" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, August 25, 2008

MALAYSIA KEKAL NEGARA SEKULAR :
PRINSIP PAKATAN RAKYAT ?

Saya tidak hairan apabila Lim Guan Eng kembali menegaskan dasar perjuangan partinya DAP, bahawa mereka menentang keras siapa sahaja yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sewaktu merasmikan Kongres parti itu baru - baru ini .

Kita sedia maklum sikap DAP dan sikap itulah yang membuatkan DAP memilih untuk keluar dari Barisan Alternatif seketika dahulu .

Malah sewaktu kita bertahalluf dengan PKR membentuk Barisan Rakyat dan Barisan Rakyat menerima persefahaman dengan DAP melalui PKR sebelum dan semasa kita menghadapi pilihanraya umum ke 12 baru - baru ni pun kita sedar bahawa DAP mempunyai sikap dan prinsip sedemikian .

Namun atas prinsip bersama dalam tindakan menetang kezaliman , penyelewengan , rasuah dan segala bagai kemungkaran , kita bersetuju menerima persefahaman dalam mengatur strategi menghadapi Pilihanraya Umum ke 12 seperti melibatkan prinsip satu lawan satu .

Dari sini , kita tidak bertanding ditempat yang ditandingi DAP , malah ada juga rundingan dalam menentukan siapa yang sepatutnya bertanding di satu - satu tempat yang turut melibatkan DAP .

DAP ANTI NEGARA ISLAM

Kita sedar DAP sememangnya anti Negara Islam dan mereka sangat terkesan dengan Islamphobia terutama selepas insiden World Trade Centre . Kita tidak terperanjat atau hairan dengan sikap dan prinsip mereka memandangkan mereka adalah non muslim yang tentunya tidak memahami secara mendalam apakah asas dan matlamat Islam agama suci yang diwahyukan ini .

Dari persefahaman ini , kejayaan ditempa dalam PRU yang lalu . Selepas kemenangan dicapai maka Barisan Rakyat di up grade sebagai Pakatan Rakyat ( PAKATAN ) .

Usia PAKATAN barulah setahun jagung malah tak sampai pun setahun . Dalam usia sebegini, harapnya agar semua pihak saling menghormati setelah menyedari bahawa ideologi antara komponen PAKATAN adalah berlainan arah .

Apalagi yang boleh menjadi sendi kukuh untuk PAKATAN melainkan semangat bermesyuarat dan saling menghormati dasar atau prinsip perjuangan masing - masing .

Tapi saya lihat , sejak awal DAP tak sudah - sudah melemparkan wasangkanya kepada PAS sehingga satu peringkat membawa kepada pertelingkahan antara Karpal Sigh dengan Tok Guru Nik Aziz seketika dulu . Malah dalam blog Lim Kit Siang pun tak mudah juga mereka menyerang peribadi Tok Guru Hj. Hadi sehingga jubah Tok Guru turut dipertikai .

Kemudian keadaan reda seketika dan saya terkagum apabila Lim Guan Eng menyebut bahawa beliau akan menjadikan Khalifah Omar bin Abdul Aziz sebagai Idola dalam kepimpinan beliau . Peringkat awal saya agak terkejut . Faham kah Lim Guan Eng akan apa yang ia ungkapkan ini ?

Saya lihat Lim Guan Eng , Lim Kit Siang dan Karpal Sigh boleh mesra bersama pimpinan PAS dalam majlis - majlis yang mempertemukan mereka . Terbaru ialah semasa penamaan calon dan sessi kempen Pilihanraya kecil Permatang Pauh . Saya gembira melihat perkembangan seperti itu .

Cara mereka menyambut Tok Guru Hj. Hadi dalam majlis ceramah bersama sebelum ini di Pulau Pinang dan kemesraan mereka menerima kehadhiran Tok Guru Nik Aziz di Permatang Pauh baru - baru ini seolah - olah tiada pertikaian malah tiada perbezaan ideologi antara mereka .

