INI SATU KEMENANGAN BAGI ISLAM DAN PENGIKUTNYA, BUKAN KEMENANGAN YG TIDAK MENGUNTUNGKAN ISLAM YAAA RAB.
12:13 PM
apa lah lagi mslh ustaz.kenapa tak buat perancangan utk PAS sendiri ketika pakatan rakyat memerintah 16 september.kelebihan pun bnyk pada PAS jika ini berlaku.cuma kena rebut peluang.bkn mencurigai.tak semestinya PAs juga bersih dan bagus.cuba ustaz pergi ke sebelah nibong tebal.cuba tanya apa YDP PAS buat?rasanya ramai dah tukar kapal baru sebab YDP gila kuasa sorang ni.cuba ustaz tanya,nak no hp YDP tu saya bg..................
8:50 PM
nak tambah sedikit je lagi..
sebelum 2.9.98 pas seolah olah sebuah parti yang tak wujud.tak siapa pandang.ramai yang berpendapat PAS bkn utk profesional melayu.tetapi selepas 2.9.98.pas mula di pandang.
salah parti yang lain ke PAS tidak menonjol?atau salah beberapa golongan dalam PAS yang masih berfikiran penuh curiga dalam pakatan sendiri.yang saya pelik lagi,golongan ini terdiri dari golongan yang mengaku ulama.
PAS tetap di takuk lama tanpa anwar ibrahim dan bersama DAP dlm pakatan rakyat.penyokong PAS bkn islam lebih teruja dgn sifat dan sikap tuan guru nik aziz.
pernah pemimpin PAS terfikir dan berfikir,siapa ikon PAS selepas ketiadaan tuan guru nik aziz kelak?
yang pasti bukan tuan guru haji hadi awang dan anda yang bersifat terlalu radikal.menulis tanpa meghormati budaya pelbagai kaum di malaysia.dan mcm anda semua shj yang islam.orang lain tak islam.
10:23 PM
ana agak boleh menerima kata-kata matcomot....
jangan kita hipokrit. kita lemah, perlu diperkuatkan. kekuatan orang, perlu dijadikan motivasi untuk kita kuatkan diri kita. bukan kita melemahkan orang, dikala kita berkhayal kita kuat.
persoalnya?? benarkah kita kuat???
al-bakistani
1:44 AM
salam...
saya juga ahli pas n saya juga rasa kebimbangan n x selesa dgn perancangan 16 sept...
tambahan pula presiden n pemimpin2 dr komponen PR tidak diberitahu penerangan n apa2 perbincangan ttg kerajaan baru ni,bagaimana kita nak memerintah bersama??
saya pun bukan menentang kerajaan baruni tp mempersoalkan mengapa ianya hanya dipelopori oleh satu parti shj dlm komponen pr??
abang mat sabu pun x tahu menahu,presiden pun x tahu menahu,ustaz nasrudin pun tak tahu...nak tubuhkan kerajaan camna ni kalu rakan kongsi tak diberitahu ttg hal ni??mengapa harus dirahsiakan??
ANWAR perlu yakinkan komponen lain dlm PR barulah kita leh bekerja bersama2...
betul kata ustaz,mengapa bila PAS jumpa UMNO --> pengkhianat
ANwar jumpa wakil2 BN ---> ok!!
lgpun Pas sebelum ni x pernah pun mempersoalkan mengapa ANWAR pi jumpa Mp2 dr BN sebab kami percaya n yakin dgn ANWAR...jd mengapa ada dikalangan komponen mempersoalkan bila PAS jumpa UMNO??mana kepercayaan sesama komponen PR??
tentang isu lompat parti nanti...semuanya dr BN...
pertama kita kena ingat beza MP islam n bukan islam dlm PR pun tak jauh berbeza,jd yg lompat tu nanti dr banyak dr mana??
andaikata nanti bila dicampur ramai dr golongan bukan islam..apa kesannya??dapatkah islam diberi jaminan akn berada ditempatnya??
keduanya kita tahu perangai MP2 BN ni terlibat dgn salah laku rasuah bagai,jd bersediakan DSAI nanti sbg PM menghukum mereka2 yg melompat tu n masukkan dlm penjara jika didapati bersalah??kita dah terhutang budi ni...adakah kita akn memejamkan mata??tgk saje kes nak pilih MB ganu...
