TANDUK SYAITHAN DI KONSERT AVRIL
Pemuda Wilayah mendesak majlis fatwa untuk bersuara dan segera mengeluarkan fatwa terhadap isu konsert yang diadakan di dalam negara ini. Konsert yang dianjurkan bukan sahaja boleh membawa kepada kerosakan akhlak malah aqidah umat Islam.
Tanduk Syaitan yang pernah diharamkan oleh mufti Johor suatu ketika dulu, telah dijual di perkarangan Stadium Merdeka ketika berlangsungnya konsert Avril Lavinge semalam. Malah yang [paling menyedihkan tanduk tersebut yang dijual sekitar RM 4 dipakai oleh anak-anak melayu dan orang Islam.
Mufti Wilayah persekutuan sebelum ini pernah di desak untuk mengeluarkan fatwa berhubung konsert Avril melalui kenyataan Ketua Penerangan DPPWP.
Ketua Pemuda Wilayah, Kamaruzaman Mohamad melahirkan kekecewaan kerana mufti tidak bersuara dalam isu yang boleh merosakkan aqidah dan akhlak seperti ini. Sedangkan dalam isu sumpah Saiful beliau berani mengeluarkan pendapat yang agak bercanggah dengan pandangan-pandangan lain.
“Saya sangat sedih melihat anak-anak melayu dan orang Islam yang bertudung tanpa segan silu memakai tanduk-tanduk, dan masuk melihat konsert tersebut”, kata ketua pemuda wilayah. “Majlis Fatwa dan mufti mesti mengambil berat berkaitan perkara ini. Jika tidak mereka akan hanyut dan generasi muda akan datang bakal berdepan suasana yang lebih teruk ujar beliau”
Selain itu pengunjung-pengunjung konsert juga terpaksa menghabiskan duit untuk membayar tiket yang mahal harganya,sekitar RM 80 - Rm 180 seorang.
Selepas tamatnya program XPDC dakwah semalam, ustaz Nasrudin memberi semangat kepada peserta XPDC. Ustaz Nasrudin berkata, “Kita datang sebagai golongan yang gharib (asing) pada malam ini, berdakwah kepada saudara-saudara kita yang lalai oleh kemaksiatan”. Golongan ini telah disebutkan dalam hadith Rasulullah sebagai golongan yang beruntung.
Beliau menyatakan walaupun ada yang menolak, membuang dan tidak membaca pun risalah yang kita berikan, yang penting kita telah melaksanakan tanggungjawab kita mengikut kemampuan kita. “Sekurang-kurangnye ada yang tersipu-sipu malu dan lari bila melihat kita datang menunjukkan ada sedikit iman di dalam diri mereka” ujar beliau.
Pemuda Wilayah akan turun lagi pada malam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka untuk mengedarkan risalah kesedaran kepada masyarakat. Pada 31 Ogos 2008, pukul 4 petang pula pemuda akan turun berjumpa dengan penghuni-penghuni belakang mati, dibelakang pejabat Agung PAS Pusat.
5 Comments:
Salam Ramadhan,
Say no to NWO, say no to republic Malaysia!!
10:58 AM
Janganlah mcm tu...
Takkan nak say no kat semua org :-(
Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
2:00 PM
sedihnya nengok dorang
2:33 PM
sedih lagi nengok kamu yang kolot..sedih lagi tgk kamu pakai sarban konon nak ikut nabi..tapi hakikatnya org arab dulu dulu pakai sebab nak cover dari pasir..HEHEHEHEHEHE..
12:13 AM
"sedih lagi nengok kamu yang kolot..sedih lagi tgk kamu pakai sarban konon nak ikut nabi..tapi hakikatnya org arab dulu dulu pakai sebab nak cover dari pasir..HEHEHEHEHEHE.."
Hahaha kamu patut ketawa pada diri sendiri, pandangan kamu umpama budak yang membesar tak cukup ilmu plak tu malas nak mencari ilmu.... kasi tau aku mane kamu tau orang arab dulu pakai serban sebab nak cover dari pasir? kalo kamu non muslim aku bole consider lagi tapi kalo kamu muslim... ketahui lah kekecewaan ibu kamu dalam melahirkan anak yang jahil tapi nak mentertawakan orang.... my 2cents w'salam
5:19 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home