Tapi apa yang menghairankan saya ialah apabila Lim Guan Eng sewaktu merasmikan Kongres Kebangsaan DAP bagi kali ke 15 pada 24 ogos yang lalu telah mengeluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan malah menggusarkan saya . Saya tidak tahulah orang lain , apakah mereka juga turut gusar dan bimbang . Tetapi saya terasa kegusarannya .

Bukan kerana ucapannya yang ingin menentang usaha untuk menegakkan Negara Islam oleh mana - mana pihak dan bukan juga kerana sikap anti Negara Islam yang kembali mereka luahkan dalam Kongres baru - baru ini . Kerana itu adalah Kongres mereka dan mereka berhak untuk bercakap apa sahaja tanpa kita berhak untuk campur tangan . Yang ini memang saya sedia maklum dan sedia mengambil langkah berhati - hati sejak dulu .

Tetapi yang menggusarkan saya ialah apabila Lim Guan Eng menyebut dalam sidang akhbarnya selepas itu , bahawa DAP Komited memegang 4 prinsip yang disepakati komponen PAKATAN iaitu salah satunya mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular .

4 Prinsip yang disepakati ? antaranya ialah mengakui Malaysia akan Kekal sebagai sebuah negara Sekular ?

Persoalan yang timbul dalam kepala saya ialah benarkah ada kesepakatan seperti ini ? kalau benar , siapa pula yang mewakili PAS untuk setuju dengan prinsip seperti itu ? Mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular adalah bertentangan pula dengan dasar dan prinsip perjuangan PAS .

Kalau ada yang berbincang dan bersetuju pula dengan prinsip sedemikian dalam PAKATAN , saya kira ini lebih teruk dari isu muzakarah , sebab jelas ianya bertentangan dengan dasar dan prinsip perjuangan yang kita perjuangkan selama ini . Apa yang pasti jika ada kesepakatan terhadap prinsip seperti itu ( Mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular ) , ianya diluar pengetahuan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi selaku Presiden parti.

Namun saya sangat - sangat berharap agar kenyataan akhbar Lim Guan Eng itu tidak benar dan palsu semata - mata .

PERJUANGAN PAS ADALAH KE ARAH MENEGAKKAN NEGARA ISLAM

Hari ini kenyataan beliau ( Lim Guan Eng ) disiar dalam Sinar Harian dan saya buat kesekian kalinya memberi tabik hormat kepada kekanda saya Yb. Salahudin Ayub selaku Ketua Pemuda PAS Pusat kerana tegas mempertahankan prinsip perjuangan bahawa "... perjuangan PAS adalah berobjektif untuk membentuk sebuah negara Islam "

Menurut Yb. Salahudin bahawa Prinsip PAS tidak pernah berubah dan usaha memperjuangkan sebuah negara Islam yang menjadi pegangan parti tetap berterusan sehinggalah terbentuk sebuah negara Islam .

Sinar Harian turut melaporkan Lim Guan Eng berkata , mana - mana pihak yang mempunyai pandangan berbeza dengan mereka bebas untuk meninggalkan PAKATAN . Kenyataan beliau disaat PAS baru sahaja selesai ( 7 hari ) setelah berhempas pulas mencari kesepakatan suara dikalangan pemimpin dan ahlinya untuk terus memperkukuhkan PAKATAN RAKYAT dalam muktamarnya berakhir 17 ogos yang lalu .

Malah Dato' Seri Presiden tegas dalam ucapan dasarnya menyeru agar PAKATAN diperkukuhkan , demikian pula usul Perkukuhkan Pakatan Rakyat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang disampaikan oleh sdr Abdullah Karim ( Exco DPPP ) dan disokong padu oleh sdr Khalid Samad dan Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz selaku al Mursyidul Am diterima sebulat suara .

Apakah keputusan PAS untuk memperkukuhkan PAKATAN ini tidak sampai ke pengetahuan Lim Guan Eng atau sememangnya sampai tetapi enggan difahami secara jujur oleh beliau ?