benda ni pun jd senjata Umno nanti..
jd nak tubuhkan kerajaan baruni perlukan perancangan yg rapi n diperhalusi betul2..jgn kira nak tumbangkan BN jek walhal benda ni dipandang enteng...
mungkin DSAI dah jumpa formulanya,tp dia kena la terangkan kat komponen2 lain n meyakinkan komponen2...barulah kita dapat bekerjasama dgn lebih baik...
p/s matcomot - hang x perlu pertikai sapa nak ganti nik aziz,pas x dipandanglah hapa...
tanpa pas hangpa ingat pkr leh menang??dan begitu juga tanpa pkr pas x mungkin menang banyak kerusi...jd jgn nak peleceh parti lain...tanpa DSAI sapalah pkr??lepas DSAI pergi sapa nak ganti??ke lepas DSAI pergi MP2 BN tu lompat BN balik??jd hebat sgt ke pkr??
hang yg curiga takpa??org lain x boleh??
1:03 PM
jom kita `kerja bersama2'
mudah2an ikatan perpaduan dlm PR semakin utuh...insyaallah...
rasa curiga ke hapa itu perkara biasa,tambah2 bg ikatan yg baru melangsungkan perkhawinan..tp tu lah tandanya sayangnya kita pada rakan yg lain...
jd kita tangani dgn baik,tak payah tuding sana sini...insyaallah kita menanti kerajaan yg diredhai Allah dibumi Malaysia nih...
Allahuakbar!!
1:08 PM
kalau tak pernah kena I.S.A maka tak kenal hati budi UMNO@Barisan Nasional...
kena sekali baru tahu langit tinggi ke rendah
9:04 PM
aku lebih menghormati mereka yang berani.bukan pondan dan pengecut dgn istilah " Anonymous ".
mslh skrg,yang curiga hanya beberapa kelompok dari pihak PAS shj.lebih batu api dari karpal singh.sama je seperti mereka disebalik antihussam.blogspot.
anda mukin tak tahu siapa.tapi dari ahli PAS juga.apa faedah org umno nak anti hussam seorang.
nak tau siapa?blogger juga........baca posting yang lama lama aku.
kalau PAS bincang dgn BN ada faedah,kenapa sampai sekarang mustafa ali diam membisu.
kenapa nasharuddin mat isa dulu tak mengaku.
kenapa mahfuz omar minta maaf?
11:12 PM
sikit je lagi...
pernah ke PAS trengganu mengaku apa mereka dah buat sampai sekarang PAS tak blh rampas semula trengganu.kenapa tak ti tukar kepimpinan trengganu.
dah dua kali gagal.ingat tak mcm mana DAP keluar barisan alternatif akibat ego dan sombong seorang pemimpin.
pernah tak tanya hassana li,kenapa tak jawab panggilan telefon kawan lama.org pas.ustaz juga.ustaz tu cuma nak tanya,kenapa pandai pandai p bincang dgn khair toyo dulu.
bnyk lagi la mslh,kalau kita join org bawah.masa reformasi.aku berjaya ambil 300 org jadi ahli PAS.kena tatatertib tau.aku keje krjn.mudah cerita.aku resign.
tapi aku kecewa dgn kelompok PAS yang ego dan sombong.tak boleh di tegur.macam MAKSUM.kalau di tegur,lawan ulamak.ntah mana punya hadis di org ni guna.
11:18 PM
mat comot
awat duk kona kot lain...antihusam la hapa bagai...ke kau nak sebut benda2 tu sume ntk menunjukkan PAS ni x leh dipercayai??
kalu nak sebut `kepercayaan n kesetiaan' aku rasa ramai pemimpin dr PKR sendiri berpaling tadah dr pkr n bosnya DSAI...
aku leh guna gak benda tu sbg hujah PKR ni x leh percaya..sama jek ngan umno...datang pun dr pecahan Umno rata2nya...amcm??
ni awat plan 16 sept ni duk rahsia2 smpai presiden Pas tak tau??ke hangpa dah ego gak al kononya Pas ni x penting sgt??maklumlah jumlah MP paling sikit dlm Pr kan??aku leh kata PKR gunakan/perkudakan org2 PAS selamani ntk survival depa...time jaga jalan,sapu smpah bagai time tu la cr petugas pas...chegubard nak bertanding kat rembau pun pas bg jalan..xda hal pun..tp dah menang bagai lupa diri,rakan pun dipinggirkan...
