Kenyataan Media .
BANTAH KONSERT AVRIL
Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras – kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril Lavigne walaupun sebelumnya Kementerian Kesenian dan Warisan serta PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, malang ia diluluskan kembali apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri .
Konsert ini adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak pada bulan september ini.
Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Dimana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan biadab terhadap ummat Islam , walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.
Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Tarikh 29 Ogos 2008 sekurang – kurang berhadapan dengan suasana penting bagi negara ini khasnya ummat Islam .
Pertama ummat Islam bakal menghadapi bulan ibadah yang penuh kemuliaan dan keberkatan . Sepatutnya ia tidak dicemari oleh konsert seperti ini yang membawa masuk seorang artis simbol seks Avril Lavigne . Pastinya konsert ini akan membawa ummat leka dan lalai malah merosakkan moral dan akhlak mereka .
Kedua , berhadapan pula dengan ulangtahun kemerdekaan negara pada 31 ogos . Lazimnya pihak kerajaan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak – anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme . Konsert seperti ini sekali lagi tidak akan membantu motivasi rakyat untuk menjadi rakyat yang baik , bermoral dan berdaya saing , sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka sekaligus mengheret mereka tenggelam dibawah gelora nafsu.
Pembatalan konsert sebelum ini, rupanya bukanlah kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelewatan memohon permit. Maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipermain oleh para jemaah menteri, semata-mata untuk menjaga hati Avril Lavigne.
Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan Kerajaan UMNO dan BN , di mana pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di negara ini. Mana perginya konsep AL-Falah laungan Najib dan Islam Hadhari yang di banggakan oleh Pak Lah?. Apa yang Shafie Afdal buat dalam KEKKWA untuk mempertahankan hak kesenian dan warisan bangsa, atau Shafie telah menyenaraikan budaya kebebasan barat sebagai salah satu budaya warisan bangsa?
Dewan Pemuda PAS Pusat tegas menyatakan sikap bahawa konsert seperti ini mesti dibatalkan segera dan ini adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam . Andai mereka tidak peduli amaran ini , Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak – agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung .
Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyeru dan mengajak NGO-NGO Islam seperti GPMS, PPIM, PEKIDA, ABIM, JIM, TERAS dan GAMIS turut bersama-sama membantah konsert tersebut. Ini bukan untuk kepentingan politik tetapi melibatkan maruah dan harga diri ummat Islam . Jika begini terus menerus sikap kerajaan UMNO dan BN , mereka bukan sahaja jauh dari rahmat dan berkat Ilahi tetapi insyaallah akan terus dibuang dan dihumban oleh rakyat yang semakin hari semakin jelak dan muak dengan sikap berpura – pura Islam mereka .
Dewan Pemuda PAS Pusat turut menggesa agar seluruh mufti menunjuk sikap dan menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan yang membenarkan penganjuran pesta maksiat ini agar mereka tidak hanya responsif terhadap isu seperti sumpah saiful bahri tetapi diharap turut menunjuk sikap bagi membersihkan bumi ini dari maksiat dan mungkar .
Yang Menjalankan Tugas
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
3 Comments:
BATAL KONSERT LAGI
Saya sebagai seorang muslim merasa hairan terhadap tindakan Angkatan Muda Pas yang sering mempertikaikan sebarang bentuk hiburan yang ingin diadakan di Malaysia seolah olah suara mereka merangkumi seluruh orang melayu tanpa mengambilkira hak orang melayu dan bangsa lainnya.
Adakah tuan tuan sekelian maklumi yang penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum dan menganuti perbezaan ugama serta adakah ugama Islam itu melarang segala bentuk hiburan dan tidak mempedulikan hak ugama lain. Adakah Nabi Muhammad dan para sahabat dulu menegah segala aktiviti orang orang bukan Islam sewaktu zamannya.
Saya bukan penyokong UMNO atau BN tapi saya inginkan rakyat Malaysia hidup aman damai dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mempermainkan ugama Islam sebagai ugama rasmi dan akidah orang Islam di Malaysia dan angkatan muda Pas sepatutnya sedar apakah bentuk hiburan yang dapat diterima, nasyid? Selama hampir 3 tahun saya tinggal di Kelantan banyak konsert nasyid yang diadakan tapi sambutannya amat menyedihkan sehingga ada tempat yang saya pergi tak sampai 20 orang penonton, adakah ini yang diperjuangkan PAS. Mungkin sebab itu lah TGNA membenarkan artis membuat konsert di Kelantan dengan syarat syarat tertentu tanpa melanggar akidah orang Islam.
Fikirlah kerana ugama Allah itu tidaklah sesukar yang disangkakan sehingga boleh menyekat kemajuan serta ekonomi orang Islam itu sendiri dan ingatlah bahawa penduduk Malaysia bukannya 100% orang Islam serta hormatilah budaya serta ugama bangsa lain.
11:32 AM
Cik Nordin ni tak paham agaknya...
Berhibur itu tidak salah, tapi hiburan itu perlulah suatu yang baik, bermanfaat. Hiburan untuk orang islam perlulah selari dengan kehendak syariat dan pengharaman sesuatu itu kerana ia bersifat memudaratkan.
Menyentuh tentang hak kaum lain, bila masa pulaknya konsert seumpama konsert avril lavigne ini membawa kebaikan dan manfaat.
Mudaratnya kepada semua masyarakat, bukan hanya kepada orang islam sahaja. Dengan imej seksi, dengan lagu-lagu yang mempunyai mesej yang MENGARUT, tentu saja mampu mempengaruhi penonton kepada perkara yang tidak sihat....entah di mana positifnya konsert ini, tidak tahulah, mungkin cik nordin boleh senaraikan...
Itu soal mudarat, dan soal keharaman yang nyata yang perlu dicegah, belum lagi masuk soal bulan suci Ramadhan.
Cik Nordin sedar atau tidak yang konsert ini akan diadakan 2 hari sebelum Ramadhan....Cik nordin tahu atau tidak apa itu Bulan Ramadhan, beginikah caranya kita menyambut ketibaannya... ?
12:32 PM
to nordin..
kalau nak bercakap jgn ckp sesedap mulut jer, kalau tak mcm ni lah jadinya.
dgr sikit ckp ulama'2.. rendahkan sikit diri tu..siapa anda nk bnding dgn TGNA?
sila refer halal dan haram karangan Yusuf Qardawi.
4:51 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home