Akhirnya , saya juga ingin bertanya kenapa beliau ( Lim Guan Eng ) sukar berlunak dengan PAS setelah PAS mengorbankan segalanya untuk membolehkan tenaga dan perasaan ahli - ahli PAS menerima DAP sebagai rakan dalam PAKATAN . Bukankah Lim Guan Eng sering menyebut bahawa beliau ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Omar bin Abdul Aziz ? Bukankan Khalifah Omar bin Abd Aziz itu adalah khalifah Islam yang memerintah sebuah Negara Islam ? atau ada apa dengan ungkapan ingin mencontohi Khalifah Omar ini ?

9 Comments:

Anonymous Kaki Gunung Jerai said...

Salam

Kita tak perlukan restu DAP untuk berjuang menegakkan Negara Islam.

12:17 AM

 
Blogger USTAZ HAFIZ NORDIN said...

Salamun 'Alaikum..!
Kehadapan al Fadhil Ustaz,

Inilah nasib kita yang selalu bertolak ansur dengan orang lain sehingga rela mengorbankan segalanya.

Ana dihentam sahabat-sahabat dalam parti bila mana ana vokal mengkritik Guan Eng samada di negeri atau dalam muktamar pemuda pusat baru-baru ini.

Ana masih simpati dan kesian kepada ahli-ahli PAS bawahan yang masih tidak kenal siapa Guan Eng yang sebenarnya, malah tetap mempercayai Guan Eng yang kononnya nak memerintah Pulau Pinang mengikut contoh Khalifah Omar Abdul Aziz.

Hakikatnya Guan Eng hanya mempersendakan umat Islam kerana mustahil boleh berhimpun di antara Islam dan sosialis dalam satu masa.

Namun demikian, ana seperti al Fadhil ustaz jugalah, menyokong penuh penyataan YB Ketua Pemuda PAS Pusat yang sanggup bertegas dengan Guan Eng yang tidak menghormati PAS dalam Pakatan Rakyat.

Ana menyeru pemimpin-pemimpin PAS yang lain agar turut menzahirkan atau mempertegaskan pendirian mereka. Jangan play safe lagi, agar kita dilihat konsisten dengan dasar parti kita dan tiada kompromi dengan dasar sekular-liberal UMNO/BN atau sesiapa sahaja yang tidak dapat menerima dasar parti kita yang telah sekian lama diperjuangkan malah sejak penubuhannya lagi. Ini sangat penting bagi merongkai kekusutan yang berselirat pada ahli-ahli PAS bawahan. Sekian. Syukran!

12:47 AM

 
Anonymous D'Rantau said...

Ustaz Hafiz Nordin kata : Hakikatnya Guan Eng hanya mempersendakan umat Islam kerana mustahil boleh berhimpun di antara Islam dan sosialis dalam satu masa.

Saya kata:

Kalaulah Ustaz dilahirkan dalam keadaan seperti LG Eng, ustaz akan bercakap sama dengan dia juga sebab itu yang dia yakin. Sekarang ni kita ada peluang untuk berdakwah. kita berkawan sambil berdakwahlah....

Lagi pun LGE adalah ketua DAP, dia kena cakap ikut apa yang partinya tegaskan.

Pada saya... kita tak dapat manfaat kalau kita BERMUSUH dengan dia. Dia baru nak kenal kita (baru 4 bulan) takkanlah kita nak serang dia terus...

Islam dan sosiolis memanglah tak boleh berhimpun.. tapi LGE bukanlah mempersendakan umat islam, dia cuma ingin mengambil hati umat islam dengan menyebut Khalifah Umar Abdul Aziz. Kalaulah dengan cuba nak ambil hati umat Islam kita dah cop dia MEMPERSENDAKAN, kita silap... Macammana kita nak bikinkan cakap kita PAS UNTUK SEMUA.

................