amcm??sedap ke bunyi nya??x best kan...
jd hang duk peleceh PAS sgt ni napa??tp aku dah agak tu la ayat hang...ulamak pas x leh tegur..maksum lah ego lah hapa...
hangpa PKR nak apa lg??
masih sangsi ngan PAS??
kalu pas ni tak setiakawan...dah lama Pas join umno..steady jek dpt 4 MB...kot2 leh dpt gak jawatan dlm kabinet.. :-)pastu mmg jadi mat jenin la DSAI cmna nak jd PM??satu MB pun tak dak..tp itu kalu pas ni x setiakawan n pengkhianat la kan...jd hang kena pikir2 balik la...toksah duk nak ek smcm jek...pas duk dlm PR ni pun bukan nak duk jd pak turut jek..jd respek sket kat komponen2 lain la bro...masing2 ada peranan..
ustaz nasrudin ni pun curiganya kat DSAI bertempat..bukan suka2..jd hang pi pesan kat DSAI setelkan problem ni...baru lah kita sama2 leh bina kerajaan baru yg diredhai ALLah...dlm PR ni xda sapa ketua...yg tu hang kena ingat...jd jgn nak pandai2 wat keputusan sendiri...
11:59 PM
lg satu hang tanya apa kebaikan Pas berjumpa ngan umno kan...ok kalu x da kebaikannya...apa keburukannya yg dah berlaku???hang kan teror..semua benda tau...habaq mai sat..kot2 la ada benda yg ramai org tatau...
12:07 AM
Anonymous= kenalkan nama.awat pondan ka? jelajah semua blog.dan baca.........rasanya semua org dok anti kat dua tiga puak ustaz yang mengarut ni.
aku tak kono..aku tanya.
kenapa PAS tak dpt blk trengganu?
kenapa nasaruddin mat isa diam je sekarang?
PAS join UMNO?
dulu bukan president PAS katta umno tu kafir ke?
join org kafir?hangpa lupa kot.......sama je lah mcm PKR buat.
buat apa tantawi dok pertikai.
12:24 AM
aik takut ke ngan gelaran anonymous??
dah tu hang sendiri tau PAS x kan joint umno...apa yg hang duk bising2 pas jumpa senyap2 la hapa la,xda kebaikan bagai??
DSAI jumpa sapa pun Pas x da bising pun...
yg kes ni apa citer??awat DSAI x ajak bincang sama2??DSAI x percaya ngan Pemimpin Pas ke??ini yg ustaz nasrudin ni tanya...aku pun nak tanya benda ni..awat jd lagu ni??kata sepasukan??
12:33 AM
pertikaian antara matcomot dan anony, aku lebih menyokong matcomot..
anony menyerlahkan lagi sebab mengapa PAS masih tidak dipandang hebat untuk memerintah malaysia!!!
8:58 AM
cuba tanya Musyidul am TGNA,DSAI bagi tau dia semua. kalau TGHH, Mat sabu, ust Tantawi, ust nasa tak tahu bukan makna pimpinan pas yg lain tak tahu.... ini soal kepercayaan. ngapa DSAI tak bagi tau anda semua? sendiri mau ingatlah.....
11:12 AM
Klau aku jadi DSAI pun aku tak cakap kat TGHH,NMI pasai lepas pilihanraya umum dh jumpa UMNO...sangsi dgn Anwar...
bukan aku cakap...tuh fakta yang terjadi kronologi perjumpaan pimpinan dgn UMNO & kawan2 di selangor hingga YB Khalid Samad tarik diri...tuh bukan aku yang cakap...1 lagi fakta...
aku tgk mat comot tak lari fakta...cuma anony yang dok pusing belit fakta...bukan susah pun..tggu sj la...
kata takut Kerajaan yang trlaksana akan lebih bersikap sama sekular...jadi bagusnya sekular UMNO tahan PAS bawah ISA..Kes Memali yang aku sendiri pun tak puas hati dgn UMNO...
bagus sekular UMNO dari anwar yang berjaya memartabatkan islam dgn 50tahun memerintah hanya islam nampak dari bina masjid indah2 dgn pertandingan al-quran peringkat antarabangsa tiap2 tahun dgn tokoh maal hijrah tiap2 tahun...
ulamak muda mcm nih takut kot2 bila kerajaan PR wujud...tak bley nak tarik golongan yang dh 50 tahun terpesong dgn hiburan & lain2...jadi smash siap2 kerajaan yang bakal bertukar...
Apa yang anwar jentik hampa sampai tuduh,risau,geram,syak wasangka dll?aku bukan taksub dgn anwar....dalam meeting pun biasa aku pertikai bila mana tuduhan ezam pada dia...
tapi guna la platform,nih tak...klau takat nk smash mcm nih...aku pun reti...keja maki saja...
kena tak cari sapa anti husam tuh?pasi orang hampa?nih semua fakta...tadak kona tang mana...cuma jadi la realiti...hampa ingat best sgt hampa buat andaian syak mcm nih?yang dok syok orang tepi hampa...
turun bawah tgk...siap ada yang maki hampa tau...bukan ahli PKR...tapi PAS sendiri...jgn gadaikan PAS,utk pengetahuan hampa...aku kenai matcomot,dia tidak bukan ahli PKR tapi ahli biasa PAS era 98 kebangkitan rakyat...
so,klau mcm nih cara nk hujah...aku setuju dgn anyno atas komen rajauda...
12:48 PM
hmmm apa pun aku tertarik dgn anony nya 2 persoalan kat atas...
1. bila ramai dr BN non muslim lompat maknanya dlm PR nanti ramai dr non muslim dr muslim apa kesannya??agak2 apa cara DSAI nak control..kita tahu ni point besar ntk umno nanti..
2.kalu majoriti yg melompat umno bukak kes rasuah bagai siap bukti2,bersediakah DSAI as PM tangkap masuk penjara kalu didapati bersalah??betul juga tu kita dah terhutang budi merteka melompat..tak kan nak hantar ke penjara??
jadi ada sapa2 leh tolong jawap??
1:03 PM
wow maknanya DSAI x percaya pemimpin2 Pas kecuali TGNA la nih...
perghh apa lagi ustaz nasrudin...
buat apa tunggu lagi??pengorbanan ustaz sekalian diorang x pernah nak hargai pun...aku berdoa mudah2an ahli umno leh insaf n bubar masuk Pas...amin...aku rasa kalu umno sanggup terima prinsip islam lg mudah terlaksana negara yg diredhai Allah...bukan apa,tgk jek yb zul dapat surat cinta...ramai hati yg terguris ngan tindakan pemimpin pkr tu...xpa ulamak2 pas x layak nak tegur..biarkan mereka syok sendiri...
1:09 PM
aku meluat gila n bengang kenapa YB Zul dapat surat tunjuk sebab..dah la rpk pun hina islam,pkr pun sama??xkan sebab DAP suh ambik tindakan pemimpin pkr ikut jek??
jgn smpai org2 Pas tak percaya ngan pkr sudahla...korang kutuk ulamak pas x leh pakai,xleh kena tegur..tp korang suka dengar lg ulamak dr dap yek...xpa2 teruskan la perjuangan korang..adioss...
1:21 PM
kejap jek Allah nak tunjuk..patut la pemimpin Pas ada yg risau ngan pkr ni samada leh bawak islam ke tak...
kes YB zul menceritakan segalanya..perlu diingat yb zul ni biasa duk main ngan isu murtad bgai..dia tau apa yg dia buat..
aku tetap sokong yb zul..
aku harap pemimpin pkr x kan buat tindakan bodoh lg pasni...
1:36 PM
Berpeganglah pada surah a-Taubah: 73 sebagaimana seruan Allah akan kekasih-Nya;
"Hai Nabi! Berjuanglah terhadap orang-orang kafir dan orang-orang munafiq dan berlaku keraslah terhadap mereka. Dan tempat mereka dalam neraka jahannam. Itulah tempat kembali yang jahat."
1:41 PM
This comment has been removed by the author.