Ustaz dihentam macam-macam bukan baru ni saja, sejak muktamar di Kelantan dulu lagi... puncanya ialah Ustaz dalam kumpulan yang terlalu cepat, laju sehingga seolah-olah PAS tidak ada Pemimpin Tertinggi, Majlis Syura dan sebagainya.... sebaiknya, kita perlu bercakap apa yang pemimpin kita cakap, bukan kita pi dulu lepas tu jenuh nak basuh balik. Contohnya bab boikot Matang Pauh tiga empat minggu lepas.


Apapun saya minta maaf banyak kalau saya silap...

6:04 AM

 
Anonymous D'Rantau said...

Jom Solat Subuh Berjamaah

6:05 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam,

Pertamanya umat Islam mestilah jelas apa yg mereka mahu iaitu syariah dan negara khilafah.....kalau umat Islam sendiri tak jelas, bagaimana org lain boleh jelas,

Kedua, umat Islam mestilah bertegas ttg persoalan kewajiban menerapkan syariah dan menegakkan daulah Islam....serta penolakan thdp segala bentuk kekufuran spt demokrasi dan HAM,

Selanjutnya berusaha menerangkan kpd org ramai akan rasional pendirian tsbt,

Yg pasti...kekufuran takkan menyediakan karpet merah utk Islam berkuasa,

Akhirnya...selagi kita tidak dapat lepas dari idealisme demokrasi dan HAM....selagi itu umat Islam tidak akan ke mana.

9:44 AM

 
Anonymous Roihan said...

Salaam..

Perjuangan Islam adalah perjuangan Islam. Pejuang-pejuangnya mestilah memahami hakikat perjuangan barulah boleh berjuang.

Kalau tak faham, apa benda yang diperjuangkan?

Perjuangan Islam menuntut Islam diletakkan di tempat paling atas "ya'lu wala yu'la alaih".

Sekiranya tidak demikian, apa ertinya perjuangan Islam itu? Kalau Islam pun diletakkan sama tarafnya dengan yang lain. Silap-silap Islam itu pula yang dipimpin bukan memimpin.

Kalau begitu lebih baik pergi cium tangan puak-puak UMNO untuk mengiktiraf mereka lebih berkesan memperjuangkan Islam!!

10:56 AM

 
Anonymous Anonymous said...

kadang2 saya confuse. adakah matlamat perjuangan PAS telah bertukar dari memartabatkan islam kepada melawan umno. sudah tentu kita tak bangkang jika pas menggugurkan negara islam dari manifestonya, dan konsep negara berkebajikan tu pun of course ada dasarnya pada islam, dan hudud pun belum sampai masa yg sesuai lagi utk pelaksanaannya. itu kita faham. tetapi kadang2 pelik juga kenapa begitu sgt anti umnonya

1:03 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ana rasa baik ustaz bertanding jd presiden pas tahun depan sebab artikel ustaz memang power mengalahkan harian pas pusat.

kalau dah mengalahkan pas pusat maknanya dah takde orang dah layak jadi presiden.

saya sanggup melobi untuk ustaz kalau ustaz rasa yang ustaz ni terrer sangat.

ingatan umno je bangang. ustaz2 dalam pas pun sama bangang macam umno.

4:36 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Mat Rempit Rompin

Saya pun pelik dengan Tantawi ni. Dulu berpatah arang berkerat rotan dengan UMNO. lahirnya ucapan 10 kesesatan Islam Hadhari.

Masihku ingat bila PAS Rompin dijemput dlm Perarakan sambutan maulud di rompin, YDP PAS menerima pelawaan itu, tapi oleh kerana tema maulud masa tu Islam Hadhari, Tantawi menentang perarakan itu, Beliau kata Islam Hadhari sesat dan berarak bermakna kita redha dengan Islam Hadhari. menyebabkan hubungan beliau dengan YDP Rompin renggang sampai le ni

Dulu, nak berarak dengan UMNO hukumnya haram sekarang ni nak suruh kita beromen dengan UMNO pulak. Pening, pening.

9:26 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home