4:17 PM
slps 16/9 hanya ada 2 kemungkinan: pertama kerajaan BN terus memerintah keadaan samada kekal mcm skrg atau lebih teruk, kedua PR berjaya ambil alih dan beberapa perkara munkin dpt diubah antaranya harga minyak, hapus ISA, suburkan demokrasi, hapus korupsi dll. so pilih la.
aku setuju dgn comot, mmg penat berhujah dgn puak2 konservatif PAS ni wpun aku pun ahli PAS
4:24 PM
mereka ni x kan paham ustaz...ckp la camna pun depa mmg xkan makan saman...aku rasa DSAI perlu menghilangkan kebimbangan yg dirasai oleh pemimpin Pas...
aku setuju ngan presiden yg buat keputusan ntk keluar dr PR sekiranya kerajaan yg baru nanti x meletakkan islam ditempatnya...
4:55 PM
bg pkr...
1.pas x layak ntk diajak berbincang
2.ulamak pas sombong
3.pas perlu ikut bontot pkr
4.pas x da hak bersuara menyatakan percanggahan pendapat or kerisauan
5.pas x mampu nak mentadbir
6.pemimpin2 pas low class berbanding pemimpin pkr
p/s walaupun nyawa pkr banyak bergantung pd pas selamani..tp dah menang banyak..biasak la...
4:59 PM
diantara kepimpinan yang hadrir ketika mesyuarat td adlh,Setiausaha Agung PAS, Dato Kamarudin Jaffar; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad; Dr Zulkifly Ahmad; Bendahari KeADILan, William Leong.Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa dan Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub turut akan menyertai mesyuarat bersama kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini.Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pihaknya mampu mengambil alih pemerintahan negara dan beliau meletakkan 16 September sebagai tarikh penubuhan kerajaan baru.
persoalan di sini.....kenapa tokoh ulamak PAS tidak hadir?presiden PAS tidak hadir.yang hadir cuma golongan profesional PAS
5:16 PM
siapa pas sebelum 1998?pas sebenarnya parti mundur yang tak progressif . Kalau bukan kerana pengaruh anwar,pilihanraya 2008 mungkin pas hanya kekal di kelantan . pas hanya mementingkan serban dan tulisan jawi,bukan isi islam itu sendiri . pas lemah dalam politik dan tidak dapat membezakan musuh dengan sahabat .
kenapa pimpinan pas secara senyap berjumpa dengan umno?adakah pas mengajak umno masuk pas atau pas ingin berkongsi kuasa?apa bezanya dgn anwar?anwar secara terang terangan memberitahu bahawa mana mana mp bn yang mempunyai aspirasi sama untuk membentuk kerajaan yang lebih baik bolehlah menyeberang tetapi bukan dengan imbuhan wang . Tapi pas,secara senyap hingga naib presiden pun tidak tahu,berjumpa dengan umno .
Bila masa umno baik?
bila masa umno baik?
bila masa umno baik?
ayat ni diulang 3 kali supaya pas tahu mana itu politik dan strategi,mana itu hukum kitab .
pas perlu tanya diri mereka,sepanjang 50 tahun malaysia wujud,umno kah yang menjaga islam?umnokah yang mendaulatkan silam?umno kah yang memelihara keagungan islam?
kalau jawapannya bukan,kenapa perlu menjual muka dengan umno utk berkongsi kuasa?
apa beza dengan anwar yg ingin membentuk kerajaan baru dan mengajak 30 mp bn menyertai mereka?memanglah banyak bezanya kerana agenda anwar untuk mereformasikan sistem pemerintahan negara dan yang paling penting,selamatkan negara dari bangkrap,keluarkan negara dari akta zalim . apakah jika pas dan umno bergabung maka tujuan ini dapat direalisasikan?mungkin atau tak mungkin?
apakah pas ingat bahawa mereka boleh berdiri sendiri tanpa pakatan rakyat?pas sebenarnya tidak releven dengan politik masa kini kerana asyik bercerita tentang islam label tetapi isinya kosong . pimpinan pas memandang bahawa islam mesti diperjuangkan dengan tertubuhnya negara islam dan apa saja undang undang yang namanya islam . apakah pas tidak melihat membuang akta zalim spt ISA sebagai satu cabang besar dalam islam?apkah ini bukan satu bentuk amar makruf nahi mungkar?
kenapa takut dengan kerajaan yang belum tertubuh?sepatutnya pas bediri dibarisan depan menyokong penubuhan malaysia baru,tetapi pimpinan pas mengutarakan kecurigaan dengan membuat kenyataan"kita tggu dan lihat" . Ini sebenarnya suatu kenyataan politik yang menghampakan .
anwar bijak berpolitik . semua ini tidak dpt dinafikan . lihat apa kah impaknya dengan move yg dibuat oleh anwar?inilah strategi . sepatutnya,diwaktu beginilah pas menjadi juara orang melayu islam dengan berganding bahu bersama pkr merealisasikan cita cita baru rakyat malaysia,bukan dengan mengkhinati pakatan .
Ini semua adalah persepsi . Rakyat bukan mahukan pas.Rakyat cuma mahukan BN tumbang dan ada kerajaan baru . dan harapan mereka adalah pada anwar . kenapa pas pula yang gelabah?apakah pas menganggap bahawa anwar tidak cukup islam untuk membawa aspirasi umat islam di malaysia?dan adakah pas menganggap umno pulak yang akhirnya akan menjadi malaikat menjuarai isu islam?
pas mcm budak budak takutkan hantu 16 sept . sepatutnya bn yang melolong kerana takut kuasa terlepas dari tangan . pas sepatutnya kekal menjadi parti pendesak dan watch dog dalam mana mana kerjasama . pas tak mungkin memerintah negara seorang diri . jadi terima lah hakikat bahawa negara ini berbilang kaum dan agama . dan islam diturunkan menjadi rahmat bagi sekalian alam,bukan rahmat utk melayu berserban sahaja . jika pas tidak menyebarkan nilai islam(bukan label islam) didalam pakatan rakyat,siapa yang akan menyebarkannya . bukankah kita semua bersetuju bahawa nilai islam ialah nilai yang sejagat?
http://tukunnegara.blogspot.com
4:03 AM
Tunggu dan lihat ...kalau Allah izinkan .... bakal PM yang pkr dan PR dok war-war kan itu membuka topengnya yg sebenar.....kita akan lihat wajah beliau yang 'disembunyikan' sebaik-baiknya selama ini.
tunggu dan lihat apakah betul dia pemimpin yg membawa keadilan maupun Islam yang dicanangkan oleh penyokong2nya selama ini.
Yang lebih penting....apakah betol dia lebih baik dari pemimpin UMNO yang dikecamnya sendiri.
Percayalah...sesiapa yang cintakan Islam dan nak melihat Islam tertegak di bumi Malaysia ini... anwar tidak akan menjanjikan apa-apa kelebihan kepada kita selain dari apa yang pernah diberikan oleh pemimpin UMNO kepada kita selama ini ....bahkan anwar mungkin lebih dasyat.
Allah akan singkapkan 'topengnya' anwar...tunggu dan lihat saja.
2:58 PM
100% setuju dgn tukun. sbg ahli pas aku mmg suka dgn dasar islam pas tp aku nyampah tgk strategi pimpinan pas. pas jgn igt matlamat baik dah cukup so tak perlu bijak berpolitik. sejarah dah membuktikan pas dpt sokongan yg kuat bila ada isu besar maknanya time orang benci dgn bn. 1990 pas mng byk sbb isu umno haram 1988 (semangat 46), 1999 kes anwar, terbaru isu minyak dan kredibiliti paklah. padahal pas patut mng lbh awal sbb umum tau pas bawak negara islam. jawapanya sbb pas lbh kpd label dan bukan isi spt kata tukun. contoh jkkk, yg penting amanah dan jujur yg dituntut islam tp bila pas dpt trengganu dia gatal nak tukur kpd nama yg arabic apa pasal? kekalkan jelah jkkk tu tp perbaiki gerakkerja supaya tadak lg kezaliman, penipuan, dsb.
3:08 PM
aku harap pejuang2 dlm PR menghormati komponen2 yg lain..jgn keluarkan kenyataan yg merugikan PR sendiri...kita ada hak menegur tp bukan di tempat umum...
wassalam..
8:55 PM
Tulisan Ust Tantawi menjadi satu ingatan bahawa PAS mahukan kerajaan baru memberikan ruang yg lebih besar kpd Islam. Kalau Islam lebih teruk dibawah PR berbanding dibawah BN--lebih baik di bawah BN.
Bila sebut kedudukan Islam ia terbahagi kepada 2 perkara:
1. Perkara yg telah disepakati: benteras rasuah, hapus kezaliman, pulih kehakiman, julang keadilan sosial.
2.Perkara yg belum disepakati: Jenayah syariah, sistem keadilan Islam, ekonomi tanpa riba dan judi, etc
Sepatutnya benda ini dirunding dulu sebelum tubuh kerajaan baru. Bila dah jelas, barulah PAS all-out sokong. Tapi sebab tak ada rundingan- jadi haru biru.
Apa yg boleh dibuat- sprt kata Abg MAt Sabu- wait and see. Sokong dulu sbb itu komitment sejak sblm Praya. Bila dah tubuh--baru buat penilaian semula...
maklumat lanjut? ziarah http://wajahesok.blogspot.com
12:37 PM
Tulisan Ust Tantawi menjadi satu ingatan bahawa PAS mahukan kerajaan baru memberikan ruang yg lebih besar kpd Islam.petikan dari ahmad fitri
kalau begitu,PAS kena bijak memainkan peranan dalam pakatan baru.gunakanhak PAS sebagai parti sekutu.bukannya segelintir pemuda jubah yang naik unta komen sesuatu yang mecurigai antara satu sama lain.
jadikan kegagalan memerintah trengganu sebagai teladan.
jangan jadikan benda yang belum berlaku sebagai ukuran.
10:36 PM
Islam wajib dilaksanakan secara keseluruhan dan inqilab.
Keterlibatan PAS dalam Pakatan Rakyat menjauhkan lagi keberangkalian perlaksanaan Islam secara keseluruhan walaupun bayangan kekuasaan makin hampir.
DAP jelas menentang perlaksanaan Islam, manakala PKR jelas membawa ideologi rojak. DSAI sendiri secara terang-terangan menolak tuntutan negara Islam.
Apa yang saya lihat, PAS sepatutnya menjelaskan apakah hukum dan bentuk negera Islam yang mahu ditubuhkan. Sikap berselindung PAS terhadap hal ini, mungkin membantu mendapat sokongan bukan Islam tetapi menghalang penegakan islam secara kaffah.
11:39 PM
aku setuju dgn ahmad fitri...jgn layan sgt `budak2 mentah' yg berlagak hero nih...kita kena matang dlm membuat penilaian n keputusan...
coolll abg mat(bukan mat comot)...
4:03 PM
wuzara...
saya setuju jua dgn anda,aku pun kompius gak ngan pkr nih...
apa la nasib YB ZUL kita tuhh...adioss...
4:04 PM
aku sokong pandangan tantawi... sebab PAS tak kesah dan dah biasa berjuang sorang2...
Kalau 16 september jadi (aku xberapa yakin dah jadi ni...) PAS akan menjadi pendesak yang kuat, sebab belum 16 september pun PAS dah mula mendesak...
Harap2 PAS takkan jadi 'terdesak' sudahlah...
apa2 pun 'wait n see'... jadi ke tak.
3:54 AM
Seronok baca komen-komen anda. Ada pro dan kontra. kebenaran masih samar. semua syak wasangka. ada yang bimbang dan memikirkan sesuatu perkara yang belum berlaku. Lihat UMNO memikirkan siapakah pengganti Pak Lah demi kesinambungan parti umno dan BN.Mereka bijak buat hari ini untuk hari ini, pragmatik. tapi PKR dan PAS bertelagah baru nak letak kaki ke anak tangga pertama daha ada yang nak petik kaki supaya jatuh tersungkur. Saya teringat cerita HAMKA tentang kemajuan cadangannya nak beli kapal utk memudahkan jemaah islam indonesia naik haji. Kapal belum belum beli dah ada pihak curiga sebab ketika itu zaman perang takut2 kapal dibom. jawab Pak Hamka kalau kena bom habis semua mati. katanya kapal belum beli, duit pun belum dikumpul sudah cakap tentang kena bom. Hal ini sama sahaja dengan cerita sapi betina 'al baqarah' faham kisahnya mereka terlalu banyak bertanya, hampir tidak melakukannya. terlalu memikirkan sesuatu yang belum terjadi adalah teori barat biasanya menimbulkan kebimbangan, keraguan ke arah nagetif.
6:56 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home